Monday, July 22, 2013

Tembak menembak sudah biasa di Taiping.

Beberapa hari lepas seorang penduduk Simpang,Taiping nyaris maut ditembak seorang lelaki tidak dikenali menunggang motosikal.Penduduk bekerturunan India itu sewaktu kejadian  dalam usaha menghantar anak perempuannnya untuk ke sekolah di Bandar Taiping.

Kereta kalis peluru beliau menyebab  penembak itu gagal untuk mengena sasaran. Penduduk berketurunan India  itu berjaya menyelamatkan diri ke Balai Polis Simpang.

Sejak beberapa bulan ini peristiwa tembak menermbak sudah menjadi seperti perkara biasa.Apakah kini pekan Simpang,Taiping kini sudah tidak selamat?

Pihak polis sewajarnya membuat sesuatu agar keselamatan penduduk Taiping terjamin.

Thursday, July 18, 2013

70 peratus persetubuhan ibu bapa ditonton anak-anak.


Satu lagi kegagalan UMNO mengurus rakyat.

 Menurut  Penolong Pengarah Sektor Sosiobudaya Institut Intergriti Malaysia(IIM) Puan Rohana Yaacob,  70 peratus ibu bapa terutama di luar bandar  perlakuan seks mereka ditonton oleh anak-anak.Penemuan fakta ini hasil kajian Sosiobudaya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.

"Sangat menyedihkan apabila anak kecil dapat melihat  perlakuan seks ibu bapa kerana sesetengah  rumah mereka terutama golonngan miskin tidak mempunyai bilik tidur"kata Rohana Yaacob seperti yang dilaporkan.

Amat menyedihkan apabila pihak berkuasa khususnya Baitulmal  atau Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak boleh membantu,keluarga miskin ini.

Amnesty International :Penyokong Mursi Ditahan, Disiksa oleh Tentera Mesir


Ratusan pendukung dan penyokong Dr Mohamed Mursi yang ditangkap di Mesir telah dianiaya dan dipukul serta didera dalam tahanan, menurut laporan Amnesty International.
Dalam sebuah laporan yang bocor pada hari Khamis, organisasi hak asasi manusia itu menyatakan lebih dari 660 pendukung Presiden Mohamad Morsi telah ditahan sejak Dr Mursi digulingkan dari kekuasaan tiga minggu lalu.
Menurut Amnesty International, beberapa tahanan yang telah dibebaskan mengatakan bahwa mereka ditutup matanya, dipukul, bahkan dipukul dengan bontot senapang dan didera dengan cas eletrik..
Banyak tahanan, tidak diberikan hak akses bertemu peguam
Satu demonstrasi akan dilakukan lagi secara besar besaran pada hari Jumat,hari ini setelah Solat Jumaat. 

Wednesday, July 17, 2013

Peguam UMNO,Datuk Hafarizam diperintah bayar RM10,000 kepada Dun Selangor.


Selalunya peguam UMNO ,Datuk Hafarizam Harun menang kes,pada kali ini dia kena bayar kos mahkamah Rm10,000 kepada DUN Selangor.
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memerintahkan rayuan yang dikemukakan Dun Selangor dan dua yang lain berkaitan saman yang dikeluarkan terhadap peguam Datuk Hafarizam Harun supaya menjawab tuduhan menghina mahkamah, diteruskan di Mahkamah Rayuan.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel lima anggota, menolak permohonan Hafarizam agar persoalan berkaitan perlembagaan diputuskan Mahkamah Persekutuan.
Panel itu turut dianggotai presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.
Arifin juga memerintahkan Hafarizam membayar kos mahkamah RM10,000 kepada Dun Selangor, Setiausaha Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun Selangor, Mohamad Yasid Bidin dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun Selangor.
Hafarizam memohon agar tujuh persoalan perlembagaan berkaitan Perlembagaan Negeri Selangor, diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. 
Antara persoalannya ialah sama ada mahkamah boleh mendengar perkara berkaitan pengeluaran saman supaya seseorang itu menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan undangan negeri bagi menjawab tuduhan menghina.
Pada 1 April 2011, Hafarizam dan anak guamnya bekas anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, dirujuk kepada jawatankuasa itu kerana dituduh menghina Dewan.
Dun Selangor meluluskan usul untuk merujuk mereka kepada jawatankuasa itu setelah mereka dikatakan mendesak bekas Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim supaya melunaskan bayaran RM40,000 atau menghadapi tindakan muflis.
Pada 19 jan 2011, Chang Khim mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang kosong dengan mendakwa Badrul Hisham tidak menghadiri persidangan dewan tanpa cuti selama enam bulan berturut-turut. Bagaimanapun, pada 18 Februati 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengubah perintah itu dan memerintahkan Chang Khim membayar kos mahkamah sebanyak RM40,000 kepada Badrul Hisham.
Pada 12 April 2011, saman dikeluarkan kepada Hafarizam, 41, supaya menghadap jawatankuasa tersebut bagi menjawab pertuduhan menghina dewan kerana menghantar sepucuk surat kepada peguam yang mewakili Chang Khim, Tetuan Tommy Thomas bagi menuntut bayaran RM40,000, sejajar dengan perintah yang dikeluarkan mahkamah.
Beliau dituduh menghantar surat itu dengan menggunakan bahasa yang boleh dianggap lucah, biadab dan mengancam.
Pada 31 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan Hafarizam mengemukakan saman sivil bagi mengetepikan saman yang dikeluarkan terhadapnya.
Mahkamah itu memutuskan bahawa saman yang dikemukakan Dun Selangor terhadap Hafarizam supaya menghadap jawatankuasa berkenaan bagi menjawab tuduhan menghina dewan adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dun Selangor, Mohamad Yasid Bidin dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun Selangor memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Rayuan itu dijadual dibawa bagi pengurusan kes pada 1 Ogos.

