Thursday, July 12, 2012

Muhyiddin Yassin raih undi depan budak sekolah.

Habuan untuk mereka yang hadir ke perasmian Hotel Perdana,Taiping oleh Muhyiddin Yassin. Guna SKM dan PPD untuk meminta sekolah menghantar 8 guru dan 40 orang pelajar.Setiap yang berdaftar dapatlah produk diatas..
Para guru dan budak-budak sekolah  memenuhi khemah  untuk mendengar perasmian Hotel Perdana oleh Muhyiddin Yassin.Terpaksa mendengar celoteh Muhyiddin Yassin, budak sekolah sekali lagi meninggalkan beberapa waktu P & P untuk memenuhi agenda" UMNO".
Aturcara perasmian Hotel Perdana ,kepunyaan Koperasi Guru-guru Melayu Taiping Berhad. Guna nama Karnival Koperasi untuk paksa sekolah LMS menghantar 8 guru dan 40 pelajar.Sekali lagi Muhyiddin Yassin ditipu dengan kehadiran budak sekolah dan guru-guru dari daerah LMS.Cuba bayangkan jika tidak ada Karnival Koperasi,sudah tentu sambutan untuk Muhyiddin Yassin tidak seramai ini.


Wednesday, July 11, 2012

Kita semua akan mati- Nizar

Nizar  sedang menyampaikan perasaan  salam takziah kepada  keluarga si mati.Ustaz Kamil petugas Unit Amal  turut mengiringi DS Nizar ziarah keluarga si mati.
 DS Nizar juga menyampaikan tazkirah kepada mereka yang menziarah keluarga  Allahyarhamah Mak Long  ,penduduk Kampung Pecah Batu,Ckt Jering , 7 Julai lalu.Dalam tazkirah beliau menyatakan kita semua akan mati"Mak Long ini pergi dulu daripada kita"kata Nizar.

Nak kaya duduk bawah ketiak Rosmah Mansor-Datuk Ariff Sabri.

Dalam ceramah Datuk Ariff Sabri,seorang yang pernah jadi wakil rakyat Pulau Manis,Parlimen Pekan dan juga pernah jadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan ,pada 6 Julai lalu menyatakan jika nak kaya duduk bawah dagu Najib dan duduk bawah ketiak Rosmah Mansor.

Sewaktu ceramah beliau menyatakan  ,beliau berjuang bersama Pakatan Rakyat untuk membela rakyat  yang ditipu UMNO/BN.

Pada 18 Julai ini beliau akan datang sekali lagi ke Parlimen Bukit Gantang . Kita saksikan bagaimana Najib sememangnya suka bercakap "haram jadah " dan kerjanya suka merampas Kerajaan Perak  yang dipilih rakyat.Ceramah bertempat di Kampung Kubu,Bukit Gantang ,bermula 9.15 malam.

Nizar Ahli Parlimen ,sebab itu Kuala Sepetang dibangunkan.

Kuala Sepetang dibangunkan kerana DS Nizar Ahli Parlimen,sebelum itu Hj Roslan Shaharum,dari Pas.Selama 55 tahun merdeka, penduduk Kuala Sepetang dipinggirkan.  Adun Gerakan yang mewakili penduduk Kuala Sepetang sebelum ini "goyang kaki". Apabila Pakatan Rakyat kuat barulah projek pembangunan diberi. Sayang penduduk Kuala Sapetang ,sudah tidak termakan dengan janji pembangunan. Mereka sudah beri peluang,tapi Gerakan dan UMNO hanya mengkayakan kroni masing-masing.  

TAIPING – Bukan sekadar untuk laluan kenderaan ringan, ia juga boleh digunakan jentera bomba dan ambulans sebagai laluan kecemasan.

Itu antara keistimewaan Jejantas Kuala Sepetang yang bakal dibina di Kampung Seberang Kuala Sepetang, di sini dan dijangkakan siap pada November tahun depan dengan membabitkan kos sebanyak RM2.7 juta.(klik)





Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik ,pengetua tipu TS Muhyiddin Yassin hidup-hidup.

