Monday, June 17, 2013

Kereta black maria takut-takutkan isteri tahanan ISA.

Isteri-isteri tahanan  bersama anak-anak di Suhakam
Di SUHAKAM pagi tadi, isteri tahanan ISA mengaku mereka merasa amat takut hingga gementar seluruh tubuh bila melihat beberapa buah kereta peronda polis dan Black Maria di parkir di hadapan Kemta.

"Ada ramai polis berdiri tidak jauh dari tempat kami bertemu suami.Ramai yang mengambil gambar kami semua. Kami rasa sangat takut dengan kedatangan polis yang agak ramai...." demikian luahan hati mereka.....

Ya Allah, jauhkan lah kami dari bersekongkol dengan orang-orang yang zalim.
.foto/berita:Norlaila Othman

Sunday, June 16, 2013

Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup


Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup

Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT. 

sumber : SinarHarian

Semasa kempen PRU,PPSMI mansuh,sudah menang PPSMI akan diteruskan.

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)  kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran  Datuk Mary Yap Kain Ching yang menyatakan bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran  Sains  dan Matematik (PPSMI) hanya dihentikan sementara.
Taiping-
Semasa kempen PRU 13,PPSMI dimansuhkan,tetapi apabila menang PPSMI akan diteruskan.
Begitulah hadiah untuk rakyat.BN seolah-olah cuba membunuh Bahasa Melayu.

"Kesan besarnya akan "membunuh" bahasa Melayu sebagai bahasa bagi tamadun sains dan teknologi dengan serta-merta di negara ini buat kali kedua dan akan lebih parah pada masa depan" kata PLM.


Inilah padahnya apabila pengundi khususnya orang Melayu memberi undi kepada UMNO/BN.UMNO selalunya mengkhianati orang Melayu.

Saturday, June 15, 2013

Kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(KPPK) buktikan Muhyiddin Yasin gagal.

Kaji selidik NUTP  menunjukkan  TS Muhyiddin Yasin gagal sebagai Menteri  Pelajaran sekarang Menteri  Pendidikan.
Dalam kaji selidik ini 74 peratus responden memberi maklum balas program ICT sekolah tidak  berjaya disebabkan oleh ,antara lain:
a. peralatan ICT sekolah tidak lengkap dan tidak terkini.
b. ketiadaan makmal komputer.
c.gangguan capaian internet
d.pengurusan bilik komputer yang tidak sistematik
e.kurang peruntukan untuk pelajaran ICT
f.hampir 80 %  komputer /peralatan rosak dan tidak diselenggara.

Kasihan ayah mereka masih ditahan di KEM Tahanan,Kamunting.

Jom bersama GMI memberi sokongan moral kepada keluarga tahan I.S.A

Keluarga tahanan I.S.A kini sedang berkampung di Kamunting.

Petang tadi YDP PAS Taiping ,Ustaz Ahmad Fakharudin  menerima kunjungan isteri-isteri mangsa tahanan tanpa bicara dari Sabah yang masih di tahan di Kem Kamunting . Turut hadir isteri Us Badrulamin puan Puan Laila (bekas isteri tahanan) mereka akan melawat suami yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting esok...sayu melihat anak kecil yang sedang membesar tanpa ayah di sisi mereka.foto Ustaz Fakharudin.

Taiping- Esok 16 Jun ,bermula pukul 10.00 pagi marilah kita memberi sokongan moral kepada isteri dan kaum keluarga tahanan I.S.A berhadapan Kem Tahanan ,Kamunting.Terdapat pelbagai acara untuk kita sama-sama terlibat untuk membantu keluarga tahana I.S.A ini.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) membawa tsunami ke sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membawa tsunami ke sekolah.Petikan artikel ini diambil daripada makalah NUTP ,Guru Malaysia keluaran April 2013.Apa yang jelas Malaysia yang menjadikan Australia sebagai contoh rujukan pun kini kembali kepada sistem asal.