Tuesday, January 4, 2011

Cikgu jaga-jaga,,Penolong Kanan Baru Adik Naib Presiden Parti Komponen BN.

Kita dinasihat seorang teman guru.Kali ini bercakap biar berhati -hati."Itu PK orang kuat BN"kata seorang teman guru.

Teman itu juga menyatakan Penolong Kanan itu naik pangkat bukan berdasarkan merit.Tetapi kerana dia adik Naib Presiden Parti dalam Komponen BN.

Minggu ini baru dua hari,kita pun belum berurusan dengan PK baru itu.Banyak kali teman itu mengingatkan kita."Cikgu,hati-hati". nasihat guru itu lagi.

Kita sempat memberi pandangan kepada teman guru tadi."Mungkin dia ejen BN".Kami berdua terus ketawa.

Kini zaman 54 tahun telah merdeka,bukan zaman baru merdeka.

Monday, January 3, 2011

Tahniah Umno Yuran Sekolah Tinggi.

Hari ini persekolahan seperti biasa. Hari pertama yang penuh simpati dan empati.Tahun ini kita tidak memegang kelas.Kembali ketugas asasi ,guru disiplin.

Namun begitu kita tetap bersama ibu-bapa untuk menguruskan pergerakan pelajar.Apa yang jelas semuanya merungut,pelbagai yuran yang dikenakan.

Bayangkankan lima atau lebih anak bersekolah.Sudah tentu yuran yang dibayar kepada pihak sekolah membebankan ibubapa.

Contoh anak kita pada tahun lepas semasa tingkatan satu RM75.50 kini Tingkaan Dua RM85.50. Tahun enam ,dahulu RM120.00 kini RM150.00.

Sementara anak kita yang berada di tahun dua,dalam surat pekeliling November 2010,RM55.50 kini RM70.50.

Kita sewaktu ibu-bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah tempat kita mengajar.Kita memberitahu mereka dengan sinis ,kita ucap tahniah kepada UMNO kerana yuran sekolah tinggi.Mereka bertanya kenapa UMNO, Kita menjawab ,"Menteri Pelajaran ,Timbalan Presiden UMNO".

Kita berhujah lagi inilah UMNO rakyat didahulukan.

Sunday, January 2, 2011

Mat Sabu dan 9 lain Bebas Didapati Tidak Bersalah

Mahkamah Majistret ,Jawi Pulau Pinang membebaskan Tuan Haji Mohamad Sabu dan 9 yang lain atas tuduhan menghalang penjawat awam.

Menurut OKT Binyamin Isahak dari Bukit Gantang ,Mahkamah mendapati tidak ada kes untuk mensabitkan kesalahan kepada Tuan Haji Mohd Sabu dan sembilan yang yang lain.

Kes yang berlarutan sepatutnya diputuskan pada 31 Disember 2010,tetapi kerana cuti umum.Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman atau melepaskan kesemua tertuduh pada hari ini 3 Disember.

Sementara itu Mohd Sabu mempunyai satu kes lagi .Kes Protes di Kuala Lumpur.

Kerajaan baru Putrajaya- Antara Anwar atau Najib siapa yang akan larikan diri?

Kita diminta pandangan jika kerajaan baru memerintah Malaysia siapakah pemimpin yang mungkin melarikan diri?

Mereka menyatakan mana mungkin Tok Guru Hj Hadi,Lim Kit Siang melarikan diri.Kedua-duanya tidak ada dalam senarai laporan wikileaks.

Justeru yang tinggal DS Anwar Ibrahim,DS Najib dan Dr Rais Yatim.Setakat ini DS Anwar Ibrahim ambil tindakan proaktif.DS Najib diam membisu,Rais Yatim tidak mengeluarkan notis untuk saman wikileaks?

Kita melihat DS Anwar seperti membiar luka di dada,jangan luka di belakang.Hanya yang jelas hanya akhbar Utusan Malaysia yang bermatian mempertahankan DS Najib .Umpama menjaring angin.

