Thursday, July 21, 2011

BN takut hendak ada sidang DUN Perak.-DS NIzar.

Foto hiasan:DS Nizar sedang mendoakan keselamatan dan kesejateraan penduduk yang ditimpa musibah.

Changkat Jering- Baru-baru ini penulis bertemu DS Nizar dan sempat bertanya bila sidang dun.DS Nizar memberitahu penulis baru-baru ini,BN takut mengadakan persidangan DUN Perak. Negeri lain sudah mengadakan sidang Dun kali kedua,Perak masih belum mengadakan sidang dun.

Penulis memberitahu BN mungkin mengadakan sidang Dun Perak,bulan Ogos ini."Bulan puasa,takkan BN hendak buat pada bulan puasa"kata DS Nizar.

Apabila penulis bertanya bila tarikh akhir soalan untuk DUN Perak.DS Nizar menjawab,notis panggil sidang pun tiada.

Pagi tadi kita mendapat satu SMS dari DS Nizar berbunyi.Salam BERSIH.Sila ambil perhatian tarikh akhir hantar soalan ialah pada atau sebelum 29 July 2011.

Berdasarkan tarikh akhir hantar soalan pada 29 Julai,kemungkinan besar sidang DUN Perak pada kali jatuh dalam bulan puasa ,tidak dapat dielakkan.

Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri,

Ibu Teoh Tolak Keputusan Suruhanjaya Anaknya Bunuh Diri

ALOR GAJAH: Ibu kepada mendiang Teoh Beng Hock, menolak hasil siasatan dan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, bahawa kematian anaknya berpunca daripada bunuh diri.


Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.


Teng Huw Hoi, 58, berkata beliau tetap yakin bahawa Teoh tidak membunuh diri atas alasan anaknya itu seorang yang baik.

"Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, Khamis.


Teng yang enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak peguam untuk mengeluarkan kenyataan.


Kata Teng, beliau dan suaminya Teoh Leong Hwee serta anggota keluarga lain akan ke Kuala Lumpur pada petang ini untuk menemui peguam mereka.


Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.


Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum pada Khamis.


Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. - BERNAMA

Wednesday, July 20, 2011

Keadilan untuk Cikgu Ismazi:Guru disiplin nafi mencabul

AMPANG JAYA – Seorang saksi memberitahu, ketua guru disiplin yang didakwa mencabul 11 orang pelajar di sebuah sekolah menengah di sini enggan meminta maaf dan tidak mengaku semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.


Ricky Toong Foo Weng berkata, tertuduh, Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, berkali-kali menafikan dirinya terlibat dalam kejadian memalukan itu.


“Berlaku sedikit pertengkaran mulut antara tertuduh dan salah seorang bapa mangsa sehingga mencetuskan situasi tegang di luar bilik guru di sekolah itu.


“Namun tertuduh tetap enggan mengaku perbuatan cabul itu menyebabkan ibu bapa mangsa cabul membuat laporan polis,” kata Pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa di Mahkamah Majistret di sini semalam.


Ricky memberi keterangan selaku saksi pertama dalam perbicaraan Ismazi@Megat yang didakwa mencabul kehormatan 11 orang pelajar perempuan berusia 15 hingga 16 tahun dengan meletakkan tangannya di atas dada semua mangsa.


Kejadian itu didakwa berlaku di dalam bilik guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah di sini antara pukul 7.30 hingga 8.30 pagi pada 25 Februari lalu.


Difahamkan perbuatan cabul itu berlaku ketika 11 pelajar itu tidak hadir perhimpunan.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu jika disabit kesalahan.


Terdahulu, Ricky semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latiff berkata, pada hari kejadian pada pukul 11.30 pagi, dia berada dalam bilik pusat khidmat masyarakat DAP di Ampang bersama salah seorang rakannya.

Dr Atory jadi pengampu kelas pertama

KUALA LUMPUR: Hairan bin ajaib, bagaimana seorang yang bergelar profesor, tiba-tiba menyuruh kerajaan mengambil tindakan kepada portal berita The Malaysian Insider kononnya pemberitaannya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara.


AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata cadangan Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain ditertawakan oleh mereka yang belajar di sekolah atap.


“Sebenarnya yang tergugat ialah kerajaan BN, bukannya keamanan negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Soalnya, mengapa perlu takut dengan media baru kerana bukankah Umno memiliki media gergasi yang dapat dipancar ke setiap pelosok kampung.


