Saturday, November 10, 2012

Nizar bagitau sidang Dewan Negara tangguh.

Foto DS Nizar bersalam dengan besan YB Ahli Parlimen Pasir Puteh,pada 3 November lalu.Foto diambil di perkarangan rumah pengantin lelaki. 
Sewaktu penulis mengikut DS Nizar ke majlis walimahtulurus penduduk di Taman Purajaya Simpang,penulis bertanya sekali lagi  betulkah sidang dewan Negara tangguh. DS Nizar menyatakan surat notis penangguhan telah dikeluarkan kepada YB Senator. Persidangan Dewan Negara yang sepatutnya pada 3 Disember- 17 Disember ini ditangguhkan.  

Sehubungan dengan itu DS Nizar menyatakan ,kemungkinan PRU 13 pada tahun ini juga, pada bulan Disember ini. 

Friday, November 9, 2012

PBS: Muhyiddin Layak Band 2

"Apa-apa sahaja sistem online berkaitan pendidikan tak bagus," itulah rungutan isteri pagi-pagi ini.



Mengajar di waktu petang tetapi malam-malam, pagi-pagi cuba berkerja di rumah memasukkan markah tetapi tak dapat. Sama ada SAPS-Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dan PBS-Pentaksiran Berasaskan Sekolah, dua-dua kantoi tak dapat masukkan markah. Guru-guru yang sedang online/pengguna atas talian dalam 1000-1500 tetapi sistem 'jem' teruk. Bagaimana teruknya sistem yang diperkenalkan Muhyiddin, Menteri Pendidikan Malaysia.



Bagaimana teruknya KPM yang membelanjakan berjuta-juta tetapi hampas yang dapat. Kalaulah Google yang mempunyai sistem demikian, 'mampus' lama dah!! Upgrade bagi mantap sikitlah, kasihan guru-guru. Dahlah markah yang nak dimasukkan gila-gila banyaknya!!



Apalah teruknya Sistem Muhyiddin terutamanya PBS, ada ke patut hanya boleh menggunakan Windows Explorer, cakap bung-bang! bung-bang!! pendidikan dunia, browser lain tak boleh guna, hampeh!!! Sistem buruk apa begini?? Kalau nak bagi markah kepada menteri, hanya layak C, itupun campur markah kasihan!!! Kalau PBS, hanya tahu dan faham, Muhyiddin layak Band 2 sahaja!!



Ini adalah kenyataan, kalau ada rakan-rakan guru cubalah tanya mereka, kalau dia tak menyumpah pun, pasti dia merungut. Lainlah kalau cikgu tu cikgu AMNo...kerajaan baguih sepanjang masa, barua!!



Tak mahulah nak bantai panjang-panjang, kesimpulan 100%, teruk!!!!!!!!! sumber ekeleh



Thursday, November 8, 2012

AES:No Plat WWV 7548 sape punya JPJ atau Beta.


Foto asal ini diambil oleh sisibukit.blogspot.com. Apabila peguam dan orang awam ingin tahu nombor plat kereta ,kita pun letakk balik gambar ini. Dengar cerita kereta ini tak nampak pun dilokasi ini kelmarin,sebab harakah cetak sudah siar.

Wednesday, November 7, 2012

123 waris landasan keretapi maut diemui-DS Nizar


KUALA LUMPUR: PAS menubuhkan Sekretariat Jejak bagi menjejaki waris bekas buruh binaan landasan keretapi Siam ke Burma bagi menuntut pampasan RM207 bilion dari kerajaan.


Sekretariat yang baru ditubuhkan itu bukan sahaja bertujuan untuk menjejak mereka yang terlibat tetapi juga akan membantu mereka mendapatkan tuntutan yang dianggarkan bernilai antara RM2.8 juta hingga RM3 juta setiap keluarga.



Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin berkata, setakat ini Sekretariat Jejak telah berjaya mengumpul 123 waris keluarga mangsa di Perak dan 347 waris di Pahang.



"Waris yang kita jejaki ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma.



"Kita akan melebarkan sayap Sekretariat Jejak ke setiap negeri bagi mendapatkan maklumat dan menjadikan pengantara kepada waris untuk membuat tuntutan," jelasnya pada sidang media di parlimen.



Sementara itu Nizar turut mendesak kerajaan memberi penjelasan di mana wang berjumlah RM207 bilion hasil tuntutan 30,000 mangsa landasan maut itu.



"Kita mahu penjelasan dari Kementerian Kewangan berhubung isu ini, yang bagi saya sehingga sekarang tidak ada penjelasan langsung walaupun ada maklumat mengatakan ia telah dibawa ke kabinet untuk dibincangkan.



"Menurut laporan sebuah laman web pihak berkuasa di sana pembayaran telah dibuat kepada Malaysia oleh Kerajaan Jepun sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, tapi sehingga kita tiada penjelasan diberikan oleh Kerajaan Malaysia," sambungnya lagi.



Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 11 Januari 2011.



Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.



Turut serta pada sidang media sebentar tadi, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss serta anggota jawatankuasa Sekretariat Jejak Negeri Perak.



Sekretariat Jejak boleh dihubungi ditalian 019-2316539 dan 013-3266194. sumber harakah.

Tuesday, November 6, 2012

PBS,Guru2 sengaja lengahkan kerja key-in: jawab Menteri

Jawapan menteri berkaitan soalan DS Nizar(PBS) ,server telah diupgrade tiada kelambatan ,cuma guru-guru sengaja melengah-lengahkan kerja key in. Kementerian Pelajaran tidak berhasrat  menyediakan imbuhan kepada guru-guru oleh kerana pertambahan kos .DS Nizar dalam pada itu ada menyebutkan kerajaan PR akan memberi imbuhan kepada guru-guru sebanyak RM500.Semuanya termaktub dalam buku jingga.

Cikgu terpaksa langgan broadband untuk key in markah? -Nizar

Soalan DS Nizar kepada TS Muhyiddin Yassin,harap menteri tidak jawab berbelit-belit.
 
8. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ]  minta MENTERI PELAJARAN  menyatakan kenapa Pentaksiran Berdasarkan Sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah Kerajaan,  sedangkan banyak sistem operasi  on-line tidak berkesan dan "lambat". Mengapa Kementerian Pelajaran tidak mahu memberi elaun tambahan untuk guru-guru yang terpaksa memasukkan (key-in) markah dan maklumat di rumah, yang melibatkan masa bersama keluarga dan terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi serta para guru terpaksa melanggan broadband untuk membuat kerja sekolah.

Sunday, November 4, 2012

Penting ,Haji Hadi jumpa pimpinan PAS Perak.

Penulis mendapat maklumat Tok Guru Haji Hadi,telah bertemu pimpinan PAS Perak. Pertemuan masih berjalan di Pejabat PAS Perak.

Difahamkan ada isu penting  yang dijelaskan Tok Guru Haji Hadi.Mungkin juga isu calon  dan PRU yang sudah dekat.

Apapun kita tunggu maklumat terkini,malam ini DS Nizar dijadualkan berceramah di Taman Berkat ,Simpang ,Taiping(Parlimen Bukit Gantang)