Sunday, July 7, 2013

Kuala Besut,para guru jangan gentar.

Berapa banyak guru di DUN Kuala Besut akan ditukar ke daerah lain selepas PRK 2013 ini.Semuanya kuasa UMNO.UMNO menang pertukaran mungkin tidak berlaku.UMNO kalah para guru tunggulah nasib.Semuanya gara-gara ugutan atau gertak Menteri Pendidikan 2 secara tidak langsung.


"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," kata, Idris Jusuh di Kg Kemunting,dekat Kuala Besut.


 Kuala Besut memerlukan para guru yang berani membawa perubahan.Para guru kena jadikan diri mereka  contoh pembawa perubahan. Politik ugutan yang dibawa oleh Menteri UMNO usah dilayan.Jika kaum nelayan pun mahu perubahan masakan para guru yang cerdik tidak mahu berubah.

Friday, July 5, 2013

'Tentera berunding kembali dengan Mursi'.-Washington Post



Khabar Mesir.
Oleh Nasaie Ismail
 
Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir.Apa sahaja perubahan boleh berlaku.Tugas kita berdoa pada Allah untuk saudara kita di sini.Kerana hari ini (sabtu) genap 8 hari mereka berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu Ismail). Jumlah mereka meningkat berganda selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan hari ini himpunan di lebih 20 kawasan seluruh Mesir berjumlah jutaan manusia dengan kematian mencatat 30 orang. 12 orang sahaja di Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup oleh samseng terpelihara.

Keadaan ini amat mengejutkan perampas kuasa. Setelah 2 hari ditamatkan siaran langsung semua channel di Dataran Rubu'ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh himpunan penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di Kaherah iaitu Dataran Rabu'ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober dan Bangunan Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini). Bahkan saya temui lebih 10 Channel lain yang menyiarkan himpunan penyokong Mursi secara langsung pada hari ini. Ia satu kepelikan setelah semua media disekat membuat liputan himpunan Pro Mursi. Kepelikan kedua ialah kemunculan pemimpin kanan Ikhwan di pentas Medan Rubu'ah seperti Dr Muhammad Badi' (Mursyidul Am Ikhwan), Dr Isyam Rayyan (Naib Presiden FJP) dan Al Baltaji (bekas ahli Parlimen Ikhwan) dalam keadaan akhbar hari ini (jumaat) menyiarkan sekatan, tahanan dan cubaan melarikan diri ke atas pemimpin tersebut. Dr Badi' diberitakan hendak melarikan diri ke Libya dengan bantuan Ikhwan Libya. Tiba-tiba muncul berucap di Rubu'ah. Bohonglah akhbar-akhbar tersebut.

Saya tidak mahu mengulas keberangkalian yang menyeronokkan. Tetapi seorang sahabat dari Tanta memaklumkan tadi akhbar Washington Post menyiarkan berita bertajuk, 'Rampasan Kuasa Yang Gagal' dengan sub-title 'Tentera berunding kembali dengan Mursi'. Wallahua'lam apakah benar atau tidak berita ini. Cuma boleh saya katakan, keputusan tentera itu bukanlah suatu yang mudah untuk segera selesai krisis ini kerana jutaan penyokong Mursi tidak berganjak malah bertambah ramai menguasai dataran-dataran seluruh Mesir. Para ulama Al Azhar juga bertambah ramai keluar menyokong Dr Mursi dalam keadaan Sheikhul Azhar bersama keputusan tentera. Apapun tugas penting kita ialah terus bermunajat kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa.sumber 

Penamaan calon Kuala Besut pada hari penghulu segala hari.


SPR sememangnya tidak sensitif dengan perasaan orang Islam.Jumaat penghulu segala hari.Penamaan calon yang sesuai pada hari Sabtu.Mengundi pun sepatutnya hari Sabtu,untuk memudahkan pengundi luar balik mengundi.Tapi SPR semua boleh.....
 
KUALA TERENGGANU - Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sensitif terhadap warga Terengganu berhubung penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pas Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat berkata, SPR seolah-olah tidak ambil kira persekitaran di negeri ini apabila hari penamaan calon dan pengundian, masing-masing jatuh pada Jumaat dan Rabu.

Beliau mempersoalkan pemilihan tarikh itu kerana kebiasaan pemimpin Pas setempat mengadakan kuliah agama pada hari Jumaat, begitu juga Rabu yang dilihat menyukarkan pengundi luar pulang mengundi.

“Hari penamaan calon tidak pernah berlaku pada Jumaat. Di Terengganu, Jumaat hari cuti dan pada hari itu kita menghadiri kuliah, belajar ilmu agama. Ini menunjukkan SPR tidak sensitif, kenapa tidak buat hari Sabtu? Ini seolah-olah mahu halang calon pergi kempen.

