Tuesday, July 9, 2013

Sedikit lagi kesabaran penyokong Dr Mursi akan menang .

Gambar ketika solat jenazah para 'Syuhada Subuh' yang terbunuh ketika 'Tragedi Subuh Berdarah'.

Kerajaan Haram Tentera Mesir kembali ke arena politik di negara Mesir dengan kononnya berwajah  baru tidak seperti mana mereka menyokong Hosni Mubarak.Pihak tentera ,kononnya berjiwa rakyat dan menghormati perlembagaan. Mereka membangun harapan "palsu"di sebalik penggulingan presiden pilihan rakyat Dr Mursi.Kerajaan Haram Tentera Mesir tajaan Amerika Syarikat cuba memanfaatkan gelombang dukungan rakyat pro sekular di Mesir.Namun mereka kelihatan gagal
Dengan  51 orang penyokong kerajaan sah pilihan rakyat seolah sengaja ditembak untuk dibunuh pada waktu Subuh Isnin lalu.Kerajaan kudeta ini telah menerima tekanan antarabangsa.Amerika Syarikat pun sudah "malu" kerana rampasan kuasa kononnya kehendak rakyat telah membunuh banyak jiwa.Pihak tentera sudah gagal.Ikhwanul Muslimin dengan sedikit kesabaran lagi ,insyaAllah akan berjaya menghadapi kerakusan sang pemerintah zalim lagi kejam.Setengah-setengah pihak melabelkan lebih zalim lagi daripada regim Zionis. Mungkin juga mereka belajar daripada regim ganas Basyar Asad dari Syria.Bahasa kekerasan yang digunakan tentera,rakyat anti-Morsi pun tak suka.
Justeru mengharap  Syeikh Al-Azhar , Ahmed el Tayeb menekan tentera Mesir seperti sikapnya untuk   mengasingkan diri di rumah saja sebagai protes ,sebenarnya sudah terlewat.Kononnya Syeikh Al- Azhar  tidak akan muncul dari rumahnya sampai pertumpahan darah berakhir.

Monday, July 8, 2013

Perang kongsi gelap di Perak.

Ketua Polis Perak,Datuk Mohd Shukri Dahlan menyatakan beberapa kes bunuh yang berlaku di Perak berpunca daripada pergaduhan dua kongsi gelap.

Ganas,penjenayah makin berani bertindak kejam.

BACHOK - Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di sini, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu, di sini hari ini.

    
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 1.40 petang itu, Hashim Mat Zain, 43, yang juga guru muzik sekolah berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera terkena tembakan di bahagian dada dan bahu kanan.
    
"Mangsa yang sedang memandu keretanya ditembak seorang suspek yang tidak dikenali sebelum keretanya terbabas ke kiri jalan dan berhenti di hadapan sebuah rumah penduduk.
    
"Pemeriksaan forensik mendapati empat das tembakan telah dilepaskan oleh suspek, tiga mengenai cermin depan dan satu das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Sebutir anak peluru dipercayai .38 telah dijumpai di dalam kusyen pemandu," katanya dalam satu kenyataan.
    
Jalaluddin berkata siasatan awal mendapati selain bertugas sebagai guru, mangsa turut menjalankan pelbagai perniagaan dan dipercayai mempunyai masalah hutang.
   
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, untuk bedah siasat.
    
Sementara itu, pemilik rumah, Siti Aminah Abdullah, 60, berkata ketika kejadian beliau sedang menunaikan solat Zohor sebelum terdengar beberapa letupan dan dentuman kuat.
    
"Saya kemudian keluar daripada rumah dan mendapati ada sebuah kereta melanggar tiang tangga dan kedengaran seorang lelaki sedang mengerang kesakitan di dalam kenderaan itu," katanya menambah beliau kemudian memanggil jiran untuk membantu lelaki berkenaan.
    
Seorang lagi saksi, Mohamad Idris, 64, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya yang tidak jauh daripada situ dan mendengar beberapa das tembakan dilepaskan.
    
"Saya bergegas ke bahagian depan rumah dan mendapati sebuah kereta telah melanggar tangga sebuah rumah. Saya hampiri kereta berkenaan dan mendapati seorang lelaki terbujur dekat gear, masih bernyawa.       
      
"Saya kemudian mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah sebelum melihat mangsa menghembuskan nafas yang terakhir," katanya.
    
Rakan mangsa, Khaziman Osman @ Seman, 43, ketika ditemui di tempat kejadian berkata kali terakhir dia bercakap dengan mangsa ialah pada pagi semalam.
    
"Arwah mengajar subjek muzik. Semalam dia tak banyak cakap. Saya pun tak sempat nak cakap lama dengan arwah. Saya pulang awal semalam dan arwah pulang kemudian," katanya.
    
Usaha Bernama untuk menemu bual anggota keluarga mangsa gagal kerana mereka masih terkejut dan enggan ditemui pemberita. - Bernama

Budak-budak dulu suka dengan siaran TV ini.

Budak-budak dulu suka sangat tengok siaran ini,terutama apabila diumumkan tarikh 1 Syawal.Sekarang zaman ICT budak-budak lebih suka  tengok facebook dan tweeter.

Sunday, July 7, 2013

Ceramah Pengisytiharan Calon Kuala Besut,cikgu-cikgu akan pergi.

Esok ,pengisytiharan calon oleh TG Dato' Presiden PAS,cikgu-cikgu di DUN Kuala Besut ,akan turut hadir.Mereka tidak peduli dengan ugutan Idris Jusoh,Menteri Pendidikan 2. 

Tabik Spring untuk Presiden NUTP


Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.(Berita guru jangan gentar)

Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.
“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim(sumber)