Sunday, June 30, 2013

Tokoh bahasa Awang Had Salleh meninggal dunia.


Tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh, 79,menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.

Menurut anaknya Nazman, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.03 pagi ini di Hospital Putrajaya.

Katanya jenazah akan dibawa ke rumah seorang lagi anaknya di Presint 10, Putrajaya sebelum dikebumikan di Presint 20, hari ini.

Sementara itu, menantu Allahyarham yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bapa mertuanya meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Alfatihah.

Bernama

Pemimpin mesti berada bersama denyut nadi rakyat-Husam Musa

Terbaiklah Datuk Husam sewaktu berucap dalam program Himpunan Gerhana Muslimat PAS Perak,pada 30 Jun di Padang Rengas,Perak.Datuk Husam  Musa, yang meminta pemimpin berada bersama  denyut nadi rakyat.

Rakyat menolak penipuan SPR,rakyat mendesak Pengerusi  dan Timbalan SPR letak jawatan.Justeru pemimpin mesti  bersama  denyut nadi rakyat.

Datuk Husam juga menyatakan Islam pun dalam peperangan sentiasa menang,kecuali Perang Uhud.Bagi Husam Musa alasan kita sudah biasa kalah tidak dapat diterima.Kalah pula dengan penipuan.Dalam peperangan ini banyak strategik dan taktik,begitu juga pilihanraya.Lantas Husam mencadangkan kita mengadakan pra-mortem ,untuk meningkatkan kualiti kerja kita.Beliau juga mencadangkan muslimat terus bekerja ditempat masing -masing mendekati rakyat.

Saturday, June 29, 2013

Husam Musa puji Muslimat Perak,adakan blackout.

Datuk Husam Musa memuji Dewan Muslimat PAS Perak yang mengadakan Himpunan Gerhana atau Blackout 505 ini. Bagi Husam Musa setelah dua bulan berlalu selepas PRU 13,program sebegini penting untuk menunjukkan berlakunya penipuan dalam pilihanraya lalu.Menurut Husam Musa tidak berlaku penipuan ditempat seperti Parlimen Pekan,Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian,tetapi satu pertiga kawasan pilihanraya lainnya berlaku penipuan.Dalam pada itu Husam Musa menyatakan penipuan berlaku dengan dakwat beperisa kicap,mengundi dua kali,kawasan mengundi ditukar dan sewaktu mengira undi  lampu padam.

Datuk Husam Musa kesal kerana terdapat segelintir pimpinan yang mempersoal Himpunan Blackout sedangkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat bersetuju dengan Himpunan Blakcout 505.Sepatutnya kita bersatu menzahirkan tentangan kerana penipuan SPR,bukannya bertelagah.Husam Musa menegaskan ini soal pembentukan kerajaan.Soal kita untuk menegakkan Islam. 

Wasatiyyah BN ,Tilawah boleh,konsert Linkin Park boleh

Tilawah antarabangsa buat,konsert Linkin Park pun buat. Sungguh menyedihkan Konsert Linkin Park dianjurkan setelah berpuasa sebualan Ramadhan.  Wasatiyyah kerajaan BN ,semua boleh.,kerajaan boleh bagi permit buat konsert .  

Nanyian Lagu "Negaraku"Jaclyn Victor mencacatkan Piala F.A.

 Pasukan Kelantan sekali lagi bergelar juara Piala FA Malaysia sekaligus memepertahankan trofi yang di julang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Lebih manis, kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan.

Namun pertandingan bolasepak Piala F.A itu menjadi cacat sebelum perlawanan.Semuanya gara-gara  kerana Lagu Kebangsaan "Negaraku" yang dinyanyikan telah dirosakkan oleh penyanyi dengan vokal tinggi  ,Jaclyn Victor.Mana punya tempo dan gaya pun tidak tahu.Di sekolah dan program rasmi Lagu Kebangsaan "Negaraku" dinyanyikan dengan nada yang betul.Bukannya dengan liuk lentuk Jaclyn Victor.Urusetia pembukaan rasmi perlawanan Piala F.A itu perlu dipersalahkan.

Johor Darul Takzim pasukan kaya, boleh jadi juara Piala F.A

Johor Darul Takzim berpeluang cerah untuk jadi Juara Piala FA 2013.Dengan pasukan berbelanja besar dan habuan untuk pemain jika menjadi juara.Johor Darul Takzim,JDT pilihan rakyat Johor.JDT 2 Kelantan 1.