“Begitu juga hari pengundian pada hari Rabu yang juga hari bekerja. Keadaan ini akan menyukarkan pengundi luar untuk pulang Terengganu. Adakah kerajaan negeri mahu halang pengundi luar pulang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman tarikh PRK Dun Kuala Besut oleh SPR yang jatuh pada 24 Julai ini iaitu pada Ramadan, manakala penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian awal diadakan pada 20 Julai.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK di kerusi N1 itu.

Sementara itu, Satiful Bahri yang juga Adun Paka berkata, pihaknya tiada masalah besar pengundian berlangsung pada bulan puasa kerana ia bukan kali pertama berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

“Kita bersiap sedia sekalipun berlangsung dalam bulan puasa kerana mungkin SPR mengambil kira tempoh 60 hari untuk mengadakan PRK itu tetapi kita terkilan dengan pemilihan tarikh tersebut,” katanya.

Dun Kuala Besut calon bergelar Ustaz yang bertanding.?

PAS dijangka meletakkan calon bergelar Ustaz tidak bergelar ustazah untuk bertanding di N01,Kuala Besut.Dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut calon lelaki amat perlu diketengahkan ,Bertambah pula UMNO juga akan meletak anak tempatan yang berpengaruh.

PAS mesti menggunakan isu tempatan untuk menarik sokongan rakyat.Tak perlu kemuka sangat isu nasional atau global.

Mungkin boleh gunakan isu hak milik  tanah yang  diberi kepada rakyat semasa pemerintahan tahun 1999-2004.Boleh guna juga isu kenaikan harga barang.Boleh juga guna isu tuntutan royalti.Isu untuk menjaga kebajikan kaum nelayan perlu diambil berat , PAS jika diberi peluang memerintah negeri ,janji menjaga kebajikan rakyat perlu ditekankan.

UPU DI DUN KUALA BESUT
 
1. Pulau Perhentian - 734 pengundi
2. Seberang Barat - 1655 Pengundi
3. Seberang Barat Luar - 1769 Pengundi
4. Nail - 3065 Pengundi
5. Tok Saboh - 3207 Pengundi
6. Kg. Nangka - 1236 pengundi
7. Kg Baru - 3591 Pengundi
8. Bukit Puteri - 2422 pengundi


Thursday, July 4, 2013

Dosa Dr Mursi terlalu banyak.


Rupa-rupanya terlalu banyak DOSA Dr Mursi patutlah dia digulingkan!!

1.Dosa Mursi adalah karena mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pndapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.

2.Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

3.Dosa Mursi adalah membangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

4.Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.

5.Dosa Mursi adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.

6.Dosa Mursi paling besar adalah dia selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.

7.Dosa Mursi adalah kerana berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.

8.Dosa Mursi adalah karena ia mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.

9.Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.

10.Dosa Mursi adalah krana mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.

11.Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.

12.Dosa Mursi adalah menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan

Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi digulingkan oleh sisa-sisakroni Mubarak, liberal, sekular, komunis,. Mereka kecewa kerana Mursi telah gagal membawa Mesir ke arah kehancuran

[Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil Yuliasari]

Nizar berada di Australia,kenduri tunggu Nizar balik dulu.

DS Nizar menang kes saman syarikat utusan atas isu nombor pendaftaran plet WWW1.Ramai yang mengucap tahniah.Ramai yang bertanya bila hendak adakan kenduri kesyukuran.DS Nizar minta RM50 juta,tapi mahkamah hanya beri  RM250 ribu.

Peguam DS Nizar,  Mohd Fitri Haji Asmuni  telah mengesahkan  bahawa mahkamah memerintahkan bayaran ganti rugi am dan teladan selepas Hakim Rosnaini Saub mendapati Utusan memfitnah  DS Nizar .Tetapi DS Nizar tidak mendapat gantirugi teruk

Sebelum ini DS Nizar dalam program beliau di Bukit Gantang semasa menjadi Ahli Parlimen  menyatakan beliau akan mengadakan kenduri kesyukuran jika menang saman FITNAH ke atas Utusan Malaysia. 

DS Nizar kini berada di Australia bersama dengan pimpinan PAS Pusat dalam program PAS bersama masyarakat antarabangsa.

Wednesday, July 3, 2013

Sejarah FIS ,Algeria berulang di Mesir.


Presiden Mesir DR Muhammad Mursi diguling oleh Menteri Pertahanan/Panglima Angkatan Bersenjata Jenderal Abdel Fattah al Sisi yang diangkat oleh Mursi  sebagai pembantunya.
Al Sisi mengumumkan bahwa ketua Mahkamah Agung (MA) untuk sementara akan memegang kekuasaan presiden dan undang-undang .
Sejarah FIS di Algeria kembali berulang di Mesir. Tentera merampas kekuasaan yang sah. Umat Islam di mana-mana pun belajarlah dari Kudeta Tentera di Mesir dan ke atas FIS di Algeria(klik).