Thursday, September 12, 2013

Kes demontrasi dekat Istana Bukit Chandan ,13 dipenjara 2 tahun.

Salah seorang pejuang demokrasi membantah perampasan kerajaan PR pada tahun 2009 yang didapati bersalah Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar.

Kelihatan YB Ngeh Koo Ham turut memberi sokongan moral kepada  "pejuang demokrasi"

Antara 13 Pejuang demokrasi  dibawa ke penjara Tapah sementara menanti proses rayuan.
Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47, didapati bersalah menyertai perhimpunan  itu pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak.
Kuala Kangsar,13 September- 13 orang yang menyertai  demontasi atas kes berjuang menegakkan kerajaan rakyat Perak  melalui pilihanraya pada 2008.Proses demontrasi agar DUN PERAK dibubarkan setelah kerajaan PR dirampas pada 6 Februari 2009.  Akhirnya telah dihukum oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. 13 orang pejuang demokrasi itu dipenjara dua tahun dan di denda RM5000 setiap seorang.Mereka tidak dibenarkan membuat rayuan secara "oral".Jadi mereka akan ditempatkan di Penjara Taiping ,sementara rayuan secara bertulis akan dibuat di Mahkamah Tinggi ,Ipoh.

 Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM 5000.

Hakim juga memutuskan bahawa permohonan tertuduh untuk pergantungan perlaksanaan ditolak.

Macamana nak kencing,SMK Sri Sentosa,Kuala Lumpur, pasang CCTV di tandas.


PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran telah mengarahkan SMK Sri Sentosa di Kuchai Lama untuk mengalihkan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di tandas sekolah.
Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris Jusoh berkata adalah tidak sesuai CCTV dipasang di tandas.
Sekolah ini menjadi kontroversi baru-baru ini berhubung kamera yang dipasang kononnya untuk membanteras vandalisme di kalangan pelajar.sumber

Menteri Binggung,wajib lulus Bahasa Inggeris SPM


Bermula 2016, Bahasa Inggeris wajib lulus dalam peperiksaan awam SPM.Malangnya 70 peratus  guru daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris tidak layak mengajar Bahasa Inggeris.Soalnya,siapa bingung,menteri pendidikan atau perancang ?
SHAH ALAM: Kira-kira dua pertiga guru Bahasa Inggeris di negara ini telah diklasifikasikan sebagai 'tidak berupaya' atau 'tidak layak' untuk mengajar subjek berkenaan di sekola.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata guru berkenaan telah dihantar mengikuti kursus untuk memperbaiki kemahiran mereka dalam menguasai bahasa berkenaan.
"Kementerian juga sedang menimbangkan cadangan untuk menghantar mereka mengikuti kursus TESL (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua)," katanya pada sesi dialog mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Selasa.
Idris tidak menyatakan jumlah guru yang tidak layak itu memberi jaminan, sebahagian daripada mereka yang cemerlang telah didaftarkan dalam kursus bahasa Inggeris tempatan.
Kajian terbaru mendedahkan, kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris, yang menduduki peperiksaan, English Language Cambridge Placement Test, mencatatkan keputusan yang rendah.
Mengenai dakwaan, kerajaan mengetepikan sekolah vernakular melalui PPPM, Idris menafikannya, beliau berkata "semua sekolah diberi layanan sama rata".
"Kita tidak akan mengetepikan mana-mana pihak. Sebaliknya, kementerian menggalakkan semua orang menguasai lebih daripada satu bahasa.
"Sama ada Bahasa Cina, Tamil, Perancis atau Sepanyol sekalipun kerajaan akan berbangga jika seorang rakyat Malaysia boleh menguasai bahasa-bahasa ini," tegasnya.
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) menentang PPPM dengan mendakwa pertambahan masa untuk mengajar Bahasa Malaysia daripada 270 minit kepada 300 minit bagi sekolah rendah dan 180 minit kepada 280 minit kepada sekolah menengah merupakan satu tindakan kerajaan untuk menghapuskan pendidikan dalam bahasa ibunda mereka.sumber mstar

Monday, September 9, 2013

Adik Irfan sakit kanser otak sudah meninggal dunia.

Anak kecil comel bernama Irfan berusia 8 thn ni telah diseru kembali ke pangkuannya. Anakanda shbt saya Zul ni menderita Kanser Otak. Allah terlalu menyayanginya..

Kami mengagumi ketabahan Zul dan isteri mengharunginya selama ini. Kami pun sayang Irfan..Insyaallah kami takkan lupa titipkan suratul ikhlas serta Yaasin untukmu Irfan. berita/foto Are Da

Anak derita sakit kanser otak,jom bantu .


Nama Pesakit: Muhammad Amir Irfan.
Umur : 8 Tahun
Alamat : 53 Dataran Perpaduan Selatan 1, Tmn Tambun Emas, Ulu Kinta Perak.

Penyakit : Kanser Otak

Pekerjaan Bapa dan Ibu: Peniaga Pasar Malam.

No Telefon Bapa: 018-9530010.
FB: Zulkifli Hj Ismail.
Untuk Sumbangan : MBB 158284094467
 

Sunday, September 8, 2013

Satu rumah,satu Harakah-YB Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris Ahmad sewaktu berucap sebagai tetamu Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Bukit Gantang kelmarin menyarankan  setiap satu rumah satu harakah."Satu rumah ,satu Harakah" saran YB Ustaz Idris Ahmad.Beliau meminta sidang perwakilan supaya menjadikan Harakah lidah rasmi parti.Bukannya sumber lain seperti face book,twitter dan blog."Facebook kita tak tahu dari mana"ujar YB Ustaz Idris Ahmad. 

'Muslimat taat dengan tugas'-YB Ustaz Idris Ahmad.

YB Ustaz Idris Ahmad dalam ucapan di MAT Dewan Muslimat Bukit Gantang kali ke 29 ,menyatakan muslimat Allah jadikan orang yang taat.Muslimat boleh bertugas bila-bila masa,di estet,kampung ,taman,siang ,malam ,hujan ,panas dan muslimat orang yang rajin mengaji.Muslimat taat dengan tugas.Menurut Ustaz Idris,muslimat tidak membantah jika diberi tugas."Muslimat,taat dengan suami"tegas Ustaz Idris Ahmad.