Monday, February 3, 2014

PJ PAS Perak bukan macam Zambry Kadir.

Haji Razman Zakaria ,PJ PAS Perak turun padang bersama wakil rakyat PAS YB Ustaz Idris Ahmad menyantuni masyarakat Cina di Bukit Gantang pada  30 Januari lalu.
Taiping- Bekas Adun PAS  dipinggirkan? Siapa yang menimbulkan khabar angin ini?

Menjawab persoalan itu, salah seorang daripada mereka, Drs Khalil Idham Lim pantas menafikan andaian negatif yang cuba ditimbulkan pihak tertentu.

Bekas Adun Titi Serong itu berkata, beliau tidak pernah dipinggirkan apatah lagi merajuk kerana tidak dipilih, tetapi sebaliknya kini sibuk dengan urusan perniagaan.

“Pada asalnya Adun-adun yang dipilih sebelum ini ada pekerjaan sendiri. Jadi selepas mereka bebas daripada tanggungjawab sebagai wakil rakyat, mereka meneruskan kerja yang dilakukan sebelum ini.

“Saya masih aktif berpolitik di kawasan Kuala Kangsar sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional dan pada masa yang sama menumpukan bidang perniagaan yang saya ceburi,” kata Drs Khalil seperti dipetik.

Pada PRU12 lalu, Khalid Idham menang di Dun Titi Serong dengan majoriti 1,149 undi menewaskan calon BN, Abu Bakar Mat Ali.


Namun, pada PRU13, Khalil Idham menukar haluan bertanding di peringkat Parlimen Kuala Kangsar tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Wan Mohamed Khair-Il Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 1,082 undi.

Sementara itu, seorang lagi bekas Adun Changkat Jong Haji Mohd Anuar Sudin (kini Bendahari PAS teluk Intan)yang pernah memenangi kerusi Dun Changkat Jong pada 2008 turut mengemukakan pendapat yang sama.

Katanya, pemimpin Pas  tidak seperti pemimpin parti lain yang menyediakan jawatan tertentu kepada bekas Adun mereka demi menjaga hati.

“Kita dalam Pas cukup takut untuk menerima jawatan kerana bimbang tidak mampu memikulnya. Lebih baik tiada jawatan atau diberikan kepada orang lain.

“Cuma, bila diberikan kepercayaan oleh parti untuk memikulnya, kita akan cuba sebaik mungkin untuk memegang amanah itu,” kata Haji Mohd Anuar Sudin,bekas Adun Changkat Jong.

No comments:

Post a Comment