Friday, June 28, 2013

Orang Taiping yang kalah jadi Speaker DUN Perak.


Devamany anak kelahiran Taiping kini Speaker DUN Perak. Kini sudah tentu Palanivel ,Presiden MIC selamat di Cameron Highland. Justeru beliau,Devamany mesti menerima habuan jadi Speaker,kerana kerusi Sungai Siput kerusi maut buat MIC.

IPOH: Naib Presiden MIC, Datuk K. Devamany telah terpilih sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang ke-13, menewaskan calon Pakatan Rakyat, S.Sivakumar pada pemilihan yang berlangsung tadi.

Devamany memperolehi 31 undi manakala Sivakumar 28 undi.

Devamany adalah bekas calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Sungai Siput tetapi tewas kepada calon Pakatan.

Beliau yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput buat pertama kali tewas kepada penyandang kerusi Dr Michael Jeyakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang memenanginya atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 2, 793 undi.


Sementara itu untuk jawatan timbalan speaker pula, calon BN iaitu ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasarudin Hashim turut memperolehi 31 undi mengalahkan calon Pakatan Rakyat dari PKR, YB Abdul Yunus Jamahri yang mendapat 28 undi

650 ribu penjawat awam tiada rumah sendiri.


Quepacs semasa kempen PRU 13 tak mahu bising,jika tak ,DS Najib pasti berjanji skim rumah untuk kakitangan kerajaan yang lebih mesra rakyat.Skim PR1MA ,rumah yang mencecah RM250 ribu.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman hari ini.
   
Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.
   
Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.
   
"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama.

Beliau turut meluahkan kebimbangan akan implikasi masalah itu jika ditangani segera.
   
"Antaranya ialah jika mereka membeli rumah pada usia lanjut, ini bermakna mereka akan mengambil masa lebih panjang untuk membayar balik pinjaman.
   
"Kesannya mereka akan menggunakan semua simpanan dan duit pencen yang sepatutnya digunakan untuk hari tua untuk membayar balik pinjaman itu. Kehidupan mereka selepas bersara akan terus dibelenggu hutang," katanya.
   
Malah katanya, mereka juga tidak mampu memohon skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kerana harga rumah PR1MA yang mencecah RM250,000 adalah di luar kemampuan penjawat awam.
   
Justeru katanya, Cuepacs menggesa kerajaan mengkaji isu itu dan mencadangkan supaya Jabatan Perumahan Negara menyediakan rumah kos sederhana untuk penjawat awam.
   
"Seboleh-bolehnya biarlah ia berharga RM250,000 ke bawah. Saya harap kerajaan dapat kaji isu ini secara serius," katanya. - Bernama

Pesuruhjaya PAS Perak membawa harapan rakyat.

28 Jun,Ipoh-Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Abu Bakar Husin,Adun Titi Serong(tengah),YB  DS Nizar(Changkat Jering,YB Uztaz Zawawi(Gunung Semanggol),Ketua Dewan Pemuda PAS Perak,YB Ir Radhi Zainon(Sungai Rapat) dan Tuan Haji Husein Din(Selinsing) bergambar seusai angkat sumpah ADUN Perak.

Thursday, June 27, 2013

Kawasan parlimen Titiwangsa meliputi Kuala Lumpur hingga Selangor.

SPR jika membuat persempadanan kawasan pilihanraya selalunya menguntungkan BN.Kawasan  Kerajaan PAS yang kuat seperti di Kelantan tidak ditambah kerusi,begitu juga di Terengganu.Kedah PAS kuat juga tidak ditambah kerusi.

Persempadanan pula dilukis tidak mengikut negeri atau wilayah.Persempadanannya pelik-pelik. Contohnya Kawasan Parlimen Titiwangsa yang meliputi Kampung Baru di Kuala Lumpur hingga ke Taman Chempaka yang sebenarnya sudah masuk negeri Selangor.

Begitu juga kawasan pilihanraya  parlimen Batu,dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula di Jalan Ipoh,KL dan dilanjutkan ke Taman Selayang Jaya di negeri Selangor.

Wednesday, June 26, 2013

Kerja menangkap ni ,aku tak percaya polis!!!!

Seorang anggota bomba berjaya menangkap seekor ular senduk yang masuk ke rumah penulis.

Terima kasih anggota bomba Anggota Bomba dan Penyelamat 

Inilah ular itu.

