Tuesday, December 11, 2012

Nizar jumpa penduduk bagi harapan ,Zambry Kadir turun jual air liur!!!!!

DS Nizar  sedang melihat dokumen Anthony  yang tanah beliau teroka  untuk dijadikan bengkel kereta di BT 2 1/2 ,tau-tau orang lain yang dapat.Lihat foto,budak-budak muda  setia menunggu untuk bertemu Nizar.Ingat mereka bukan budak-budak PAS,semuanya budak-budak UMNO.

Budak budak muda  orang Melayu datang berjumpa DS Nizar  mengadu hal, UMNO tidak boleh diharap lagi.

DS Nizar melihat durian Bukit Gantang yang disumbangkan oleh orang kampung untuk  masyarakat DUN Changkat Jering.


Monday, December 10, 2012

AES dulu 60km/j .La ni 90 km/j

Jln Changkat Jering- Kuala Kangsar ,di Bt 7,Kg Paya ,had laju yang telah ditukar dari 60 km/j kepada 90 km/j. Foto menunjukkan adakah saman AES dulu sah.

Jln menghala ke Kuala Kangsar 90 km/j. Berita terdahulu 60 km/j.(klik)

Kamera AES menunggu mangsa . 

Jalan menghala ke Pekan Changkat Jering,kelajuan masih pada 60 km/j.Jalan menghala ke Kuala Kangsar sudah bertukar 90 km/j. 


Sebelah  menghala ke Pekan Ckt Jering 60 km./j.
Changkat Jering- AES punya pasal laluan jalan mempunyai kelajuan yang berbeza,menghala ke Kuala Kangsar 90 km/j.Sementara menghala ke Changkat Jering 60km/j. Apa ni  gila babi punya peraturan???

Musa Hasan minta SB tumpu jenayah.

Seorang anggota SB dari IPD Taiping sedang merakam ucapan DS Nizar di Majlis Ceramah Makan Durian Dun Ckt Jering pada 6 Disember  lalu. 
 "Saya harap SB ini berikan tumpuan kepada isu-isu untuk banteras jenayah dan jangan terlalu lebih beri tumpuan kepada isu-isu politik."kata Musa Hasan.


"Biarlah kerja-kerja siasatan politik ini dijalankan oleh mereka yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerja polis untuk memastikan kadar jenayah terus berkurangan dan rakyat lebih terjamin keselamatan mereka,"  kata Musa Hasan


DS Nizar sedang menyampaikan ceramah kenapa perlu mengundi Pakatan Rakyat pada 6 Disember lalu.SB pun kalut rakam ucapan DS Nizar.

Cerita yang SB perlu tau ,Pengedar dadah lempar bom sebelum ditembak mati

Isteri Ketua Pembangkang,tahun depan Rosmah Mansor bertudung le!!!

Rosmah Mansor rupanya sudah berumur 61 tahun. Beliau dilahirkan pada 10. Disember 1951.Dilahirkan  dekat Kuala Pilah,Negeri Sembilan.  Tahniah DS Rosmah Mansor, sudah punya buku biografi.Harap-harap Rosmah Mansor akan bertudung.Kalau tak pun tahun ini,tahun depan sebagai isteri Ketua Pembangkang,Rosmah Mansor akan bertudung!!!!!

Update"Isu Pas Larut, adakah Ahmad Zanian proksi UMNO.???

 Ahmad Zanian Md Shuhor
              Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor,Kawasan  Larut, Ahmad Zanian Md Shuhor.
Beliau baru menyertai PAS dua tahun. Terus diberi jawatan Ketua Cawangan.Amat malang jika betul  dakwaan penduduk,Ahmad Zanian ,merupakan proksi untuk orang ketiga????untuk merosakkan imej PAS dan peluang PAS di Parlimen Larut.??? Ahmad Zanian perlu mengikut banyak usrah dan tarbiah PAS untuk menjadi ahli yang berkualiti. Soalnya betulkah,dakwaan penduduk  Ahmad Zanian cukup rapat dengan YB Zainuddin Hamzah, Timbalan Menteri dari UMNO itu?????? ...Biar betul didakwa  Ahmad Zanian pula suruh undi calon UMNO dalam PRu 13. Ahmad Zanian didakwa cakap ,undi UMno sama saje!!!!.

Isu WWW1: Kes saman Nizar didengar 10 April


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan dua hari mulai 10 April tahun depan, untuk mendengar kes saman fitnah RM50 juta yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Utusan Melayu (M) Berhad.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya apabila kes itu disebut dengan kehadiran peguam Mohd Fitri Asmuni dan Zamri Ibrahim, yang mewakili Mohammad Nizar, dan Nor Atasha Sakinah Jubaidi Yean, bagi pihak Utusan.
Mohammad Nizar memfailkan saman itu pada 10 Julai lepas berkaitan komen beliau mengenai nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang dibida dengan harga RM520,000.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohammad Nizar berkata pada 28 Mei lepas beliau membuat kenyataan mengenai nombor pendaftaran kenderaan itu menerusi akaun Twitternya dan mendakwa pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11 akhbar Utusan Malaysia mengenai perkara itu.
Mohammad Nizar, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, berkata kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud beliau adalah seorang penderhaka terhadap Raja-raja Melayu, terutamanya Sultan Johor, seorang ahli politik yang anti-sultan dan cuba menghasut rakyat supaya membenci Sultan Johor. - Bernama

dosa apa yang saya tak buat pada Pas

Salam takziah daripada kami Team Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang  kepada isteri dan kaum keluarga Allahyarham Tuan Haji Abdullah Umar.  InsyaAllah roh Allahyarham dicuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang solehin dan syuhada'.Alfatihah.Tuan Haji Abdullah Umar meninggal dunia pada 8 disember lalu.foto:qoorata.
u/p:maaf posting agak lewat.