Thursday, October 3, 2013

Perginya tukang mandi jenazah, Abu Khalid menghadap Allah s.w.t


Sdr Abu Khalid @ Abd Rashid bin Ahmad atau  Pak Njang Rashid telah menghadap  Tuhan Rabbuljalil awal pagi tadi. Allahyarham semasa hayat  merupakan Ketua Cawangan PAS Seberang Ampang,Bukit Gantang. Berumur 50 an. Allahyarham pernah menjadi Ketua Kampung semasa PR memerintah Perak.Allahyarham juga imam masjid/markaz .Tanggungjawab sosial utama Allahyarham memandikan jenazah masyarakat sekitar Bukit Gantang.Solat Jenazah Allahyarham Abu Khalid selepas solat Jumaat di Masjid Jame' Bukit Gantang ,pada hari ini 4 Oktober 2013. Alfatihah . 

YB Gunong Semanggol kawan lama Raja Nazrin.

DYMM Raja Nazrin,Pemangku Sultan Perak difahamkan amat senang dengan YB Gunong Semanggol Ustaz Mohamad Zawawi bin Hasan. DYMM Baginda Raja Nazrin akan memberitahu hadirin  yang ada berdekatan baginda  , YB Ustaz Mohamad Zawawi, merupakan kawan lama baginda. 

Wednesday, October 2, 2013

RTM beli jam sebuah RM3,810 sepatutnya RM100.00



Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan RM3,810 untuk satu jam dinding yang hanya berharga RM100, lapor Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunan mereka.

NONE
Rangkaian televisyen yang dimiliki kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama dan harga keseluruhan yang dibayar adalah RM76,200.

Laporan itu seterusnya menjelaskan yang jam dinding itu adalah komponen dikenali sebagai "slave clocks".

Ia sebahagian daripada sistem jam induk yang dihubungkan dengan satelit untuk membantu penyelarasan masa siaran dan bernilai RM116,220.

Bagaimana pun, sistem jam induk itu gagal berfungsi dan jam dinding berteknologi tinggi itu akhirnya digunakan sebagai jam dinding biasa.

RTM kuga didapati membayar harga 24 kali ganda untuk satu pengimbas bersaiz A4 dan membayar empat kali ganda untuk pengimbas bersaiz A3.


Malam ini solidariti untuk Orang Kena Zalim.

Jom pada malam ini,kita beri sokongan kepada program Jelajah Solidariti uuntuk 13 Orang Kena Zalim dalam kes Ops Bubar 2009. PAS Perak perlu banyak sumbangan untuk pelbagai perkara,salah satunya Tabung bela 13 OKZ ops bubar 2009.Di samping tabung untuk petisyen pilihanraya yang dibawa ke Mahkamah Rayuan/Persekutuan.Ayuh ,kita beri sokongan

Tuesday, October 1, 2013

Zambry Kadir ,Hospital Seri Manjung tak cukup 9 ambulans.