Kes Kugan: polis jangan buat silap lagi,rakyat yang bayar pampasan


Di harap pihak polis tidak lagi buat kesilapan dan kecuaian sewaktu suspek dalam lokap.Anggota cuai dan lalai ikut SOP ,duit rakyat yang terpaksa keluar bayar pampasan.
KUALA LUMPUR: Keluarga kepada suspek pencuri kereta A. Kugan pada Rabu menang dalam pertikaian sivil mereka terhadap polis dan kerajaan berhubung kematiannya dalam tahanan.
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan defendan membayar RM751,700 sebagai ganti rugi dan RM50,000 sebagai kos kepada keluarga Kugan.
Ibu Kugan, N.Indra pada 13 Januari tahun lalu telah memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100 juta.
Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anaknya semasa dia dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009.

Blogger Milosuam diikat jamin RM15,000.


KOTA KINABALU: Blogger yang berpangkalan di Melaka 'Milosuam' didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kerana menyiarkan kenyataan bertujuan menyebabkan ketakutan orang ramai ketika pencerobohan askar Sulu.
Yusuf Al Siddique Suratman, 29, mengaku tidak bersalah terhadap penyiaran blog di bawah tajuk (Maklumat Sulit: Pendatang Asing Bakal Cetus Huru-Hara di Sabah) yang mana dia turut mendakwa 1,500 warga asing akan menyebabkan huru-hara di Sabah dengan menyiarkan dokumen yang didakwa oleh pihak polis.
Yusuf, didakwa pada Selasa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan rasa takut dan menghadapi maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Majistret Edward Paul menetapkan tarikh perbicaraan pada 22-23 Julai dan membebaskan Yusuf dengan ikat jamin RM15,000 dan seorang penjamin tempatan.
Dia juga telah diarahkan untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah didakwa di Kota Kinabalu kerana blog itu telah dibaca secara meluas di Sabah.
Peguam Yusuf Erveana Ansari berkata mereka telah memohon kepada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Kuala Lumpur.
Terdahulu, Jamil telah membantah ikat jamin untuk Yusof atas alasan Yusuf adalah dari Semenanjung Malaysia tetapi Erveana berhujah bahawa tidak ada sebab untuk tertuduh melarikan diri dengan kesalahan kecil.
Beliau berkata bahawa Yusuf telah berkahwin pada 29 Jun dan sebagai bukan rakyat Sabah, dia perlu menghabiskan lebih banyak wang untuk perjalanan di sini.(SUMBER)

Pilihanraya Kecil Kuala Besut,masihkah dakwat penjilat jari digunakan?

Dakwat pewarna makanan telah digunakan SPR dalam PRU 13.Mungkinkah SPR masih menggunakan dakwat  dari bahan pewarna makanan  dalam PRK Kuala Besut ,Terengganu nanti.?Dakwat yang bernilai RM7.1 juta itu ,itu hanya untuk dijadikan menu penjilat jari.

Tuesday, June 25, 2013

BN 16 dan PAS 16 selepas pilihanraya kecil Kuala Besut.

Pilihanraya kecil akan berlangsung pada bila-bila masa di Terengganu. Apa yang dimusykilkan jika UMNO tewas dalam  pilihanraya itu. ? BN mempunyai 16 kerusi dan PAS 16 kerusi. Adakah kerajaan pada masa itu bergantung kepada kehendak DYMM Sultan Terengganu,sama ada memilih UMNO atau PAS? Adakah SPR juga masih mahu menipu?Kita tunggu ...

YB mana yang di "cibai" oleh Che 'Gu Bard.

Frasa di atas Che'GuBard Samm tujukan kepada siapa kita pun tak tahu persepsi beliau.Tapi sudah tentulah kepada pemimpin PR khususnya termasuk pemimpin Dewan Pemuda PAS yang jadi wakil rakyat.Siapakah yang di  "cibai" bahasa kotor budak-budak sekolah,Che'GuBard sahaja yang tahu. Jika itulah yang dikata,wajarlah pengundi menolak beliau.Pemimpin yang tiada akhlak ini sudah lama ditolak oleh orang. 

Adakah YB-YB ini yang dicibai oleh Che'GuBard Samm.?

Tiga YB muda ini akan membelasah Khairy Jamaluddin.

