Monday, December 24, 2012
Lagi ADUN Trong tak buat kerja........
24 Disember 2012
Abdul Rahman (kanan) dan dua Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Shahruddin Ahmad Sani (kiri) dan Zainuddin Hamzah (tengah) ketika membuat tinjauan di Sungai Trong,di sini
TRONG – Bimbang berlakunya runtuhan tebing, penduduk menggesa jabatan berkaitan membaik pulih laluan Sungai Trong bagi mengelak kejadian sama berulang.
Abdul Rahman Hassan, 64, berkata, keadaan aliran sungai yang bengkok menyebabkan paras air naik mendadak setiap kali berlakunya hujan lebat.
Menurutnya, sebagai individu yang tinggal hampir dengan sungai berkenaan, keadaan itu dikhuatiri akan mengancam keselamatan mereka sekeluarga.
“Mac lalu, satu banjir besar sudah berlaku menyebabkan penduduk kampung panik, aliran air deras menyebabkan hakisan tanah berlaku termasuk pada bahagian tepi jalan raya.
“Kita bimbang, jika keadaan seperti ini berterusan akan memberi kesan lebih buruk,” katanya ketika ditemui, di sini.
Sinar Harian difahamkan, akibat hakisan itu juga, beberapa tiang elektrik terpaksa dipindahkan bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini.
Abdul Rahman berkata, risiko berkenaan boleh dikurangkan apabila laluan sungai berkenaan diluruskan agar aliran deras tidak menyebabkan hakisan sungai.
“Saya amat berharap agar pihak berkenaan dapat meluruskan sungai ini sekali gus memasang batu dalam sangkar bagi mengelak masalah sama berulang.
“Masalah bertambah rumit kerana musim hujan dan air boleh naik dengan cepat,” katanya.sumber sinar harian
Sunday, December 23, 2012
Saman AES,pegawai JPJ tak mau daftar.
![]() |
| Hj Asmuni sedang diwawancara wakil Harakah. |
AES Kes pertama di Taiping.
Sebentar lagi , pagi ini ,Isnin ,24 Disember 2012 Saman AES ,kes pertama di Mahkamah Majistret Taiping.Peguam PAS dan pimpinan akan turut serta. Bagi mereka yang berkelapangan boleh pergi ke Taiping untuk kita bantah AES itu. Masa pada 8.45 pagi. Kita jumpa di sana.
Ketua Bahagian UMNO cantas calon pilihan Najib.
oleh blog orang ni
Gempar..!!! YB Rosli Hussin zalimi Rosli Isa bakal calon UMNO Bukit Gantang
![]() |
| YB Rosli yang zalim |
Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang YB Datuk Rosli Hussin yang juga ADUN Terong memang zalim,memang tak patut dan memang-memang menginaya rakan sepasukan dalam UMNO di Perak.
Sebab apa aku kata macam tu..?
Sebabnya hari ini terbongkarlah segala pergolakan sebenar didalam UMNO di Parlimen Bukit Gantang. Nama YB Rosli Hussin sememangnya ramai ahli UMNO dah tahu yang dia (YB Rosli) disingkirkan dari bertanding dalam PRU akan datang. DUN atau Parlimen memang dah tiada tempat bagi YB Rosli Hussin lagi di Perak ini...kat negeri lain kot mau terima aku tak tau la...hahaha...
Keadaan menjadi kecoh dalam UMNO Bukit Gantang apabila dikatakan segelintir ahli UMNO masih mahukan YB Rosli bertanding,namun khabarnya UMNO diperingkat pusat ( Najib la tu...haha..) dah senaraikan nama seorang anak tempatan dari Kg. Sungai Kerang iaitu Haji Rosli bin Isa sebagai bakal calon Parlimen Bukit Gantang.
Rosli Isa ini memang anak tempatan tapi amat jarang balik kampung sebab berjawatan tinggi di Purtajaya dan memang orang di Parlimen Bukit Gantang tidak mengenali beliau...hatta orang UMNO sendiri pun tak kenalinya.
