Sunday, November 14, 2010

Salam dari Tanah Suci.

Kini jemaah haji Malaysia 26,000 bersama kira-kira 2.5 juta jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia wukuf di Arafah ..Menurut Zainudin Hamzah,Pegawai Khas DS Nizar ,kini mereka berada di Padang Arafah jam 12 tengahari .6 minit atau waktu Malaysia sekitar 3.30 petang tadi.(waktu sms diterima).

Kita dikhabarkan mereka sedang mendengar kutbah di Padang Arafah.

Menurut berita portal Malaysiakini cuaca kering, tetapi dikira tidak terlalu panas dengan suhu mencecah 34 hingga 35 darjah celsius melegakan umat Islam yang berada di tanah suci Makkah untuk sedia berhimpun di padang Arafah.

Mudah-mudahan Zainuddin Hamzah bersama isteri mendapat haji mabrur.Kembali dengan selamat untuk terus berjuang menegakkan kebenaran,keadilan dan menolak kebatilan.

Ada laporan agensi berita menyebut angka jemaah pada musim 1431 Hijrah ini mencecah tiga juta orang.

Jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari ini (Zohor) dan berangkat ke Mudzalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Amat payah menyusun program DS Nizar untuk kepuasan rakyat.

Menyusun jadual pergerakan DS Nizar amat payah.Payahnya di sini bagaimana memenuhi tuntutan atau jemputan penduduk.

Majlis Qorban pada kali ini juga agak sukar untuk kita pihak sekretariat menyusun pergerakan Ahli Parlimen kesukaan rakyat itu.

Banyak tempat meminta DS Nizar menyembelih binatang korban mereka.Semuanya meminta masa yang sama dan minta tempat mereka yang dahulu sampai.Malah kononnnya mereka menyatakan DS Nizar tak pernah sampai ke tempat mereka.Pada hal DS Nizar pernah bersolat Jumaat di kariah mereka.Malah sudah menyembelih di tempat mereka.

Jadual pergerakan DS Nizar 11 Zulhijjah ini bermula pada pukul 8.00 pagi.DS Nizar akan mula menyembelih binatang qorban lebih kurang pukul 8 pagi,di Kuala Sapetang,Changkat Jering dan berakhir di DUN Trong.

Apa yang menarik pergerakan DS Nizar juga diberi perhatian pihak SB.Mereka bersemangat untuk tahu bila DS Nizar sampai,kononnya langkah keselamatan.


Haram media atau media haram ja...

Taniah kerajaan Kedah berani mempertahankan hak rakyat.UMNO bising dan riuh sekampung kerana media mereka dilarang buat liputan dalam sidang DUN Kedah.


Dalam sesi perbahasan belanjawan selama tiga hari mulai pagi tadi 14 November , hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan di DUN negeri.


Lidah UMNO tidak dibenarkan membuat liputan.,RTM,Berita Harian dan Utusan.Wartawan RTM ,pemberita Utusan atau Berita Harian lebih baik berlapang dada dan fikirkan kita beri anak-anak makan.Justeru sedikit pengajaran untuk mereka daripada Ustaz Azizan Razak sekurang-kurangnya membuat mereka insaf dan tidak lagi menulis cerita fitnah.


Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim turut mempersoal kenapa isu itu diperbesarkan, sedangkan kerajaan BN Perak turut melakukan perkara yang sama kepada media alternatif.


"Kenapa heboh media pro BN tidak boleh masuk sidang DUN Kedah sedangkan di Perak media dan blogger pro PR sudah lama dihalang masuk dewan," bidas YB Khalil Idham Lim


Khalil Idham Lim menyatakan demikian sebagai membandingkan tindakan BN Perak di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang turut menghalang media pro Pakatan Rakyat membuat liputan beberapa sidang DUN sebelum ini.


"Sesekali selayaknya kita boleh cakap padan muka...," katanya sinis

Saturday, November 13, 2010

Pas Ganti UMNO -PAS perlu kuat.