KUALA LUMPUR: Empat hospital mengalami kekurangan ambulans, sekali gus dikhuatiri menjejaskan perkhidmatan kesihatan khususnya untuk kes kecemasan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Laporan yang dibentang di Dewan Rakyat pada Selasa menyatakan bilangan ambulans sedia ada tidak dapat menampung keperluan operasi, ditambah dengan aspek penyenggaraan yang tidak dipantau secara berkesan.
Semakan audit mendapati Hospital Seri Manjung di Perak kekurangan sembilan ambulans, Hospital Serdang di Selangor (18), Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu (11) dan Hospital Umum Sarawak (16).
Berdasarkan rekod di Bahagian Perkembangan Perubatan, sepanjang tempoh 2010 hingga Ogos 2012, sebanyak 124 ambulans terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan 44 kematian.
Semakan audit mendapati sehingga Disember tahun lepas, 34 kes kemalangan berlaku melibatkan kos pembaikan melebihi RM0.41 juta dibiayai oleh kementerian.
Menurut laporan itu, kementerian menganggarkan perbelanjaan RM64.17 juta bagi tempoh 2010 hingga 2012 untuk penyenggaraan ambulans di semua hospital kementerian yang dilaksanakan oleh syarikat konsensi - Faber Medi-Serve Sdn Bhd, Pantai Medivest Sdn Bhd dan Radicare (M) Sdn Bhd.
Meskipun secara keseluruhannya pengauditan mendapati pengurusan ambulans memuaskan, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian, antaranya pindaan klausa kontrak tidak teratur dan kontrak perolehan lewat ditandatangani antara 21 hingga 157 hari.
Bagi mengatasi kelemahan, Jabatan Audit mengesyorkan tindakan seperti memantau penyelenggaraan ambulans, meningkatkan kerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan kes kemalangan diselesaikan segera, memastikan pindaan syarat perjanjian dibuat dengan teratur dan disemak Peguam Negara atau Penasihat Undang-Undang.
Kementerian Kesihatan perlu memastikan ambulans yang rosak dan terbiar dilupuskan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan ruang dan penurunan nilai berterusan, di samping memastikan setiap ambulans sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Dalam pada itu, semakan audit mendapati dari 2010 hingga 2012, terdapat lebihan perbelanjaan RM24.52 juta pada pengurusan program latihan kejururawatan, dengan RM12.26 juta adalah bagi menampung pemberian elaun kepada jururawat pelatih pada 2010 manakala bakinya adalah pembayaran gaji kepada pegawai dan Kolej Jururawat.
Pengauditan terhadap pengurusan program Latihan Kejururawatan kementerian yang dijalankan antara Jun hingga September tahun lepas didapati memuaskan namun terdapat beberapa kelemahan antaranya kekosongan perjawatan tidak diisi dan lantikan sebagai pengajar tidak mematuhi garis panduan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).
Selain itu, bayaran uniform dan elaun jahit kepada pelatih 'outsourcing' tidak mengikut kontrak, pemberian elaun upah jahit, uniform dan tuntutan perjalanan pelatih tanpa kelulusan pihak berkuasa, kemudahan peralatan dan alat bantuan mengajar usang dan tidak mencukupi.
Bagi mengatasi kelemahan itu, kementerian disyorkan agar mengambil tindakan segera dalam membuat pengagihan atau penempatan tenaga pengajar serta syarat lantikan pengajar perlu seiring di antara ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan LJM bagi memastikan standard kualiti pengajaran sama bagi semua institusi yang menawarkan program jururawat di Malaysia.
Antara lain, perhatian sewajarnya perlu diberikan terhadap kemudahan, peralatan infrastruktur dan prasarana yang disediakan di Kolej Kejururawatan serta mengkaji terma-terma sesuatu kontrak dengan teliti bagi memastikan kepentingan kerajaan dilindungi sebelum kontrak ditandatangani.
Kementerian Kesihatan perlu merangka program kejururawatan yang lebih intensif bagi memastikan penghasilan jururawat memenuhi keperluan kementerian meskipun kekurangan akan ditampung institusi pengajian tinggi swasta. - BERNAMA

Pengawal keselamatan sekolah ada rekod jenayah.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran perlu tegas menguatkuasakan syarat-syarat kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan bagi menjamin keberkesanan mutu perkhidmatan dan keselamatan warga sekolah dan aset kerajaan.

Ini kerana pengawal keselamatan yang tidak mempunyai pengesahan tapisan keselamatan daripada pihak berkuasa akan mendatangkan risiko keselamatan di premis berkenaan, menurut Laporan Ketua Audit negara 2012.
   
Semakan audit di 35 sekolah terpilih mendapati terdapat seorang pengawal keselamatan sekolah mempunyai rekod jenayah.
   
Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini turut mendedahkan semakan audit yang mendapati terdapat 76 pengawal tidak dapat mengemukakan tapisan keselamatan dari balai polis berhampiran atau Kementerian Dalam Negeri bagi membuktikan mereka tiada sebarang rekod jenayah.
   
Terdapat juga pengawal yang melebihi had umur dan gagal mengemukakan kepada pihak audit laporan kesihatan dari hospital kerajaan bagi membuktikan mereka masih sihat dan menjalankan tugas sebagai pengawal.

"Rekod kehadiran pengawal di sekolah adalah rekod utama/asas yang amat penting bagi membuktikan pengawal hadir bertugas dan sebagai rujukan silang pihak sekolah untuk membuat pengesahan atau kelulusan bayaran terhadap tuntutan bulanan syarikat," katanya.
   
Jelas laporan itu, sesalinan rekod berkenaan juga hendaklah disimpan oleh pihak sekolah bagi tujuan semakan semula jika timbul sebarang isu berbangkit.
   
Sementara itu maklum balas Kementerian Pelajaran yang diterima pada 11 Jun 2013 yang turut dimuatkan dalam laporan audit yang sama menyebut Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat peringatan bertarikh 20 Mac 2013 kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah yang terlibat supaya mengeluarkan surat amaran serta mengambil tindakan pemotongan bayaran kepada syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan sekiranya berlaku  pelanggaran kontrak. - Bernama

Pengurusan Bukit Aman tak cekap,patut kongsi gelap banyak.


Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia merekodkan sejumlah 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang.


Barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Ia melaporkan bahawa kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan.


Turut dilaporkan hilang ialah 26 walkie-talkie, enam kamera, empat komputer dan 22 radio.
Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri.

Menurut laporan itu lagi, Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut membazirkan RM600,000 dalam perolehan sebanyak 7,659 pasang kasut yang tidak mengikut spesifikasi.
Kasut berkenaan dilaporkan rosak selepas simpanan yang lama, laporan itu dipetik.