YB Ustaz  Nasruddin Tantawi,Ketua Dewan Pemuda PAS,YB Shamsul Iskandar,Ketua AMK dan YB Teo Kok Seong,Ketua Dapsy bergambar tanda komitmen bersama untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman . Pemimpin muda ini berkemampuan untuk menyaingi kehebatan Khairy Jamaludin.Mereka akan membelasah Khairy Jamaluddin dan Najib ,jika jelas BN melakukan penyelewengan.Hujah mereka pasti berfakta  dengan data dan bukti.Hujah YB BN selalunya auta!!

Monday, June 24, 2013

Ingat YB ,anda mewakili suara anak muda Malaysia.

Ingat YB Ustaz Nasruddin Tantawi  dan YB Ustaz Nik Abduh ,anda mewakili suara anak muda Malaysia,bukannya suara orang muda PAS sahaja.PAS merupakan payung untuk rakyat menggantikan UMNO pada  PRU14 nanti.

BN tak bawa isu jerebu,Rabu ini PR bawa usul tergempar


KUALA LUMPUR - PR bakal membawa satu usul tergempar mengenai jerebu, Rabu ini, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, perkara tersebut antara isu terawal yang akan dibawakan PR pada sidang Parlimen kali ini.

"Isu jerebu ini penting untuk dibincangkan dan diberi perhatian khusus.

"Kita harap ada satu tindakan yang dapat diambil bagi mengurangkan kesan jerebu, di samping memikirkan bagaimana krisis jerebu dapat dihindari daripada berulang lagi," katanya.

Beliau berkata, usul tergempar itu akan dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai, Teo Ni Ching.

"Kami harap usul ini akan diterima Speaker dan dapat dibincangkan bersama supaya rakyat tahu apakah langkah yang dapat mengurang masalah ini," katanya.

Sidang parlimen,titah Yang di- Pertuan Agong


MAJLIS PARLIMEN YANG KETIGA BELAS 
MALAYSIA 
PENGGAL YANG PERTAMA 
DEWAN RAKYAT / DEWAN NEGARA 
HARI SELASA, 25 JUN 2013, PUKUL 10.00 PAGI 

Bil. 1
 
ATURAN URUSAN MESYUARAT
TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN
AGONG ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU
ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

sumber portal parlimen

QUEPACS minta bonus setengah bulan gaji,sebelum raya.

Berita baik untuk kakitangan kerajaan ,QUEPACS akan memujuk kerajaan membayar  melebihi bonus satu bulan setengah gaji.

  Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini. 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.



“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.

“Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam. 

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh Majid. 


Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan.(sumber quepacs)

YB Pakatan Rakyat biar dua hala sewaktu berbahas.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengetuai angkat sumpah anggota Dewan Rakyat mewakili gabungan pembangkang PKR-PAS-DAP di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Isnin. Kelihatan menunggu giliran ialah Datuk Seri Hadi Awang (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP). - fotoBERNAMA 

Wakil Rakyat Pakatan Rakyat diharap mampu berbahas dua hala. Mereka mampu berhujah dan mampu memberi pandangan atauidea jika diserang balas atau soal balas.Jawapan mereka berfakta .Mereka mampu mengawal emosi dan mereka mampu membidas hujah-hujah wakil rakyat BN.

Sunday, June 23, 2013

Ingatkan Menteri Dalam Negeri bawa usul jerebu,rupanya usul kemudahan ahli parlimen.


 MAJLIS PARLIMEN YANG KETIGA BELAS Malaysia ,Penggal Yang Pertama,Dewan Rakyat bermula pada hari ini ,Isnin,24 jun 2013,pukul 10.00 pagi.

ATURAN URUSAN MESYUARAT

i) Proklamasi Memanggil Parlimen Bermesyuarat 
ii) Memilih Tuan Yang di-Pertua 
iii) Tuan Yang di-Pertua Mengangkat Sumpah 
iv) Ahli-ahli Mengangkat Sumpah 
v) Memilih 2 Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua 
vi) Usul Memerintah Ketua Polis Negara Memberi Kemudahan        
Lalu Lalang Kepada Ahli-Ahli Dewan Seperti Berikut : 
   
   Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:- 
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan  berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “ 

Menteri Alam Sekitar jaga beruang panda bukannya kisah jerebu.

IPU   menunjukkan Muar  mengalami jerebu yang kritikal.DS Najib pun  menisytihar darurat untuk dua kawasan Muar dan Ledang..Namun terdapat Menteri yang tak  cerdik,sibuk bincang beruang Panda dari negara Cina.DS Palanivel, boleh bincang tentang kediaman panda bukannya masalah jerebu.

