Tuesday, August 4, 2009
5 ogos:Solat Hajat Untuk Agar Wabak Influenza H1N1 Tidak Terus Merebak
CUEPACS Minta Timbang Wad Kelas Satu Untuk Semua Penjawat Awam
Presidennya Omar Osman berkata satu kertas kerja mengenainya sudah disiapkan dan ia akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi dalam usaha menaikkan imej penjawat awam.
Beliau berkata permintaan itu dianggap wajar, dan jika diluluskan penjawat awam pasti akan merasa lebih dihargai serta mempunyai motivasi lebih baik untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
"Sekarang ini penjawat awam yang masuk hospital akan ditempatkan di wad mengikut tangga gaji, kebanyakannya hanya layak di wad kelas kedua dan ketiga sedangkan mereka juga memainkan peranan yang sama ketika berkhidmat," katanya dalam sidang media di sini Selasa.
Terdahulu, Omar hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ke-14 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Beliau berkata tuntutan itu juga dibuat memandangkan ketika ini wad kelas kedua dan ketiga biasanya turut menempatkan warganegara asing yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan.
"Sangat tidak patut untuk petugas kerajaan ditempatkan sekali dengan mereka, kami minta kelas satu pun bukan hendak satu bilik sorang, tidak kisahlah satu bilik empat orang sekalipun tidak apa asalkan ia wad kelas satu," katanya.
Selain itu Omar berkata dalam kertas kerja itu juga Cuepacs berharap elaun hotel akan dikaji memandangkan elaun RM80 yang diberikan sekarang dilihat tidak sesuai kerana kadar sewa bilik hotel terutama di ibu kota menjangkau lebih RM100.
"Sedih juga kadang-kadang penjawat awam duduk hotel di Chow Kit, bos-bos besar hotel lain, sedangkan nak mesyuarat hotel yang sama, mana ada sekarang ini hotel RM80," katanya.
Sementara itu Omar berkata Cuepacs akan terus mengadakan penerangan serta taklimat di semua peringkat anggotaannya mengenai enam Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA) dan konsep 1Malaysia bagi memastikan semua penjawat awam peka dengan seruan kerajaan itu.
Beliau berkata penerangan itu penting bagi memastikan penjawat awam faham sekaligus melaksanakan seruan kerajaan terutamanya dengan mengaplikasikannya menerusi perkhidmtan yang mereka berikan.
-- BERNAMA
PESERTA DEMO MANSUH ISA DIUPAH-Jawab Ustaz Idris Ahmad
Kami tidak ada kontraktor yang membina stadium Sultan Mizan Terengganu yang runtuh, kami tidak dibantu oleh pengkhianat wang PPRT RM32juta dan kami tidak ada kontraktor yang membina MRR2 yang runtuh. Peserta demo datang dengan semangat dan wang sendiri. Mereka simpan wang menoreh getah dan hasil tangkapan ikan semata-mata untuk menentang akta ISA yang zalim. Mereka tahu bahawa ISA tidak kenal darjat, hatta penjual di pasar malam pun boleh ditangkap ISA. Rais Yatiim kamu ini seorang berkelulusan undang-undang, sepatutnya bercakap biarlah dengan fakta, kalau kualiti orang yang berkelulusan undang-undang menjadi loyer dalam satu kes yang hendak dibela dalam mahkamah memang daripada awal pagi sudah kalah, kerana memilih peguam yang tidak ada cerdik.
Kita tahu bahawa Rais Yatim menuduh mereka yang datang ke perhimpunan aman menentang ISA mendapat upah kerana bimbang kuasa bn akan jatuh tidak berapa lama lagi. Beliau merasa malu kerana penyokong umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurang-nya nasi bungkus.Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang. Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM
Monday, August 3, 2009
Pas Kawasan Bukit Gantang Adakan Munaqasyah
Tarikh : 7 Ogos 2009
Hari : Jumaat
Masa : Solat Maghrib Berjamaah
Tempat : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan Bukit Cempedak
Peserta : Ahli jawatankuasa Pas Kawasan
Ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Kawasan
Ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Kawasan
Ahli jawatankuasa Harian Pas Cawangan
Penyampai: Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan Pas Malaysia
Sunday, August 2, 2009
3 ogos:Satu Kenyataan Yang Perlu Dihormati-dari Pas Selangor
Hak masyarakat bukan Islam tidak dinafikan sama sekali. Tetapi jika tidak ada peraturan untuk menghalang umat Islam membeli dan meminum minuman keras maka hak umat Islam untuk dilindungi dari bahaya minuman keras telah dinafikan.
Gejala meminum minuman keras di kalangan belia Melayu adalah amat membimbangkan. Oleh itu, saya berasa hairan kenapa ianya dijadikan isu sensitif oleh media apabila cuba dihalang penjualan minuman keras di kawasan orang-orang Islam.
Jual minuman keras di kawasan orang Islam tidak sensitif tetapi apabila hendak dihalang menjadi sensitif seolah-olah orang Islam tidak ada perasaan, tidak ada hak atau tidak ada nilai. Oleh itu, keperluan dan kepentingan semua pihak perlu diberi perhatian. Bukan golongan peniaga sahaja.
Sekiranya kedai-kedai yang menjual minuman keras kepada orang Islam tidak diambil tindakan atau ditarik balik tindakan ke atasnya maka masyarakat Islam akan berkata kepentingan masyarakat mereka dipandang remeh.
Selain dari itu, moral kakitangan kerajaan yang telah bertindak dengan suci hati akan terjejas. Lebih malang lagi jika rakyat mula mempercayai tuduhan pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab bahawa terdapat "tangan-tangan ghaib" di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Oleh itu, setiap tindakan perlu difikirkan implikasinya secara terperinci. Sama ada bir atau minuman keras yang lain, kesemuanya haram diminum oleh orang Islam.
Tidak kira berapa kandungan alkoholnya. Perkara ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran. Saya menggesa agar tidak ada pihak yang membuat kenyataan tentang hukum Islam jika tidak memahaminya dengan mendalam kerana ianya akan menimbulkan kemarahan umat Islam. Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan usul agar diadakan semula pilihanraya kerajaan tempatan.
Di antara matlamatnya adalah menjadikan ahli-ahli majlis lebih bertanggung jawab. Pilihanraya ini juga akan mengiktiraf perbezaan yang ada bagi setiap pihak berkuasa tempatan dan memerlukan pendekatan yang berlainan. Pendekatan MBSA berbeza dari pendekatan MBPJ. Pendekatan MPK berbeza dari pendekatan MPAJ.
Semua pihak perlu meraikan perbezaan ini dan meyakini keputusan-keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis jika mahu diadakan pilihanraya tersebut.
Iskandar Abdul Samad Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor 1 Ogos 2009"
Najib 's 100 days,what when wrong?
Pakatan rakyat sahaja yang boleh mengubah politik Malaysia dan sewajarnya kita bersedia untuk menerajui Putrajaya.