Sunday, August 18, 2013

Pempetisyen Dun Lubok Merbau Ridzuan Asit buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

           Rizdzuan  bersama Haji Zainuddin Hamzah,Pegawai Khas YB Ustaz Idris Ahmad,sewaktu jamuan raya kawasan Bukit Gantang baru-baru ini. 

Ridzuan  Asit  pengundi DUN Lubok Merbau dalam Parlimen Padang Rengas membuat  keputusan untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan ,apabila Mahkamah Pilihanraya menolak petisyen beliau sebelum dibicarakan.
Bagi Ridzuan Asit mendakwa sepatutnya mahkamah memberi peluang petisyen beliau dibicarakan bukannya menolak kerana masalah kecil.

Saturday, August 17, 2013

Jamuan raya ,jangan lupa orang Mesir yang dibunuh as-Sisi:-Raja Iskandar

 Dr Raja Ahmad Iskandar(Ku Is) sewaktu berucap dalam jamuan raya PAS Kawasan Bukit  Gantang meminta hadirin dalam  merayakan rumah terbuka dan jamuan raya ,jangan lupa dengan nasib rakyat Mesir yang dibunuh oleh Kerajaan  Kudeta  Tentera. Ku Is meminta hadirin supaya terus bermujat kehadrat Allah s.w.t  agar penyokong ikhwanul muslimin terus selamat untuk melawan kerajaan zalim Jeneral as-Sisi.

Ketua UMNO Bahagian yang kalah pilihanraya masih mengaku sebagai ADUN.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang yang kalah pilihanraya di tangan DS Nizar di DUN Changkat Jering masih mahu mengaku ADUN Trong.Beliau seolah-olah tidak mengiktiraf  Dr Zabry sebagai ADUN Trong dari UMNO.Cikgu Abu @ Cikgu Rosli @Datuk Rosli  masih perasan dia masih wakil rakyat(YB).Beliau dengan berbesar hati menjemput ahli kariah masjid di Parlimen Bukit Gantang  ke jamuan Aidilfitri ADUN Trong.

Friday, August 16, 2013

Foto polis Mesir beri senjata kepada samseng untuk membunuh Ikhwanul Muslimin.

Gambar polis sedang memberi kelengkapan senjata kepada samseng untuk membunuh demonstran.

..........

Mereka berpakaian seperti orang awam, media-media pro kudeta memanipulasikannya dengan mengatakan inilah golongan Ikhwan Muslimin yang membawa senjata.

Sumber : Twitter Omar Salem

Thursday, August 15, 2013

Menunggu pengganti Nabi Musa melawan kezaliman Jeneral as-Sisi.

Antara ribuan rakyat Mesir yang mati syahid.Mati berjuang menegakkan kerajaan yang sah.Siapakah yang hidup di Mesir yang boleh menjadi pemimpin seperti Nabi Musa a.s, melawan kerajaan Firaun? 
Prof Dr Abdul Rahman Uwais .Prof hadis dan ulum al quran.Antara ulama' al-Azhar  yang mati syahid menentang kerajaan Kudeta-  pengganas Jeneral as-Sisi.Lihatlah Tuan Guru ini mati .MasyaAllah. ..mati macam hidup...inilah namanya syahid.Berehatlah wahai Tuan Guru,dirimu sudah  terlalu penat dengan kerenah   sang  penzalim..

Foto wanita Mesir,berdoa ditengah muntahan peluru hidup.

wanita mesir pemberani


Sebuah foto  memperlihat seorang wanita menghadapi hujan peluru dan gas pemedih  mata dengan pasrah.

Wanita ini  berdiri disamping salah satu jentolak  yang sedang membongkar kubu-kubu dan khemah-khemah  para demonstrasi di Dataran  Rabi’ah.

 Wanita ini dengan berani  berteriak lantang: “Bantu kami ya Allah, kami sama sekali tidak bersenjata”.Wanita ini bercita-cita untuk mati  syahid ,tetapi beliau masih meneruskan perjuangan.