Saturday, June 22, 2013

Anggota polis bertugas berimamkan Datuk Husam Musa untuk solat.

YB Datuk Husam Musa menjadi imam kepada anggota polis yang bertugas menghantar Datuk Husam Musa ke Balai Polis IPD Pengkalan Chepa.InsyaAllah bagi mereka yang berada di Kota Bharu dan kawasan sekitar boleh memberi sokongan kepada Datuk Husam pada pukul 11 malam ini. Instagram  jeminghassan 

Friday, June 21, 2013

Peguam Bukan Islam boleh jadi peguam syariah-Mahkamah Rayuan.

PUTRAJAYA: Peguam bukan Islam kini boleh mengamalkan Undang-Undang Syariah di Wilayah Persekutuan, ekoran keputusan penting yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat.
Dalam penghakiman terhadap Victoria Jayaseelan Martin dalam cubaannya untuk menjadi seorang peguam syariah, mahkamah memutuskan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bertindak melebihi kuasanya dalam menolak permohonan pemohon atas alasan dia bukan orang Islam.
Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, yang mengetuai panel tiga hakim membuat penghakiman tersebut berkata, undang-undang menetapkan pelantikan peguam Syarie tidak mewajibkan pemohon mesti seorang yang beragama Islam.
"Jika niatnya adalah untuk melarang orang bukan Islam daripada menjadi peguam di Mahkamah Syariah, ia seharusnya dinyatakan dengan jelas dalam perundangan," katanya ketika membaca keputusan penghakiman.sumber

Thursday, June 20, 2013

Doktor pun tak tahu pelajar ini mengandung.

Bagaimana doktor dan petugas perubatan boleh tak tahu pelatih PLKN ini menandung?Adakah air kencing sudah tidak relevan lagi untuk kesan ibu mangandung.Mungkin juga x-ray tak boleh nampak perut sudah berisi.  
MIRI - Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melahirkan bayi di dalam tandas di sebuah kem semalam.
Pengerusinya Datuk Dr Tiki Lafe berkata antara perkara yang akan diteliti ialah bagaimana seorang bakal pelatih yang mengandung boleh "terlepas" ketika pemeriksaan kesihatan.
Prosedur menetapkan seseorang bakal pelatih yang disahkan mengandung oleh doktor perubatan tidak akan dibenar mengikuti latihan PLKN itu, katanya kepada pemberita selepas penutupan latihan PLKN di Kem PLKN Miri, di sini hari ini.
Semalam, seorang pelatih yang mengikuti latihan di Kem Sri Ledang, Segamat, Johor dilapor melahirkan bayi lelaki di dalam tandas kem itu kira-kira pukul 3 pagi.
Kejadian disedari pihak pengurusan kem dan remaja terbabit bersama bayi kemudiannya digegaskan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian, sementara keadaan remaja berusia 18 tahun tersebut dilapor tidak membimbangkan.
Mengulas lanjut, Tiki tidak menolak kemungkinan doktor atau jururawat yang menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas remaja terbabit "terlepas pandang".
"Sewaktu mengikuti latihan PLKN pula, pelatih sendiri perlu memaklumkan kepada pembantu perubatan (MA) dan jururawat yang ditugaskan di setiap kem sekiranya mengandung dan bukan merahsiakannya," kata Tiki.
Beliau turut meminta semua pihak agar tidak saling menuding jari dan menunggu sehingga siasatan selesai. - Bernama

Dua kongsi gelap berebut kawasan edar dadah di Taiping.

Ketua  Polis Perak Datuk Mohd Shukri  mengesahkan terdapat  dua kumpulan  kongsi gelap yang aktif  di Taiping.Kedu-dua konsi gelap itu rupanya berebut kawasan  pengedaran dadah.Kenyataan beliau boleh didapati dalam Harian Metro ,20 Jun 2013.Jadi peristiwa pembunuhan yang kerap berlaku kebelakangan ini di Pekan Simpang,Taiping rupanya angkara Kongsi Gelap..Simpang seolah-olah sudah tidak selamat lagi.Pihak polis pun tahu kongsi gelap masih aktif di sini.

Wednesday, June 19, 2013

Kemudahan untuk rakyat,bukan kemudahan untuk KFC/Mc Donald?