Nak jadi cerita hari ini aku ke sebuah majlis kenduri kahwin kat kawasan DUN Terong,di-dalam ramai-ramai tetamu yang hadir dimajlis tersebut rupanya terchonggok bakal calon tersebut...Haji Rosli Isa dengan seorang rakan (Gambar bawah: Berbaju merah) yang membawanya dari Putrajaya.
Kesian aku tengok...hahaha...Ada ke patut seorang bakal calon UMNO untuk parlimen Bukit Gantang dibiar berseorangan menjelajah untuk menyantuni rakyat disini tanpa di-iringi anak tempatan atau AJK UMNO Bahagian.
Sudah-lah beliau tu muka baru dalam politik,masih mentah,orang pun tak kenal dia dan dia pun tak kenal orang...YB Rosli Hussin boleh relex je....biar Hj Rosli Isa sorang-sorang...hahaha...tak kezalim nama-nya tu..??
Sudah-lah beliau tu muka baru dalam politik,masih mentah,orang pun tak kenal dia dan dia pun tak kenal orang...YB Rosli Hussin boleh relex je....biar Hj Rosli Isa sorang-sorang...hahaha...tak kezalim nama-nya tu..??
Patutlah dalam laporan Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO Bukit Gantang P- 059 dikatakan AJK UMNO Bukit Gantang tidak komitmen dalam tugas.
Apa yang jelas disini ialah YB Datuk Rosli Hussin menzalimi bakal calon sendiri. Dek kerana tidak tersenarai bertanding YB Rosli sanggup menzalimi rakan sendiri. Inilah perjuangan UMNO hanya mementingkan diri sendiri dan kroni dikeliling pinggang saja.
Saturday, December 22, 2012
Lagi cerita orang UMNO kena tipu,YB UMNO tak tolong
Mohd akhir..UMUR 63 tahun..menjadi Ahli UMNO sejak 18tahun.....45 tahun dah UMNO..akhirnya menjadi mangsa penipuan.Tanah yang diterokai milik orang lain.klik
cerita seterus di sini
cerita seterus di sini
Kisah Abang Mohd Akhir seorang OKU pendengaran menerokai tanah seluas 0.75 hektar ditepi jalan keKuala Trong masih berterusan.
Beliau telah mengusahakan tanah tersebut sejak 1998 ditanam pisang ,sayur dan pokok buah buahan.Hasil dari tanah tersebut hampir menjadi pendapatan utama menanggung keluarga beliau.Di samping itu , isteri beliau membuka warung minuman berdekatan Masjid Pekan Trong.
Menurut apa yang dikatakan oleh Mohd Akhir bin Shafii melalui anak dan isterinya,pada tahun 2002 beliau telah ke PDT Taiping dan dimaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan keatas tanah itu .Lantas beliau me majukan permohonan,tarikh sebenar beliau tidak dapat meingatinnya dan sekali lagi dalam tahun 2007 beliau ke PDT untuk mengetahui perkembangan permohonan beliau . Dimana beliau terkejut dengan makluman pegawai tiada sebarang permohonan keatas tanah itu ,beliau terus membeli plan dan sekali lagi pada tahun 2007 Mei beliau mengemukakan permohonan sekali lagi dimana (ada salinan dokumen ).
Beliau yang yakin sebagai Ahli UMNO permohonan akan dilayan turut juga mendapatkan surat sokongan dari ADUN BN Datuk Rosli pada tahun 2009 .
Difahamkan berlaku satu kejadian seorang pegawai dari PDT bersama seorang lagi yang dikenali anak beliau sebagai Polis dan seorang lagi yang tidak dikenali datang ke gerai isteri beliau, ingin berbincang mengenai tanah tersebut pada hari Ahad 27 Mac 2011.
Beliau yang yakin sebagai Ahli UMNO permohonan akan dilayan turut juga mendapatkan surat sokongan dari ADUN BN Datuk Rosli pada tahun 2009 .