Buat kata Hata Wahari, Presidin NUJ ,akhbar-akhbar itu dikategorikan sebagai "akhbar murahan" dan tidak mempunyai harga diri serta maruah kerana "para pengarang mengenepikan serta menguburkan nilai-nilai murni tujuan asal akhbar itu diterbitkan".

Saturday, January 1, 2011

Dulu beli barang Siam jual untung ,sekarang jual kita rugi.

YB Ustaz Firdaus Jaafar ,Exco Pemuda Pas Malaysia ,Ahli Parlimen Jerai sedang menyampaikan pandangan. YB Firdaus berceramah di Dun Changkat Jering .


Kita tertarik ucapan YB Firdaus Jaafar berkenaan duit Malaysia yang jatuh merosot.YB Firdaus Jaafar menjelaskan bahawa Ringgit Malaysia kini rendah .Sewaktu beliau pergi Siam, Baht Siam 8 bersamaan dengan RM10.oo. Pada hari ini 2 Januari Thailand Baht 1.oo bersama dengan 10 sen Malaysia.

"Dulu kita jual barang Siam untung " kata YB Firdaus Jaafar."Sekarang,jika jual barang Siam,rugi" tambah YB Firdaus dalam ceramah di Kg Larut Tin.

"Kita hendak jual barang kita tak boleh,kerana kualiti dan mutunya rendah"hujah YB Firdaus lagi.

Sementara itu kita difahamkan Menteri Asas Tani ,Noh Omar mengakui dalam Parlimen, kita tidak dapat mengatasi Thailand dalam industri pertanian.

Semua kita mengakui Thailand 20 tahun lebih maju dalam pertanian.Malaysia 52 tahun merdeka , kualiti hasil pertaniannya tidak boleh mengatasi Thailand.

Dalam tazkirah DS Nizar:Apa hukumnya Rosmah nampak rambut


DS Nizar meminta kita berubah .DS Nizar meminta kita menjadi lebih baik.Kita telah merdeka kali ke 52 dan kita telah berpuasa kali ke 52,malah lebih.Malangnya kita masih belum berubah.

Kita masih bersikap perkauman,kita masih dengan Melayunya.Kita juga masih ingin kekal yang lama.Kini marilah kita berubah menjadi lebih baik.Moga-moga kita diterima sebagai orang yang bertakwa.

Apa yang menyentuh perasaan para jemaah,apabila DS Nizar mengulas isu lilin Teoh Beng Hock.DS Nizar menyatakan beliau sekadar menghormat mendiang yang mati dibunuh.

Namun DS Nizar,dituduh syirik,menjejaskan aqidah dan perlu bertaubat."Saya terima nasihat untuk bertaubat ,saya berisytifar 70 kali ,itu yang dituntut"kata Hj Nizar.

Namun apa hukumnya Rosmah Mansor,tidak bertudung,nampak rambut kepada bukan mahram."Apa hukumnya,mana tuan-tuan guru,mana Tok Mufti,sedang hukum menutup aurat sudah Qatei" tegas Hj Nizar.

Beliau mempersoalkan tindakan ssetengah pihak yang menghentam beliau,sedang kes Rosmah Mansor,The First Lady diam membisu .

Justeru beliau mengajak rakyat untuk berubah,kerana Najib sendiri dayus membiarkan isteri beliau mendedahkan aurat."Jikalau Rosmah pun beliau boleh biar,kenapa rakyat beliau perlu peduli" tegas DS Nizar

Bersama DS Nizar 3 Januari ini.



Bagi penduduk sekitar Kg Changkat Tualang,Kota Baru(Parlimen Kampar) boleh bertemu DS Nizar pada 3 Januari 2011.DS Nizar akan berceramah .

Banyak isu yang akan dikupas DS Nizar. Satu ceramah ke arah Putra Jaya. Ubah Sekarang,Selamatkan Malaysia.