'Kami mungkin gulung tikar'
Beberapa peniaga turut kecewa dengan masalah tersebut.
'Kami mungkin gulung tikar'
Cheng Chuang ketika menceritakan masalah peniaga Pasar Simpang kepada Idris.
'Kami mungkin gulung tikar'
Keadaan pembahagi jalan yang kini telah ditutup menyukarkan orang ramai untuk membelok ke kawasan Pasar Simpang.
'Kami mungkin gulung tikar'
Pasar Simpang yang telah berusia 48 tahun kini semakin kurang menerima pengunjung.
SIMPANG – Hampir setahun selepas pembahagi jalan di Jalan Simpang–Taiping ditutup, perniagaan di Pasar Simpang, di sini dikatakan semakin merosot berikutan kekurangan jumlah pengunjung.

Difahamkan, situasi berkenaan terjadi akibat kesukaran kenderaan untuk masuk ke laluan pasar.

Seorang peniaga, Soo Cheng Chuang, 60, berkata, kebanyakan peniaga di Pasar Simpang agak kecewa selepas penutupan pembahagi jalan di hadapan pintu masuk pasar kerana perkara tersebut menyebabkan ramai pembeli tidak mahu membeli di situ berikutan masing-masing terpaksa membuat pusingan U yang agak jauh.

Menurutnya, jika dahulu, orang ramai terutama yang menggunakan motosikal atau basikal boleh terus membelok di kawasan hadapan pintu masuk pasar.

“Bagaimanapun, kini orang ramai tidak lagi boleh berbuat demikian kerana laluan tersebut telah ditutup dengan tujuan bagi mengelak kemalangan. Keadaan itu mungkin boleh menyebabkan kami gulung tikar,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Cheng Chuang berkata, selepas laluan berkenaan ditutup, perniagaan di pasar yang berusia 48 tahun itu susut dari semasa ke semasa sehingga 10 peratus.

Katanya, jika situasi berkenaan berlarutan, tidak mustahil akan menutup pendapatan hampir 60 peniaganya.

“Kami sudah lama perhati keadaan ini, harap ada tindakan dari pihak berwajib.

“Walaupun pada peringkat awal pembahagi jalan tersebut ditutup untuk mengurangkan kadar kemalangan, namun apabila ia dibuka pihak bertanggungjawab mungkin boleh mencari alternatif lain seperti meletakkan lampu isyarat dan sebagainya,” katanya.

Pelanggan merungut

Seorang lagi peniaga, S Sitarama, 56, berkata, selepas laluan berkenaan ditutup, ramai pelanggannya merungut kerana mereka terpaksa membelok dalam jarak jauh untuk ke pasar.

“Kadang-kadang disebabkan masalah tersebut, orang ramai bertindak tidak mahu membuat pusingan U, tetapi sebaliknya terus untuk ke pasar Taiping,” katanya.

Jelasnya, sehingga kini masalah tersebut telah berlarutan dalam tempoh setahun dan peniaga rasa tertekan kerana perniagaan merosot.

“Masalah ini bukan hanya melibatkan saya seorang tetapi keseluruhan peniaga di Pasar Simpang,” katanya.

Sementara itu, Madam Chua, 50, berkata, dia telah berniaga di kawasan pasar sejak 15 tahun lalu dan kini perniagaannya sedikit merosot dan ia adalah berpunca daripada penutupan jalan di kawasan berkenaan.

“Walaupun dalam tempoh setahun, kita semua peniaga di sini sudah mula rasa perniagaan menurun dan sedikit demi sedikit merosot kerana orang tidak mahu datang,” katanya.

Gesa kaji semula

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menggesa satu kajian perlu dilakukan terhadap keberkesanan pembahagi jalan di kawasan itu.

Menurutnya, beberapa jalan penyelesaian lain juga perlu dipertimbangkan bagi menyelesaikan masalah secara menang-menang antara kedua belah pihak.

“Ada cadangan mungkin antara alternatif yang boleh diambil ialah dengan membuka laluan berhadapan dengan premis makanan segera Simpang, jadi orang ramai tidak perlu memusing jauh.

“Sebelum ini jalan itu ditutup untuk mengurangkan kadar kemalangan, namun mungkin ada cara lain yang boleh dilakukan bagi memastikan peniaga di sini tidak tertekan dengan situasi yang alami,” katanya.

YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,minta ahli turun Blackout.