Difahamkan berlaku satu kejadian seorang pegawai dari PDT bersama seorang lagi yang dikenali anak beliau sebagai Polis dan seorang lagi yang tidak dikenali datang ke gerai isteri beliau, ingin berbincang mengenai tanah tersebut pada hari Ahad 27 Mac 2011.
*Pegawai PDT itu memberitahu isteri beliau tiada sebarang permohonan keatas tanah itu sehingga 2003 oleh sesiapa pun,mendengar itu isteri beliau bersama anaknya terus ke PDT pada 29 Mac 2011.
Setelah berbincang di Pejabat PDT mereka diberitahu permohonan ditolak oleh pegawai atasan bernama Encik Harun dengan tidak memberi alasan.
Akhir sekali ,datang lagi 2 orang bersama pegawai PDT yang sama pada Mac lalu menawarkan RM5ribu kepada Mohd akhir sebagai penyelesaian isu tanah tersebut..
HAK MILIK SEMENTARA TELAH PUN DIKELUARKAN ATAS NAMA Mohd Asri yang beralamat diTaman semarak Pokok Asam.Taiping.pada 25 ogos 2011.
Setelah berbincang di Pejabat PDT mereka diberitahu permohonan ditolak oleh pegawai atasan bernama Encik Harun dengan tidak memberi alasan.
Akhir sekali ,datang lagi 2 orang bersama pegawai PDT yang sama pada Mac lalu menawarkan RM5ribu kepada Mohd akhir sebagai penyelesaian isu tanah tersebut..
HAK MILIK SEMENTARA TELAH PUN DIKELUARKAN ATAS NAMA Mohd Asri yang beralamat diTaman semarak Pokok Asam.Taiping.pada 25 ogos 2011.
Adun UMN0, cakap berdegor-degor,kawasan sendiri tak jaga!!!!!
INI bukti YB Rosli Husein ,tak buat kerja. Dahlah menipu di DUN ,tuduh Nizar 3 bulan sekali baru jumpa penduduk.(lagi ADUN makan gaji buta)

Norazian bersama penduduk menunjukkan kawasan kebun sayur dan buah-buahan didakwa menyebabkan pencemaran bau di Kampung Baru, Jalan Kuala Trong.
Norazian bersama penduduk menunjukkan kawasan kebun sayur dan buah-buahan didakwa menyebabkan pencemaran bau di Kampung Baru, Jalan Kuala Trong.
TAIPING – “Kami sudah tidak tahan untuk berhadapan dengan pencemaran bau yang sangat teruk sehingga menyebabkan penduduk rasa sesak nafas,” katanya Norazian Mat Lateh, 40.
Dia berkata, dalam tempoh dua tahun ini penduduk Kampung Baru, Jalan Kuala Trong terpaksa menghadapi masalah pencemaran bau baja yang digunakan pihak pengusaha kebun buah-buahan dan sayur-sayuran di kawasan berkenaan.
Menurutnya, kawasan perkampungan itu didiami kira-kira 200 penduduk yang majoritinya beragama Islam.
"Kami merasakan baja yang digunakan pengusaha itu ialah najis babi kerana baunya seperti bangkai menyebabkan penduduk terpaksa menutup hidung ketika berada di dalam atau di luar rumah.
“Oleh itu, rasanya baja yang digunakan pihak pengusaha perlu ditukar agar dapat menyelesaikan masalah pencemaran bau ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Norazian berkata, perkara ini bukan sesuatu yang baru dan aduan juga sudah dibuat kepada pihak berkenaan namun sehingga kini masalah masih belum selesai. Jelasnya, penduduk tidak menghalang projek tanaman berkenaan, namun tidak bersetuju dengan baja yang digunakan.
"Setiap kali baja tersebut dibawa masuk, kami akan berhadapan dengan masalah pencemaran bau dalam jangka waktu hampir seminggu.
“Bayangkanlah keadaan kami di sini yang terpaksa menghidu bau busuk sepanjang hari,” katanya.
Kata Norazian, penduduk berharap masalah berkenaan segera diselesaikan demi kesejahteraan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)