Muhyiddin lancar senamrobik serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Siapa kena tipu Malaysia Book of Records atau Muhyiddin Yassin. Presiden MBR ,Danyy Ooi tersenyum puas,soalnya adakah beliau sedar pengetua sekolah sudah melakukan penipuan? Bilangan daftar melebihi 3.6 juta murid,tetapi yang terlibat tidak seperti didaftarkan.  Di manakah intergriti  MBR?foto Bernama.


PETALING JAYA - Kementerian Pelajaran dikatakan sekali lagi telah melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui penglibatan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada hari ini,10 Julai.

Betulkah lebih 3.6 juta murid terlibat.Setahu penulis yang terlibat murid sekolah sesi pagi. Sesi petang P & P seperti biasa.Setahu penulis  jumlah murid dan guru telah didaftarkan  mengikut  jumlah murid sekolah masing-masing,sama ada mereka bersenam atau tidak soal kedua..Buat kata guru ko-korikulum,"kita kena daftar semua murid dan guru"."Anggap sesi pagi dan petang terlibat"

Sampai tahap ini  pengetua menipu Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Pelajaran Negeri menipu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia TS Abdul Ghafar Mahmud.Yang penting kena daftar murid,soal menipu soal kedua.

Senamrobik  yang dipaksa itu  dan mengganggu P & P  itu dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin di Sekolah Wawasan USJ 15  dekat Petaling Jaya.

Penduduk Bukit Gantang sokong Nizar saman utusan dan tv3 ,Rm50 juta.


DS   Nizar bersama peguamnya selepas memfail saman fitnah ke atas media pro UMNO,Utusan Malaysia dan TV3.

KUALA LUMPUR: DS  Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1.Dalam ucapannya di Taman Kuning Sari pada 7 Julai lalu ,beliau mentakan setiap satu itu akan disaman RM50 juta.

Pada pagi tadi,saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur.Walaupun sudah diberi peluang seminggu untuk dua media itu untuk meminta maaf kepada DS Nizar  .


Menurut DS Nizar , pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan.


"Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan," katanya kepada wartawan harakah daily.


Beliau hadir bersama barisan peguamnya yang diketuai Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Juham Pemuda PAS Perak. (Gambar)


Mengulas lanjut, mantan Menteri Besar Perak itu berkata, TV3 dalam Buletin Utama pada 30 Mei lalu mendakwa beliau telah mendakwa Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat WWW1 yang berharga RM520 ribu melalui laman Twitternya.


Utusan Malaysia pula dalam keluaran 31 Mei lalu juga mendakwa perkara yang sama.


"Kenyataan saya seperti yang kita boleh lihat, ianya langsung tidak menyebut nama Sultan Johor sebaliknya ianya diputarbelitkan untuk menjatuhkan kredibiliti saya," jelasnya.


Ujarnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya untuk tindakan lanjut dan berharap ianya dapat diselesaikan segera agar rakyat mengetahui perkara sebenar.

Monday, July 9, 2012

Abby Abadi selepas Pru 13 ,ceramah lagi ke?

Abby Abadi di depan Kem Tahanan Kamunting membantah akta zalim ISA. Abby Abadi kini kerap mengikuti pelbagai program anjuran NGO dan PAS.Musim pilihanraya semakin rancak ini Abby Abadi menjadi pilihan untuk menyantuni masyarakat.Kini Abby Abadi keliling Malaysia.Abby tidak sempat untuk menerima tarbiyyah PAS.Apabila PRU 13 selesai ,Abby Abadi mungkin hilang entah ke mana.? Adakah  Abby Abadi terus berceramah atau Abby Abadi terus berlakon sebagai Inspektor Aliza?.Maaf harap-harap Abby Abadi tidak mengejar kemewahan dengan jemputan yang banyak itu?