YDP PAS Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar  meminta  ahli PAS Kawasan Bukit Gantang  untuk turut serta Perhimpunan Blackout pada 22 Jun ini.

Bicara petisyen yang lama,tidakkah mungkin saksi berpaling tadah?

Bicara petisyen yang terlalu lama tidakkah mungkin para saksi akan berpaling tadah.?Justeru itu perlindungan untuk saksi perlu diguna pakai dalam kes petisyen pilihanraya ini. Dalam tahun  2008  PAS Kawasan Larut pernah buat petisyen DUN Kubu Gajah,dalam Parlimen Larut,Perak..Namun begitu banyak saksi akhirnya menarik diri.PAS gagal dalam petisyen itu.

Tuesday, June 18, 2013

Perjanjian Trans Pasifik(TPP) merugikan Malaysia seperti juga Perjanjian Pangkor 1874




SHAH ALAM - Pakar ekonomi menyifatkan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak mempunyai kesan positif kepada pengguna sebaliknya hanya memberi beban kewangan kepada golongan berpendapatan rendah.

Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin berkata, walaupun perjanjian itu masih belum dimeterai, kerajaan perlu melihat sejauh mana kesan TPP kepada orang ramai sebelum membuat keputusan muktamad.

"Saya tidak nampak perjanjian ini beri sebarang faedah kepada pengguna, malah TPP lebih banyak beri kesan buruk kerana harga barang akan naik. Kerajaan perlu lihat adakah kesan baik lebih banyak dari buruk atau sebaliknya sebelum bersetuju menyertai perjanjian ini," katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas sama ada perjanjian TPP akan beri kesan secara langsung kepada golongan berpendapatan rendah jika dilaksanakan.

Menurutnya, pengguna akan terima kesan akibat terma perjanjian tersebut yang pastinya menguntungkan Amerika Syarikat (AS)sebagai kuasa utama ekonomi dunia dan bukan negara lain.

"Kita perlu melihat sejarah lampau sebagai contoh dari perjanjian Pangkor 1874 sehingga perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), semuanya tidak menguntungkan kita.
"Kita juga perlu ingat, jika AS tergesa-gesa untuk membuat sesuatu perjanjian pastinya, perjanjian itu tidak akan beri kebaikan kepada orang lain," katanya.


Selain Malaysia dan AS, sembilan lagi negara yang menyertai TPP adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam manakala Jepun dijangka menjadi negara ke-12 menyertai TPP semasa rundingan seterusnya pada 15 hingga 25 Julai ini di Kuala Lumpur.

Perjanjian TPP dipercayai akan memberi kesan buruk kepada Malaysia terutama dalam bekalan ubat-ubatan dan industri padi.

Amir berkata, kesan ke atas kedua-dua industri ini adalah yang paling ketara kerana AS masih memegang autonomi terutama terhadap ubat-ubatan asli.

"Kesan terhadap padi pula adalah, jika AS menjual harga padi dengan murah, ini akan memberi saingan hebat kepada syarikat tempatan. Kemungkinan pengeluaran beras negara akan berkurangan," katanya.

Menurutnya, negara tidak dapat membeli barang yang lebih murah dari negara-negara luar selain peserta TPP, dan kebanyakan barang keperluan pengguna negara ini adalah produk AS.
Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menunjukkan TPP akan menaikkan harga ubat-ubatan 60 hingga 80 peratus lebih tinggi berbanding sekarang.

Menurut laporan MTEM, AS mahu semua negara TPP bersetuju dengan hak Harta Intelek (IP) yang hanya akan beri pulangan tinggi kepada syarikat farmasi negara itu.

Difahamkan, penekanan kepada hak IP ini hanya memberi keuntungan kepada syarikat gergasi kerana ubat generik, iaitu ubat lebih murah berbanding ubat asli namun mempunyai kesan yang sama dalam perubatan, tidak akan dibenarkan untuk dijual di pasaran negara peserta TPP.

TPP juga dijangka beri kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi tinggi kerajaan negara itu, turut dipasarkan di Malaysia.

Bulan lalu, Kesatuan Kerjasama Pertanian Pusat Jepun turut menentang keputusan kerajaan negara itu menyertai rundingan TPP kerana petani Jepun bimbang mereka akan terpaksa bersaing dengan produk padi dari AS melalui penghapusan cukai produk pertanian. SH

Pempetisyen Hamidun Ahmad ,serah sendiri Petisyen Pilihanraya kepada YB .