Ucapan Tuan Guru Hj Hadi perlu diberi perhatian ."PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, "kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.


"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita."pesan TG Hj Hadi lagi.


"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.


Tuan Guru Presiden menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.


Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.


Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.

"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," tegas Tok Guru Hj Hadi.


Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.


Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.


"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh."kata Presiden Pas itu lagi.


"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.


Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.


Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.

Ustaz Idris Hj Ahmad Menteri Penerangan Baru


Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan Pas Malaysia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai Menteri Penerangan Malaysia.

Dengan keadaan kerajaan Pakatan Rakyat baru memerintah Malaysia,kita tidak boleh mengharapkan perubahan drastik siaran tv RTM atau siaran TV berbayar .Kerajaan baru dengan Ustaz Idris sebagai Menteri Penerangan menggantikan Rais Yatim perlu mengikut perlembagaan dan undang-undang untuk mengubah sistem yang telah diberi roh oleh BN selama lebih 53 tahun.

Kita tidak boleh menghentam Ustaz Idris Ahmad lambat bertindak.Rakyat perlu dididik agar memahami kenapa siaran tv dan radio perlu diberi nafas baru.Kita sebagai pimpinan perlu menggunakan pendekatan yang berhikmah agar rakyat pelbagai kaum dapat menerima PAS sebagai ganti UMNO.

sumber foto:Blog Batu Gajah Mari.

Friday, November 12, 2010

Tolonglah MMC-Gamuda henti projek-jangan sampai rakyat menyumpah

Syabas dan tahniah Kerajaan Pulau Pinang yang mengarahkan kerja pembinaan landasan berkembar dihentikan segera sementara menunggu jaminan daripada MMC Gamuda JV bahawa ia akan membayar pampasan kerosakan akibat banjir.

Menurut Sdr Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri .Hal ini berikutan bahawa projek itu, yang bermula Januari 2008, telah memburukkan situasi banjir di Kedah.

Sementara itu syarikat itu dikritik pedas oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

Namun begitu Syarikat MMC- Gamuda JV seringkali menafikannnya projek mereka menyebabkan banjir. Perkara serupa ini pernah berlaku semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.Dalam pada itu DS Nizar menyatakan Syarikat MMC Gamuda JV kelihatan kebal.

Projek bernilai RM 12.84 bilion sejauh 329 km.Landasan berkembar itu antara Ipoh-Padang Besar.

Sdr Lim Guan Eng menjelaskan projek itu akan diteruskan jika MMC-Gamuda JV berjanji membayar gantirugi akibat banjir.

"Ini untuk membela kehidupan rakyat kita"kata Lim Guan Eng.

Kerajaan Pulau Pinang mahu MMC-Gamuda JV membuka laluan air berdekatan jika berlaku takungan air sehingga boleh menyebabkan banjir.

Thursday, November 11, 2010

Zaid Ibrahim itu tali barut UMNO?

Teman-teman meminta kita menulis isu Zaid Ibrahim."Cikgu ,Zaid itu agen UMNO" dakwa seorang penduduk Bukit Gantang.

"Gila mengaku boleh jadi ketua"dakwa seorang teman.Kebanyakan mereka boleh menerima Zaid jika hanya berselisih dengan Azmin.Tetapi apabila menghentam Anwar semua orang marah.

Banyak yang "terkejut beruk"melihat Mustafa Kamil bersama Zaid.Kemudian Mustafa Kamil pula pusing 360 darjah.

Bersabarlah DS Anwar.Semakin jelas kini siapa yang berjuang untuk rakyat.PKR sedang melalui proses tapisan.Siapa yang ikhlas akan diterima rakyat.Pimpinan yang dipilih nanti akan bersama Pimpinan PAS dan DAP untuk menghadapi PRU 13.

Biarkan sahaja Zaid yang gopoh untuk menjadi Perdana Menteri itu?Apabila beliau kecundang sebelum berjuang,dia akan memburukkan orang lain.Mungkin selepas ini dia akan menghentam PAS dan DAP?Bukankah Zaid seorang peguam.?