Monday, October 3, 2011

Keputusan Zambry MB Perak tidak sah,apa kata DS Nizar.


Sejarah moden Negeri Perak pada abad ke 21 ini amat menarik.Semuanya dicetuskan oleh pengakuan Tun Zaki Azmi,yang pernah menjadi ahli UMNO.Dahulunya Mantan Ketua Hakim Negara.Seperti biasa pegawai kanan kerajaan,hanya berani bersuara selepas 'pencen'.

Kita ikut pendapat DS Nizar pada 2 Oktober sewaktu berucap di Buntong,dekat Ipoh .

www.youtube.com.

Ekoran daripada pengakuan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi di Malaysiakini di http://www.malaysiakini.com/news/176406.
****teknologi merubah dunia****

Najib dan Rosmah boleh terus mengelak untuk di ' Sepina' sehingga Khamis ini.

Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan akan diputuskan pada Khamis ini.

Sehubungan itu, hakim Makamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga mengarahkan perbicaraan kes liwat II itu bersambung esok.
***tak lulus sejarah*****

Sunday, October 2, 2011

Mahathir perlekeh Najib, BN di bawah Najib tak boleh menang PRU 13.

Jelas sekali sikap Dr Mahathir yang seolah tidak percaya lagi dengan Najib Razak.Dr Mahathir Mohamad menjangka peluang Barisan Nasional (BN) diketuai Najib Razak untuk menang dan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum (PRU) akan datang agak tipis.


Menurut Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri itu yang meninggalkan beban kebencian rakyat kepada Perdana Menteri selepas itu, hal ini kerana semangat perjuangan dalam BN terutama Umno kini dilihatnya semakin pudar.


“Kebanyakan hanya bersemangat untuk dapatkan jawatan dalam parti,” kata Dr Mahathir.


Selain itu, budaya cantas-mencantas dalam parti itu kini di tahap kritikal.


“Ini akan berlarutan hingga pilihan raya. Jika sikap ini masih tidak diubah, peluang untuk kita menang saya boleh kata, agak tipis,” katanya.


Bagi Dr Mahathir, dalam Umno juga masih wujud sikap berpuak.


“Apabila Presiden (Umno) umumkan calon, ada saja protes konon calon yang dipilih itu pasti kalah. Jika orang lain dipilih, orang yang tidak dipilih pula cantas calon yang dipilih.


“Kalau nak menang, dalam Umno tak boleh ada puak. Ahli tak boleh setia pada pemimpin tetapi setia pada parti. Apabila pemimpin itu tak jadi calon, calon yang dipilih tak dapat sokongan (ahli), mulalah nak tutup bilik gerakan. Ahli Umno kena tinggalkan pera-ngai tikam belakang,” katanya.

Bagaimana Dr Mahathir menyindir Najib Razak.

Katanya, budaya ini tidak wujud dalam Umno dahulu kerana ahli Umno pada masa itu ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air atas landasan parti.


“Orang Umno dulu walaupun tak dapat habuan, sanggup berkorban harta dan wang ringgit untuk sokong perjua-ngan parti. Sekarang, kebanyakan ahli hanya harapkan balasan, pegang jawatan sebab mahu dapat kontrak. ." Mahathir memuji diri sendiri.


“Mahu dapatkan jawatan dan mahu jadi wakil rakyat, yang nak jadi perdana menteri pun ada,” katanya.

Antara DS Anwar ,DS Najib dan DS Rosmah : kita tunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi.

Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan akan didengar oleh Makamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini,Isnin.


Selain mendengar permohonan itu, perbicaraan kes berkenaan akan juga bersambung sepanjang minggu ini.


Dikatakan DS Anwar telah memfailkan afidavit jawapannya pada Rabu lalu manakala DS Najib memfailkan jawapannya sebelum hujung minggu. DS Rosmah, pula difahamkan belum mengemukakan sebarang jawapan.


Kedua-dua mereka telah diminta oleh pihak pembelaan supaya tampil sebagai saksi.


DS Anwar pada afidavit jawapannya yang berasingan berhubung permohonan berasingan Najib dan Rosmah berkata pasangan itu diperlukan untuk membantu kes berkenaan bagi menjelaskan beberapa perkara.

Ceramah Politik Bersama Pemimpin Rakyat

Ceramah Politik Bersama Pemimpin Rakyat:
Hari:AHAD

Tarikh:2 Oktober 2011
Masa:8.00- 11.30 malam

Tempat:Dewan Serbaguna Buntong, Jalan Guntong, Buntong, Ipoh. (Berdekatan Pasar Buntong)

Description Speakers:
1) Y.A.B Tok Guru Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

2) Y.B. Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin

3) Y.B. Dato' Ngeh Koo Ham

4) Y.B. Nga Kor Ming

5) Y.B. Sivakumar

6) Y.B. Sivasubramaniam

7) Y.B. Wong Kah Woh

8) Encik Augustin Anthony (Peguam Pakatan Rakyat)

Saturday, October 1, 2011

Malam ini orang Cina dengar hukum hudud daripada Tok Guru Nik Aziz.

Pada malam ini 2 OKtober, 8 malam ceramah politik bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Dewan Serbaguna Buntong,Ipoh (Sebelah Pasar Buntong).

Penceramah utama Tok Guru Nik Aziz. Sebelum itu TG Nik Aziz akan bersolat Maghrib di Masjid Taman Kledang,Silibin.

Ayuh,kita bersama-sama jumpa Tok Guru Nik Aziz di Ipoh.

Sayang tak dapat makan sama Tok Guru Nik Aziz .

Esok 2 Oktober ,Tok Guru Nik Aziz akan makan tengahari bersama penduduk Taiping.Sayang ,penulis berada di Arau ,Perlis tidak dapat bersama TG Nik Aziz esok.

Program makan tengahari bersama Tok Guru berlangsung di Restoran Asam Pedas,Kamunting.Tok Guru dijangka sampai pada 11.15 pagi.

Kupon derma hanya RM10.00 sahaja. Makan bersama TG Nik Aziz ,sambil makan sambil menderma untuk tabung pilihanraya PAS Kawasan Taiping.

Untuk info keterangan lanjut, telefon nombor berikut, 013-5286388 dan 013-4224685.