Sunday, October 20, 2013

Rayuan petisyen Dun Pasir Panjang,Manong,Selama dan Lubok Merbau ,hari ini.

DS Nizar sudah sampai di Mahkamah Persekutuan untuk mendengar petisyen DUN Pasir Panjang,Manong,Selama dan Lubok Merbau.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Oktober ,hari ini  untuk mendengar secara serentak rayuan enam petisyen pilihan raya.
Petisyen itu ialah bagi kerusi Parlimen Machang dan Ketereh di Kelantan manakala empat lagi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak iaitu Pasir Panjang, Manong, Selama dan Lubok Merbau.
Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Razlan Hadri bagi menangguhkan pendengaran rayuan petisyen bagi Machang yang dijadualkan hari ini(Berita terdahulu) 

Datuk Syed Hussin Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang,PAS mesti bijak.

Datuk Rosli Husin  kalah kepada  Datuk Syed  Hussin Hafiz Syed Abdul  Fasal  untuk  jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.Sementara itu Mohd Kamaruddin Abu Bakar  berjaya menjadi Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang.Kekalahan Cikgu Rosli @Cikgu Abu  amat melegakan perwakilan UMNO. Rata-rata ahli UMNO memang tidak suka dengan Datuk Rosli.Mereka tahu jika  ingin merampas kembali Parlimen dan Dua DUN di Bukit Gantang UMNO perlu mempunyai Ketua Bahagian yang boleh menyatukan ahli UMNO di Bukit Gantang.Nampaknya PAS Bukit Gantang dan  Ahli Parlimen dan Adun PR Bukit Gantang kena bekerja keras dan perlu terus ke hadapan dalam menyelesaikan masalah rakyat.Rakyat perlu disantuni.

Thursday, October 17, 2013

Haji Mat Sabu jumpa penduduk Taiping 21 Oktober ini.

Haji Mohamad Sabu,Timbalan Presiden PAS akan turun ke Parlimen Taiping pada 21 Oktober ini.Beliau akan berceramah di Kampung Jana Baru,Kamunting,Taiping bersama Ahli Parlimen Taiping,YB Nga Kor Meng.Program dijadualkan bermula pada 9.00 malam.Haji Mohamad Sabu dijangka akan mempertahan jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan sesi  2013-2015 .

Cabul pelajar,guru dibebaskan oleh Mahkamah Majistret



PETALING JAYA: Seorang guru sekolah rendah sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan mencabul pelajar apabila Mahkamah Majistret di sini membebaskan beliau atas alasan keraguan yang munasabah.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid memerintahkan Mohd Radzi Misran, 57, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu.
Mohd Radzi didakwa mencabul seorang pelajar berusia lapan tahun di sebuah sekolah di Subang Jaya pada 29 Mac 2011.
Mahkamah mendapati bukti saksi pendakwaan tidak menyokong keterangan mangsa kerana ia adalah berdasarkan semata-mata atas apa yang mangsa katakan kepada saksi lain.
"Bagaimanapun, bukti mangsa masih bercanggah dengan kenyataan saksi lain, terutamanya bagaimana dia dicabul," kata Ahmad Solihin.(sumber)

Kalimah Allah isu utama UMNO di Sungai Limau?

Pilihanraya kecil   Dun Sungai Limau menyebabkan UMNO cuba mencipta isu.Kini isu kalimah Allah  telah dan akan dimainkan. UMNO berupaya menyekat akses berita kepada pengundi.Segelintir pemimpin PR pula amat seronok mengulas isu kalimah Allah.Ulasan yang berbeda akan disiarkan.Akhirnya PR kerja menjawab isu kalimah Allah,isu denyut nadi rakyat dilupakan.UMNO nampaknya berjaya mengolah persepsi rakyat.

Wednesday, October 16, 2013

Kerana undi Naib Presiden-Kaum Cina yang terlibat kasino,4D,Toto dan rumah urut.


Calon Naib Presiden Umno, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam  disiasat polis kerana dituduh membuat kenyataan menghasut terhadap komuniti Cina dalam satu majlis di Kuala Lumpur.
Polis Kuala Lumpur sudah memulakan siasatan mereka selepas laporan polis dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana dari DAP, Lai Kuen Ban di Balai Polis Tengkera pada 9 Oktober.
Pada satu majlis anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 8 Oktober lalu, Mohd Ali yang juga Pengerusi PUNB mengecam kaum Cina kerana terlibat dengan “perniagaan haram” di negara ini.
"Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya pada majlis itu.( lagi sumber)

Zaman Tunku Rahman,pemain minum pun dibuang,sebab tu boleh masuk Olimpik.

Abang Mi atau Abdul Khir Abdul Rahman,bekas pemain bola sepak tahun 60 an dan 70an .Beliau bermain untuk Pulau Pinang.Beliau satu zaman dengan Ghani Minhat,Syed Ahmad,Namat Abdullah,M,Karatu ,Baharin Khamis dan banyak lagi."Dulu Tengku,pentingkan disiplin"kata Abang Mi."Malaysia pernah masuk Olimpik"kata Abang Mi lagi."Ada pemain orang Melayu,dia minum"minuman keras" Tunku buang dia dari pasukan Malaysia""Pemain tu tak pergi sukan olimpik,walaupun ,pusingan kelayakan dia pemain utama"kata Abang Mi lagi."Pemain sekarang,langgar disiplin pun masih dipilih wakil negara dan negeri"ujar Abang Mi.