Saturday, February 16, 2013
Thursday, February 14, 2013
Foto menarik,Raja duduk dilantai,rakyat duduk di kerusi.
Salah Najib,kadar insurans kenderaan naik mulai hari ini.
![]() |
| Kadar terbaru insurans kereta dan motor mulai hari ini (15.2.13) |
14 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Kadar premiun insurans kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan mulai Jumaat 15 Februari.
Maklumat tersebut diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari lalu.
Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai 15 Februari apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.
Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.
Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.
Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini.
Bank Negara pada 26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2o10.
Ranking Bola Malaysia jatuh, Najib patut disalahkan.
Malaysia terus dimalukan di peringkat dunia. Sebelum ini Psy telah memalukan DS Najib. Kelmarin FIFA sudah mengumumkan tahap pencapaian bolasepak Malaysia.
Pemerintahan Najib menyebabkan negara kita dalam bolasepak terus statik ,tidak maju-maju.
Ranking terbaru FIFA, terus jatuh ke tangga 159 daripada 158.Malaysia yang 56 tahun merdeka itu diatsi oleh negara miskin dan negara perang seperti Palestin di tangga 153,Hong Kong 156 ,Bermuda 157 dan negara Maldives yang baru membangun berkongsi kedudukan dengan Malaysia.
Di peringkat Asia Tenggara, ketinggalan dengan Vietnam 134, Thailand 141 ,Filipina 147 dan Singapura 158
Najib datang Perak,jalan tutup tiga hari,bikin peniaga rugi.
Kehadiran DS Najib ke Perak untuk merasmikan UTC ,Ipoh(dahulu Super Kinta) menyebabkan para peniaga sekitar Jalan Dato Onn Jaafar mengalami kerugian. Mereka tak boleh berniaga dengan lancar. Hendak berniaga boleh,tapi pelanggan tak boleh datang untuk membeli.
Mana pergi Perkasar/Perhasut/ NGO Jadian dan lain-lain.Mereka kenapa diam membisu.
Keadaan Jalan Dato’ Onn Jaafar yang sesak dengan kenderaan akibat penutupan tiga jalan utama berkenaan.
IPOH - Golongan peniaga di Pasar Besar Ipoh kesal dengan penutupan beberapa jalan utama, di sini.
Penutupan tiga jalan utama seperti Jalan Foo Choo Choon, Jalan Laksamana dan Lorong Laksamana di sini, didapati telah menjejaskan sedikit perniagaan mereka di situ.
Ketika ditemui seorang peniaga kelapa, S Ravi, 47 berkata penutupan Jalan Laksamana sejak kelmarin, telah menganggu kelancaran operasi perniagaannya.
Katanya, penutupan jalan di situ telah menyukarkan lori yang membawa muatan kelapa ke premis perniagaannya.
“Sejak jalan di sini ditutup kelmarin, saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan kelapa di kedai saya.
“Saya juga tak terima notis mengenai perkara ini, cuma dimaklumkan bahawa jalan di sini akan ditutup untuk beberapa hari,” katanya kepada Sinar Harian.
Seorang lagi peniaga barangan runcit, Yau Lee Jiuan 43 berkata, dirinya hanya menerima notis mengenai penutupan jalan berkenaan hari ini (semalam), hingga menyebabkan operasi penghantaran bekalan barangan ke premisnya tergendala.
Katanya, perkara berkenaan sewajarnya dimaklumkan lebih awal agar pihaknya dapat menyediakan alternatif lain khususnya berhubung penghantaran bekalan barangan ke premisnya.
“Sepatutnya mereka mengumumkan perkara berkenaan (penutupan jalan) ini lebih awal kepada saya. Saya tak boleh tutup kedai kerana penutupannya (kedai) akan menyebabkan kerugiaan yang besar “Oleh itu, saya berharap agar penghantaran barangan bekalan ke kedai saya dapat dibuat seperti biasa pada hari lawatan Perdana Menteri nanti,” katanya lagi.
Seorang peniaga di pasar ayam berhampiran, Jamil Mat Jamlos, 42, pula berkata, penutupan jalan di situ tidak menjejaskan bekalan ayam ke gerainya kerana masih ada beberapa cara lain bagi menghantar bekalan berkenaan.
Bagaimanapun menurutnya, bekalan yang mencukupi juga tidak memberi makna sekiranya jumlah pembeli semakin berkurangan dalam tempoh penutupan jalan berkenaan mulai 13 hingga 15 Februari.
“Jalan di sini ditutup selama tiga hari. Secara tidak langsung menyukarkan orang ramai untuk datang ke sini (pasar ayam).
“Oleh, bekalan banyak pun tak berguna, jika tiada pembeli,” katanya.
Sementara itu, penyelaras Ahli Parlimen Ipoh Barat, RK Muthu berkata, pihaknya turut mempersoalkan penutupan jalan berkenaan kerana ianya dilihat agak lama berbanding tempoh lawatan Perdana Menteri yang hanya dijadualkan berlangsung pada 15 Februari, mulai 10 pagi.
Katanya, tempoh penutupan jalan itu juga dilihat tidak sewajarnya dilaksanakan dalam tempoh berkenaan kerana ianya bakal menjejaskan perniagaan para peniaga di situ.
“Bagi kami, tak patut jalan di sini, ditutup selama tiga hari. Lagi pun lawatan Perdana Menteri hanya sehari, iaitu 15 Februari. Itu pun mulai 10 pagi dan dijangka berakhir pada sebelah petangnya.
“Oleh itu, kita berharap agar pihak berkenaan dapat memberi penjelasan penuh berhubung perkara ini,” katanya.
Penutupan tiga jalan utama seperti Jalan Foo Choo Choon, Jalan Laksamana dan Lorong Laksamana semalam hingga 15 Februari itu dilakukan bagi memberi laluan persiapan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jumaat ini
Wednesday, February 13, 2013
Ramli Sudin ,maki Lim Guan Eng,jual sate di Kedai Cina.
![]() |
| Ramli Sudin sudahlah berniaga sate di Kedai Makan Orang Cina,tepi Taman Tasik Taiping.Sanggup pula maki Lim Guan Eng.Kalau menumpang berniaga di di Kedai Makan YB Dato Zahir ,kira ok juga. Ini berniaga ,tumpang orang. Pelanggan pula banyak pula orang Cina.Majoriti penyokong DAP /PR.(berita terdahulu) |
Isu Kalimah Allah,watak Ramli Sudin akan muncul di Bukit Gantang.
![]() |
| Hasmadi Ismail ,yang menumpang berniaga dengan Cina dii Tepi Taman Tasik.Bedrniaga satey,nombor telefon 017533515. Maki punya dasyat Lim Guang ,berniaga di warung Cina penyokong DAP. |
Pelakon seperti watak Ramli Sudin atau nama sebenarnya Hasmadi Ismail akan muncul di Parlimen Bukit Gantang dalam masa terdekat. Pelakon berbayar ini akan bersama-sama dengan pencacai UMNO didakwa akan buat demontrasi di Pekan Minggu Changkat Jering.
Mereka akan disertai bekas Ahli PAS yang berkali-kali masuk UMNO seperti Mat Ribut,Pak Khir dan macam-macam mat lagi. Awas ,mereka bukan ahli dan penyokong PAS.
Subscribe to:
Posts (Atom)




