Thursday, June 3, 2010

Bukit Gantang Jangan Harap Dapat Peruntukan-Prk sudah bagi!

Seorang mudir sekolah agama rakyat dalam Dun Kuala Sapetang memberitahu kita ,Bukit Gantang sudah tidak boleh memohon peruntukan untuk sekolah mereka.

Kita bertanya alasan yang diberi?Mudir itu menjawab Penyelia Sekolah agama menjelaskan peruntukan sudah habis,hanya Larut,Selama sahaja yang boleh memohon.

Mudir itu memberitahu Bukit Gantang sudah dapat habuan semasa PRK Bukit Gantang.Kita bertanya kepada mudir itu,sekolah agama rakyat ini dapat peruntukan berapa juta ringgit seperti SJKC Sin Min Simpang! Beliau menjawab sekolah agama yang beliau jadi mudir seringgit pun tak dapat.Dengan itu Mudir Sekolah Agama Rakyat yang bertemu kita itu, mengharapkan AP Bukit Gantang memberi bantuan untuk membeli kerusi plastik untuk pelajar.

Ahli Parlimen membantu mengikut kemampuan.Bagi mereka yang ingin bersama Ahli Parlimen untuk membantu rakyat bolehlah bertemu kami di Pusat Khidmat.

Israel lawan Palestin

"Din,tengok tak Israel lawan Palestin" kata Pak Nan."Bila ?,kata kita. "Tadi,kata Pak Nan lagi.

Baru kita perasan,terdapat peperangan mulut antara dua orang guru.Kita hanya melihat pertengkaran mereka.Dua-dua guru disiplin.Segala macam kata-kata berhamburan keluar dari mulut Israel.Tapi Palestin diam dan beralah,jika tidak berlaku hari ini dalam sejarah,cikgu bertumbuk.

Kita kenal Israel lama dah,lagaknya macam APCO,pandai berlakon depan pengetua.Semua guru buruk belaka.Tahun sudah kita berjaya meleraikan pergaduhan Israel dengan China.Israel ini bergaduh dengan Cina sudah biasa,tetapi dengan Palestin baru tahun ini.

Habis Israel jaja cerita beliau sahaja yang betul.

Esok Takbir Nasruddin Tantawi atau Khairy Jamaluddin yang ditakuti Iblis.?

Esok teman-teman Bukit Gantang akan berada di Masjid Kg Baru untuk menyertai Tuan Guru Presiden dalam demo anti Israel.Bermula malam ini sudah terdapat pemuda Islam Bukit Gantang bergerak ke Kuala Lumpur walaupun difahamkan pihak polis cuba menghalang.

Kita akan melihat Khairy Jamaluddin mengetuai pemuda UMNO dalam demo bermula di Masjid Negara.Kita akan melihat mereka memijak dan membakar bendera Israel.Tapi kecut perut untuk buat demo Anti Apco,kecut perut buat demo serah Tanjung Pagar,kecut perut buat demo anti judi bola.Kecut perut buat demo tuntut Khairy jadi Menteri.

Esok kita lihat juga takbir siapa paling digeruni Iblis laknatullah dan Yahudi laknatullah.Bagi mereka yang berada di Kedutaan Amerika Syarikat ,selamat berjuang.Kena ingat UMNO itu APCO .UMNO itu Judi!


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.

"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya.

Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. - BERNAMA

DEMO ANTI-ISRAEL

Dimaklumkan bahawa Demontrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO yang akan diadakan pada 4 Jun 2010 akan bermula selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika. Pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.

Perarakan ini akan dipimpin oleh Presiden PAS, YB. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang bersama YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan YB Lim Kit Siang (DAP) serta pimpinan-pimpinan NGO. Wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan turut hadir bersama.

Para peserta yang menyertai Demontrasi ini digalakan membawa bendera Palestin, Placard dan Banner yang menunjukan bantahan rakyat Malaysia secara aman.

Sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sdr. Kamaruzaman Mohamad-0192828536.

Sekian. Terima Kasih

Herman Samsudeen
Sekretariat Mobilisasi
Demontrasi Anti Israel 2010

Wednesday, June 2, 2010

Adun Changkat Jering Takut Ziarah Allahyarham Rani PKR

Sebentar tadi kita pergi ziarah jenazah Allahyarham Abdul Rani,aktivis PKR Bukit Gantang.Kita bertemu seorang bekas Pegawai Osman zaman kerajaan PR.

Kita bertanya mana Osman Jailu,Osman Jailu dikhabarkan hanya hantar salam takziah.Kita pun risik-risik ,rupanya Osman Jailu takut untuk ziarah jenazah kawan baik beliau itu.

Kita bertanya P.A Osman bernama Mirza,kita juga dibisikkan oleh bekas PA Osman itu,Mirza pun takut jumpa orang ramai.

Osman takut berjumpa teman-temannya dalam PKR.Mungkin takut orang tanya perihal pendedahan DS Anwar terdapat wakil rakyat mendapat dua juta ringgit.

Seorang teman akrab Osman Jailu ,memberitahu Osman meminta disampaiksan salam takziah kepada keluarga .Osman sibuk tarik pelaburan bersama Zambry MB mahkamah.

Solat Jenazah Allahyarham Abdul Rani bin Mat Kasim.

Aktivis PKR Bukit Gantang ,Allahyarham Abdul Rani kini berada di rumah kediaman Nombor 140,Blok G,Rumah Murah Bt 2 1/2,Jln simpang.

Solat Jenazah selepas solat zohor di Masjid Simpang,Taiping.

Alfatehah-Rani Kasim Aktivis PKR Bukit Gantang menghadap Ilahi.

Kita diberitahu teman-teman Sdr Rani Kasim ,Naib Ketua Cabang PKR Bukit Gantang telah kembali ke rahmatullah pada 12.45 tgh malam tadi.

Bagi Pihak PAS Bukit Gantang ,kami mengucapkan takziah kepada kaum keluarga Allahyarham Rani Kasim dan PKR Cabang Bukit Gantang.

Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama orang soleh dan beriman.Alfatehah.