Pada perbicaraan hari ini, Abdull Hamid mempersoalkan sama ada wajar bagi Mahkamah Persekutuan menentukan persoalan berkaitan undang-undang kerana rayuan berhubung perkara itu belum diputuskan Mahkamah Rayuan.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Hafarizam, menjawab dengan berkata Mahkamah Persekutuan tidak terhalang daripada melaksanakan kuasanya untuk memutuskan persoalan berkaitan undang-undang.  

Katanya terdapat isu penting dari segi perlembagaan berhubung kekebalan, yang bukan sahaja memberi kesan terhadap Selangor, tetapi juga negeri lain.

"Adalah sesuatu yang amat besar manfaatnya jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tentang perkara ini secara muktamad dan menyelesaikan kes ini," katanya.
Peguam Chan Kok Keong, yang mewakili responden pula berkata beliau membantah permohonan Hafarizam agar mahkamah persekutuan membuat keputusan tentang persoalan undang-undang kerana perkara itu sepatutnya didengar Mahkamah Rayuan. - Bernama

Tuesday, July 16, 2013

Cuepacs harap kerajaan beri bonus 10 hari sebelum raya.


SHAH ALAM – Cuepacs hari ini menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kadar bonus raya yang dicadangkan kongres pada 9 Julai lalu adalah berpatutan dan hanya melibatkan kenaikan setengah bulan sahaja berbanding yang diberikan kerajaan pada tahun lepas.

“Tahun lepas kerajaan sudah beri dua bulan bonus, jadi kami harap tahun ini dapat diberikan sedikit kenaikan kepada penjawat awam memandangkan harga barangan keperluan semakin naik, sekali gus dapat meringankan beban mereka khususnya mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan golongan pesara.

“Hal itu bukan saja berita gembira buat penjawat awam ini bahkan akan beri sedikit keceriaan kepada peniaga di luar sana yang kita dapati kurang dapat sambutan penjawat awam yang masih menunggu bayaran bonus itu,” katanya. 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang mengatakan kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

Omar berharap kerajaan dapat merealisasikan pemberian bonus Aidilfitri itu sepuluh hari atau seminggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya, bulan depan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peniaga barangan keperluan hari raya supaya tidak mengambil kesempatan jika penjawat awam bila penjawat awam diberikan bonus raya nanti.

Sebaliknya golongan peniaga patut berterima kasih kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka melariskan barangan jualan mereka yang kini masih suram daripada pengunjung baik di pasaraya mahupun bazar Ramadan.

Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.sumber

Monday, July 15, 2013

Petisyen ,25 Julai tarikh bantahan awal DUN Manjoi.


DS Nizar menyatakan ,keyakinan beliau petisyen yang dibuat oleh PAS Perak  akan berjaya. Menurut DS Nizar peluang untuk pilihanraya kecil Perak cerah. 
BATU GAJAH: Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Isnin menetapkan tarikh untuk mendengar bantahan awal oleh pempetisyen dan responden terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan bagi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Hakim Pilihan Raya Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan 25 Julai sebagai tarikh untuk mendengar bantahan awal bagi kawasan DUN Manjoi dan 29 Julai bagi kawasan DUN Manong serta DUN Pasir Panjang.
Abang Iskandar menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas berjumpa dengan peguam yang mewakili semua pihak terbabit dan peguam kanan persekutuan yang mewakili pegawai pilihan raya (RO) bagi setiap kawasan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketika ditemui pemberita, peguam yang mewakili Barisan Nasional (BN) Badrul Hishah Abdul Wahab berkata Hakim turut menetapkan 17 dan 18 Julai ini untuk responden dan pempetisyen memfailkan hujahan bertulis.
Peguam Kanan Persekutuan Muhamad Anas Mahadzir dan peguam mewakili PAS Aminuddin Zulkifli turut hadir di kamar Hakim pada Isnin.
Pada Jun lepas, calon PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) memfailkan petisyen untuk mengisytiharkan tidak sah dan membatalkan keputusan pilihan raya umum bagi DUN Manjoi, DUN Manong dan DUN Pasir Panjang.
Pada PRU13, calon PAS Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dengan majoriti 132 undi di DUN Manjoi.
Bagi DUN Pasir Panjang, calon BN Rashidi Ibrahim menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S.Vijayan dengan majoriti 304 undi manakala Mohamad Kamil Shafie daripada BN menang kerusi DUN Manong apabila mendapat majoriti 231 undi sekali gus mengalahkan calon PAS Jamil Dzulkarnain.- BERNAMA

Ulamak Al Azhar Mesir demontrasi sokong Dr Mursi.


Foto-foto ulamak Al-Azhar menyokong Dr Mursi dan memprotes    Syeikh Azhar Dr. Ahmad Tayyib yang menyokong kudeta tentera. Kumpulan ulamak itu mahu Sheikh Dr Ahmad Tayyib  berundur.(sumber)
Front Ulama Azhar menolak kudeta militer
azhar ke 17
azhar ke 15
azhar ke 18
azhar ke 11
azhar ke 9
azhar ke 7
azhar ke 5
azhar ke 1

azhar ke 4
azhar ke 3
azhar ke 6
azhar ke 8
azhar ke 10
azhar ke 13
azhar ke 14
azhar ke 16
azhar ke 12