Tuesday, June 2, 2009

Dapat SMS lagi. Cadangan Pimpinan PAS 2009-2011

Saya bukan perwakilan ,jikalau saya boleh undi saya undi Timbalan Presiden YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.Bagi Naib Presiden saya akan mengundi Dato'Mahfoz Omar,YB Salehudin Ayob dan YB Ustaz Mujahid Yusof Rawa.Sementara itu untuk Ahli Jawatankuasa Pas Pusat saya akan mengundi Ustaz Idris Hj Ahmad, Dato' Seri Nizar Jamaludin ,Ustaz Misbahul Munir dan lain-lain.
Bagi saya pasukan yang ada perlu diperkukuhkan,pasukan yang boleh membantu Pas dan mengukuhkan Pakatan Rakyat. Apakah kejayaan kita di Perak bukan kerja semua pihak.Kita berjamaah ,buat kata YB Salehudin Ayob yang saya dengar sendiri semasa merasmikan mesyuarat agung Pas Taiping ,kekuatan pas bergantung kepada tiga kumpulan. Pertama ulamak,profesional dan aktivis.Ketiga-tiga kumpulan ini perlu diberi perhatian.
Harap-harap saya tidak menerima SMS lagi mencadangkan siapa yang perlu dipilih untuk timbalan presiden dan naib presiden. Saya bukan perwakilan!

No comments:

Post a Comment