Monday, February 4, 2013

4 Feb ulangtahun kudeta Perak,ajal UMNO sudah sampai.

DS Nizar mempunyai keyakinan  ajal UMNO akan habis dalam PRU 13 ini."Jika  Allah sudah takdirkan UMNO tumbang  dalam PRU 13 nanti,maka mereka tidak ada apa -apa cara untuk berkuasa"tegas DS Nizar.

DS Nizar mengingatkan UMNO dengan membaca  Surah Al-araf  ayat ke 34. Maksudnya "Tiap-tiap umat  mempunyai batas waktu ,maka apabila telah datang waktunya mereka  tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak( pula ) memajukannya"

Sunday, February 3, 2013

Tazkirah UIA di Kedai Gunting ,samseng dikenali naik hantu.



Tazkirah Ustaz Idris Ahmad  di Kedai Gunting ,membuat samseng dikenali ,panas punggung.UIA ajak kearah kebaikan bukan suruh main judi,minum arak,kacau bini orang.UIA nasihat kita jadi orang baik,Tapi samseng dikenali berlagak macam Malaysia tidak ada undang-undang.Dah samseng buka warung makan direzab jalan.Boleh tunjuk kesyaitanan(buat kata Dr Mahathir),pukul kenderaan DS Nizar.
Kereta pick-up Tata  ,masih elok corong speaker.
Selepas sepuluh minit bertazkirah didakwa ,Samseng UMNO dikenali memukul corong ini hingga kemek.
Foto samseng UMNO, bernama Abdul Malik Ariffin ditarik keluar oleh rakan .

Calon PAS DUN Kamunting,buat blog UMNO meroyan.

Ustaz Ahmad Fakharudin, bakal calon PAS Dun Kamunting yang cukup di benci blog UMNO.YB Zahir pun dikatakan sudah tidak lena tidur ,dengan kerja buat  Ustaz Fakharudin menyantuni masyarakat DUN Kamunting.
 
Ada orang sudah panas kerana Ustaz Ahmad Fakharudin  ,diterima semua lapisan masyarakat.Tahniah Ustaz Fakharudin, apabila UMNO dan blog upahan UMNO sudah marah ,itu tanda DUN Kamunting pada  PRU 13 milik Pakatan Rakyat. UMNO Taiping hanya mengharap YB Tan Lian Hoe.

Saturday, February 2, 2013

Tak dapat Nizar ,corong speaker kereta Nizar dikatuk.

Lebih kurang pukul 6 petang tadi di Taman Berkat,Simpang (Parlimen Bukit Gantang) corong speaker kereta Pusat Khidmat dikatuk samseng didakwa orang UMNO itu, bernama Abdul Malik Arifin, berumur  lebih 45 tahun. Samseng UMNO itumarah dengan tazkirah Ustaz Idris Ahmad,AJK PAS Malaysia.Setelah hampir empat tahun kenderaan ini berkhidmat dan selalu digunakan hampir kesemua kampung dan taman dalam Parlimen Bukit Gantang,petang tadi SAMSENG bernama Abdul Malik Arifin telah memukul corong speaker kereta Pusat Khidmat DS Nizar.

Friday, February 1, 2013

UMNO /MCA sudah kempen tak boleh minum arak.



Kempen UMNO /BN  di Kuala Sapetang sudah semakin melalut. UMNO kempen sama orang Cina di Kuala Sapetang, PR perintah sama PAS mereka tak boleh minum arak,tak boleh makan daging babi.

"Kita boleh minum inikah"(sambil tunjuk botol arak) ."Apa pasat tak boleh minum" "Ini tak boleh minum ,orang Islam ma!"kata penulis.



"Jika rakyat cerdik,mereka takkan sokong UMNO"- DS Nizar

DS Nizar dalam tazkirah Maghrib di Surau Kg Kepala Bukit,Bt 9,Bukit Gantang  pada 31 Januari lalu berasa kesal kerana Radio Perak FM dan Menteri Penerangan tidak membenarkan beliau untuk berucap di radio untuk menyuruh penduduk Islam negeri Perak  bersolat. "Masa jadi Menteri Besar,saya minta Datuk Ayob(Pengarah Penyiaran Negeri) untuk bercakap di radio selama sepuluh minit,tidak dibenarkan"kata DS Nizar."Saya jumpa Menteri Penerangan ,Datuk Saberi Chik,pun sama,tak layan" kata DS Nizar dalam nada kesal."Mereka boleh bagi jika suruh buat maksiat"sindir DS Nizar.DS Nizar menjelaskan ,UMNO yang memerintah tidak suka rakyat solat,kerana solat itu tiang agama. "Jika rakyat berilmu dan cerdik,mereka takkan sokong UMNO"ujar DS Nizar

TS Abu Talib pun macam Gani Patail,jika belum bersara?

Tan Sri Abu Talib Othman menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat. — Gambar oleh Siow Feng Saw
Tarik Balik Saman AES,mungkinkah Abu Talib Osthman seperti Gani Patail,jika belum bersara?


KUALA LUMPUR, 1 Feb — Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013.
 
Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat.

“Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu.

“Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya,” kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Pejabat Peguam Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan sistem itu untuk terus beroperasi.

Pembekuan saman itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang meluas dan mendorong pentadbiran Najib memikirkan untuk menghentikan pelaksanaan sistem yang menyebabkan pengguna menerima dua saman termasuk dari perangkap kelajuan polis di sepanjang lebuh raya.

Tidak berapa lama selepas pembekuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan sistem AES akan beroperasi seperti biasa dan saman akan terus dikeluarkan, membangkitkan lebih banyak kritikan dari mereka yang menentang sistem tersebut.

“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong pada 26 Disember.

Namun, Kong turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut.

Bulan lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

Dalam satu kenyataan, mereka bagaimanapun menegaskan saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

Abu Talib, walau bagaimanapun, menyimpan kritikan terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), yang dilaporkan telah mengakui kelemahan dalam AES.

Abdul Gani dilaporkan berkata saman masih lagi sah akan tetapi mengakui terdapat kelemahan dalam aspek undang-undang saman tersebut dan pejabatnya masih lagi dalam perbincangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Pada 13 Januari, akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia melaporkan peguam tertinggi negara itu keputusan berkenaan dengan ribuan saman yang telah dikeluarkan setakat ini masih tidak boleh didedahkan kerana ianya melibatkan beberapa jabatan.

“Hakikat beliau mengatakan pejabatnya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan tatacara berada di tempatnya  sebelum prosiding mahkamah dimulakan adalah satu pengakuan bahawa sistem tersebut tergesa-gesa dilaksanakan tanpa memikirkan dengan mendalam untuk undang-undang dan hak rakyat,” katanya.

Menurut Abu Talib, kenyataan Abdul Gani membuktikan sistem AES tidak diperincikan dengan teliti terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum ianya dilaksanakan.

“Jika ia benar, bahawa semua peraturan dan tatacara masih belum tersedia, perkara yang betul untuk beliau lakukan adalah untuk menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan semula semua denda yang dibayar, jika ada,” kata beliau yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Pihak polis, yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu ini menjelang kempen pilihan raya yang perlu diadakan pada April selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat.sumber MI