Katanya, memang sahlah parti yang didukung Ahmad Atory sudah hendak menghembus nafas terakhir, sehingga takut keburukan parti Umno diketahui oleh rakyat.


Menurutnya, Atory merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang memang terkenal sebagai penyokong Umno tegar telah mencadangkan perkara tersebut, kerana resah dengan maklumat yang diberikan oleh The Malaysian Insider dan media alternatif lain.


Beliau berkata, jika benar laporan media alternatif itu bahaya dan menyalahi etika media, kerajaan boleh bertindak melalui Akta Hasutan bukannya menerima cadangan Atory.


Idris menambah, sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, bukannya Atory.


Soalnya, tidak cukup lagikah dengan gaji sebagai seorang profesor sehingga sanggup menjadi pengampu kelas pertama.


“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kualiti graduan yang beliau ajar jika beliau yang berfikiran sempit dan tidak memahami bahawa sekarang langit sudah terbuka. Inilah nasib seorang Profesor jika taksub dengan Umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan,” ujarnya lagi. sumber harakahdaily.net

Bersih 709:Che Umar masih dipanggil polis untuk ke IPD Taiping.

Che Umar ahli Pas Kawasan Bukit Gantang antara 13 orang ahli PAS Bukit Gantang yang ditahan polis pada 9 Julai lalu.

Esok 21 Julai, Che Umar akan bertemu Peguam Pas di Pejabat Guaman Tetuan Awi & Co ,dekat Ipoh.Beliau akan memberi kenyataan bagaimana sikap polis sewaktu ditahan.

Sampai sekarang Che Umar mendakwa polis masih "mengganggu" beliau.Beliau mendakwa pihak IPD Taiping meminta memberi kenyataan .

Che Umar bertegas,dia tidak bersalah .Jika polis ingin maklumat mereka patut berjumpa dia ataupun merujuk peguam dia.

Che Umar bekas tentera,sudah tentu beliau juga mahir dengan undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

Nizar jari bengkak digigit serangga berbisa,masih mahu ziarah penduduk ditimpa musibah!

Rumah Wan Hasan Wan Hanif hangus terbakar pada malam Isnin lalu.
DS Nizar meninjau rumah Wan Hasan hangus terbakar.
Nizar melihat rumah jiran Wan Hasan Wan Hanif yang rumah Puan Zuraidah tingkap pecah akibat terkena bahang api.
DS Nizar memberi sedikit sumbangan untuk meringankan kehidupan Wan Hassan yang rumahnya terbakar pada malam Isnin lalu .17 Julai di Kampung Kurnia Jaya.
DS Nizar mendoakan kesihatan dan kekalkan kesabaran untuk mangsa musibah Wan Hasan Wan Hanif pagi tadi.
Tazkirah ringkas Nizar,bersabarlah dengan musibah yang menimpa.
Nizar bersama dengan sumbangan untuk meringankan kehidupan keluarga Wan Hasan Wan Hanif.

DS Nizar pagi tadi pergi melawat keluarga Wan Hasan Wan Hanif ,rumahnya terbakar hangus.Nizar dalam keadaan jarinya bengkak digigit serangga berbisa ,tidak berjumpa doktor sebaliknya beliau terus ke Kg Kurnia Jaya ,Kamunting.

Penulis dimaklumkan oleh DS Nizar jarinya bengkak dan sukar untuk digerakkan. Pada awalnya ingin berjumpa doktor,tetapi membatalkan niat berjumpa doktor untuk pergi melihat sendiri musibah yang menimpa penduduk Bukit Gantang.

Program Agihan Borang Tanah Felda Plantation pada 23 Julai ini.

Satu program pengagihan Borang Tanah Felda Plantation akan berlangsung pada 23 Julai ini.Menurut satu SMS Haji Razman Zakaria ,Timbalan Pesurujaya PAS Perak program agihan borang ini berlangsung di Markaz Pas Kg Gelok,Lenggong.

Borang-borang boleh didapat bermula pukul 5.oo petang sehingga majlis selesai.Pada hari yang sama dan tempat yang sama satu Ceramah Perdana akan diadakan,Penceramah Tuan Haji Mohamad Sabu dan Sdr Mazlan Aliman.