Pempetisyen Hamidun Ahmad, Responden Pertama YB Rashidi (Pasir Panjang) dan Peguam,Tuan Zambry berkesempatan bergambar untuk kenangan penyerahan petisyen pilihanraya. Petisyen diterima dengan baik oleh Yb Rashidi selaku Responden pertama..

Surat peguam dari pempetisyen Hamidun Ahmad pengundi Dun Pasir Panjang N51 kepada YB Rashidi Ibrahim Adun Pasir Panjang..

Monday, June 17, 2013

Kereta black maria takut-takutkan isteri tahanan ISA.

Isteri-isteri tahanan  bersama anak-anak di Suhakam
Di SUHAKAM pagi tadi, isteri tahanan ISA mengaku mereka merasa amat takut hingga gementar seluruh tubuh bila melihat beberapa buah kereta peronda polis dan Black Maria di parkir di hadapan Kemta.

"Ada ramai polis berdiri tidak jauh dari tempat kami bertemu suami.Ramai yang mengambil gambar kami semua. Kami rasa sangat takut dengan kedatangan polis yang agak ramai...." demikian luahan hati mereka.....

Ya Allah, jauhkan lah kami dari bersekongkol dengan orang-orang yang zalim.
.foto/berita:Norlaila Othman

Sunday, June 16, 2013

Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup


Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup

Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT. 

sumber : SinarHarian

Semasa kempen PRU,PPSMI mansuh,sudah menang PPSMI akan diteruskan.

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)  kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran  Datuk Mary Yap Kain Ching yang menyatakan bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran  Sains  dan Matematik (PPSMI) hanya dihentikan sementara.
Taiping-
Semasa kempen PRU 13,PPSMI dimansuhkan,tetapi apabila menang PPSMI akan diteruskan.
Begitulah hadiah untuk rakyat.BN seolah-olah cuba membunuh Bahasa Melayu.

"Kesan besarnya akan "membunuh" bahasa Melayu sebagai bahasa bagi tamadun sains dan teknologi dengan serta-merta di negara ini buat kali kedua dan akan lebih parah pada masa depan" kata PLM.


Inilah padahnya apabila pengundi khususnya orang Melayu memberi undi kepada UMNO/BN.UMNO selalunya mengkhianati orang Melayu.

Saturday, June 15, 2013

Kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(KPPK) buktikan Muhyiddin Yasin gagal.

Kaji selidik NUTP  menunjukkan  TS Muhyiddin Yasin gagal sebagai Menteri  Pelajaran sekarang Menteri  Pendidikan.
Dalam kaji selidik ini 74 peratus responden memberi maklum balas program ICT sekolah tidak  berjaya disebabkan oleh ,antara lain:
a. peralatan ICT sekolah tidak lengkap dan tidak terkini.
b. ketiadaan makmal komputer.
c.gangguan capaian internet
d.pengurusan bilik komputer yang tidak sistematik
e.kurang peruntukan untuk pelajaran ICT
f.hampir 80 %  komputer /peralatan rosak dan tidak diselenggara.

Kasihan ayah mereka masih ditahan di KEM Tahanan,Kamunting.

Jom bersama GMI memberi sokongan moral kepada keluarga tahan I.S.A

Keluarga tahanan I.S.A kini sedang berkampung di Kamunting.

Petang tadi YDP PAS Taiping ,Ustaz Ahmad Fakharudin  menerima kunjungan isteri-isteri mangsa tahanan tanpa bicara dari Sabah yang masih di tahan di Kem Kamunting . Turut hadir isteri Us Badrulamin puan Puan Laila (bekas isteri tahanan) mereka akan melawat suami yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting esok...sayu melihat anak kecil yang sedang membesar tanpa ayah di sisi mereka.foto Ustaz Fakharudin.

Taiping- Esok 16 Jun ,bermula pukul 10.00 pagi marilah kita memberi sokongan moral kepada isteri dan kaum keluarga tahanan I.S.A berhadapan Kem Tahanan ,Kamunting.Terdapat pelbagai acara untuk kita sama-sama terlibat untuk membantu keluarga tahana I.S.A ini.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) membawa tsunami ke sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membawa tsunami ke sekolah.Petikan artikel ini diambil daripada makalah NUTP ,Guru Malaysia keluaran April 2013.Apa yang jelas Malaysia yang menjadikan Australia sebagai contoh rujukan pun kini kembali kepada sistem asal.