Monday, October 14, 2013
Bertakwalah kepada Allah -Tok guru Haji Hadi
Wednesday, January 9, 2013
UMNO pembangkang,ustaz UMNO hentam kaw-kaw-Nizar
![]() |
Percayalah ,insyaAllah ,apabila UMNO sudah tidak ada kuasa nanti ,inilah ulama' yang menjadi wira ummah yang akan disokong oleh ahli UMNO termasuk ulama' mereka. |
Friday, January 6, 2012
Soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah
Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah.
“Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata beliau
Sunday, December 25, 2011
Terima kasih Tok Guru,Bukit Gantang masih kubu Pakatan Rakyat.
Alhamdulillah Tok Guru masih menganggap Bukit Gantang kubu PAS dan Pakatan Rakyat.
Saturday, December 24, 2011
Esok kita dengar sendiri pandangan Tok Guru,tak jelas kita tanya lagi!
Esok bagi ahli jawatankuasa PAS kawasan yang musykil dengan keadaan Dato' Hassan Ali dan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa,boleh bertanya nanti dengan Tok Guru Presiden.
Esok pandangan terus dari mulut DS Tuan Guru Presiden .Kita dengar dan amati,kemudian balik kawasan masing-masing teruskan kerja lawan UMNO.Isu remeh temeh tak usah layan. BN pandai main isu.Penasihat mereka APCO,jadi sudah tentu mereka bekerja lebih 24 jam sehari.
Friday, December 23, 2011
Selamat Datang DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi ke Parlimen Bukit Gantang.
Wednesday, December 21, 2011
Saturday, December 10, 2011
Haji Hadi pemimpin yang juga layak jadi Perdana Menteri.

Dengan PAS bertanding lebih 60 kerusi Parlimen pada PRU 13 ini,peluang untuk TG Haji Hadi untuk menjadi Perdana Menteri juga cerah.Perkongsian kuasa sudah tentu melihat kekuatan sesebuah parti dan berdasarkan perlembagaan.
Dengan DS Anwar Ibrahim ,dikatakan UMNO cuba menghalang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 ini.TG Haji Hadi merupakan calon yang sesuai untuk menggantikan DS Anwar ,jika DS Anwar Ibrahim dinafikan hak untuk menjadi Perdana Menteri.
Sunday, December 4, 2011
UMNO diperlembukan-- TG Haji Hadi
Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih.
"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.
"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin.
Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP.
Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.
Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.
Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam.
"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.
"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.
Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Monday, November 21, 2011
Tahniah Harimau Malaya, persahabatan terjalin baik
KUALA LUMPUR, 22 Nov: PAS mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara bawah 23 tahun yang mempertahankan pingat emas dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 di Jakarta, malam tadi.
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kejayaan itu mengulangi kejayaan-kejayaan lepas.
Menurutnya, mutu permainan, semangat berpasukan dan motivasi yang cukup membolehkan skuad Harimau Malaya mendapat kemenangan.
“Kita berharap prestasi ini dapat dipertingkatkan di masa hadapan bagi melayakkan Malaysia menyertai perlawanan di peringkat lebih tinggi.
“Tahniah juga kepada pasukan negara jiran Indonesia yang mendapat tempat kedua (pingat perak) dengan harapan persahabatan kita akan terus terjalin baik di masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Saturday, October 8, 2011
Perdana Menteri bodoh sombong pernah dilahirkan.
Najib Razak ,Negara Berkebajikan pun tak faham,inikan pula hukum hudud.Najib Perdana Menteri bodoh sombong yang pernah dilahirkan.Kerja dia kerja bermusim.
Dalam pada itu TG Hj Hadi memberi tiga ciri negara berkebajikan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, paling penting Najib harus memahami tiga ciri asas negara berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional (BN) sehingga kini.
“Pertamanya negara berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti,” kata beliau.
Kata TG Hj Hadi, dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.
“Keduanya negara berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.
“Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua,” kata Hadi sambil menambah, “nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.”
Malah kata beliau, tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri negara berkebajikan.
“Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim dikala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya.
“Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri negara berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional,” kata TG Hj Hadi lagi.
TG Hj Hadi seterusnya berkata begitu juga dengan manipulasi sistem pilihan raya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi kad pengenalan kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihan raya.
“Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS.
“Oleh itu rakyat harus sedar bahawa ‘negara berkebajikan’ yang hendak dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata,” kata beliau lagi dalam satu kenyataan.
Hadi mengetengahkan dasar negara berkebajikan ketika berucap pada muktamar tahunan PAS Jun lalu.
Saturday, September 10, 2011
Kerajaan mesti selamatkan negara dengan hidupkan demokrasi sebenar-Hj Hadi.
GOMBAK, 10 Sept: PAS tidak gentar untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa meskipun sedar Umno BN sedang rancak melakukan penipuan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN tidak akan dapat menutup penipuan mereka dalam sistem pilihan raya khususnya isu daftar pemilih dalam keadaan dunia yang serba canggih ini.
"PAS anjur konvensyen negara berkebajikan yang merupakan tema muktamar untuk dipanjangkan bagi menghadapi pilihan raya umum.
"Ini menunjukkan PAS bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun kita dibayangi maklumat yang mendukacitakan di mana perancangan untuk penipuan yang lebih besar dilakukan dalam pilihan raya umum.
"Zaman ini zaman internet dan kita dapat kesan penipuan ini dan mereka (Umno BN) nak tutup cepat-cepat jadi tapi jangan nak tipu kita dah dapat maklumat," kata beliau pada sidang media di sini.
Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Umno BN sengaja membangkitkan isu-isu yang dapat menimbulkan kemarahan rakyat sekaligus membuatkan mereka lupa kepada usaha membersihkan sistem demokrasi di negara ini.
"Mereka (Umno BN) nak tutup isu penipuan pilihan raya dengan isu-isu yang sengaja dibangkitkan untuk menggelegakkan perasaan rakyat supaya lupa isu sebenar iaitu untuk menghidupkan dan memulihkan proses demokrasi," kata beliau lagi.
Beliau turut mengingatkan Umno BN agar tidak terus memperbodoh rakyat dengan menutup segala maklumat yang benar sebaliknya menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghidupkan amalan demokrasi bersih.
"PAS menasihatkan kerajaan jangan menggunakan gula-gula sementara kepada rakyat untuk menghentikan tangisan. Bila habis gula-gula, dia tipu lagi,lepas itu sambung lagi, tak selesai masalah.
"Oleh itu kerajaan mesti sungguh-sungguh menyelamatkan negara dengan menghidupkan demokrasi sebenar dan PAS sungguh-sungguh nak masuk pilihan raya," tegasnya.
Justeru katanya, konvensyen hari ini bagi menggerakkan jentera parti khususnya penerangan parti untuk menyalurkan maklumat mengenai negara berkebajikan kepada rakyat.
"PAS gerakkan jentera parti di seluruh negara pada hari ini supaya membawa mesej konsep negara berkebajikan yang kita nak kenalkan kepada rakyat yang diselaraskan bersama Pakatan Rakyat.
"PAS sudah perkenalkan dalam manifesto pilihan raya ke arah negara berkebajikan dan kita memaklumatkan kepada jentera parti melalui konvensyen supaya jentera parti dapat memahami hasrat negara kebajikan supaya dapat disampaikan kepada rakyat," katanya.
Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS ini melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa.
Thursday, September 1, 2011
PRU-13: PAS sasar 60 kerusi Parlimen
“Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Kompleks PAS Kuala Terengganu.
Pada 2008, PAS bertanding di 66 kerusi dan menang 23 kawasan.
PAS menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) tiga tahun yang lalu.
Pada pilihan raya umum ke-13, Hadi berkata, PAS menyasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.
“Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang,” katanya.
Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.
“Kalau nak undi Islam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi pekerti dan pujukan... saya yakin mereka boleh berubah.
Tuesday, August 30, 2011
Nabi pun dianggap pengkhianat.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.
“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.
Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.
Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.
“Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar,” jelasnya.
Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.
“Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.
“Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai,” ujarnya lagi.
Monday, August 29, 2011
Mesej Raya Presiden PAS
Begitu juga dengan ibadah puasa yang telah kita laksanakan ini, dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah dengan mentaati Nya laksana malaikat yang taat, seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang.
Apabila berjaya ditarbiah di bulan ramadhan, dengan sendirinya kita akan menjunjung tinggi agama yang membezakan hak dan batil dan yang menjadi pertarungan dunia sejak dahulu hingga kini.
Selain itu, ibadah puasa juga melatih diri bertarung dengan hawa nafsu yang bukan sahaja untuk mengalahkan hawa nafsu tetapi juga melatih diri mengalahkan musuh-musuh Islam dan memberi kemenangan kepada Islam yang akan terlaksana keadilan di seluruh dunia yang dihuni oleh pelbagai manusia.
Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah, bukan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat. Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini, kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia. Selamat hari raya.
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Sunday, July 10, 2011
Monday, June 6, 2011
Hj Hadi dan Mat Sabu kembali untuk ke Putrajaya.
Dengan mempunyai Timbalan Presiden Hj Mohamad Sabu,kelihatan Hj Hadi lebih bersemangat untuk memimpin rakyat Malaysia selepas PRU 13 nanti.
UMNO pula kini panas punggung dan mula memperlekeh saf pimpinan pilihan perwakilan PAS pada 3 Jun lalu.
UMNO mula mencintai ulamak.UMNO mula berasa cemas kerana SAF pimpinan baru ini akan menyerang UMNO dan memecah telur tembelang yang disimpan selama 54 tahun.
Sunday, June 5, 2011
Kaca mata baru ,Haji Hadi kelihatan muda dan bertenaga.

Kita melihat Haji Hadi amat bertenaga sewaktu berucap merasmikan Muktamar Pas ke 57.Ucapan TG Haji Hadi sewaktu pengulungan kelmarin juga cukup bertenaga dan bersemangat.Ucapan perasmian memakan masa 1 jam setengah ,bermula 9.45 pagi hingga 11.15 pagi.
Kita yang memakai kaca mata melihat TG Haji Hadi kelihatan lebih muda berbanding usia beliau.Kaca mata yang baru ini membuat TG Haji Hadi lebih muda.Muda TG Haji Hadi bertambah terserlah dengan ucapan beliau yang menggerunkan UMNO.
Tuesday, April 19, 2011
Gendang: jangan bagi musuh palu gendang kita.
Gendang tersebut dibunyikan untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan antara para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang seharusnya disambut dengan bijak, dengan tidak terpengaruh dengan rentak yang dipalu oleh mereka.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air.
Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri.
Katanya, itulah realiti yang perlu disedari oleh setiap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang turut mendasari perpaduan dalam parti, sehingga menyebabkan pihak lawan berusaha keras memalu gendang tersebut dengan begitu kencang terutama menjelang muktamar agung PAS Jun ini.
"Gendang seperti itu juga turut dipalu oleh mereka menjelang muktamar-muktamar agung PAS yang lalu. Jadi, kita mesti bijak menangani perkara itu.
"Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya.
Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.
"Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.
Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS.
Sebelum itu, ketika diminta mengulas mengenai pencapaian PAS dalam PRN Sarawak Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, beliau menegaskan, pencapaian tersebut tidak boleh diukur dari segi demokrasi kerana PRN Sarawak Ke-10 itu bukan berlangsung dalam suasana demokrasi sebenar yang diamalkan di negara ini.
"Kalau PRN Sarawak Ke-10 itu berlangsung dalam suasana demokrasi seperti di negara-negara luar, PAS pasti akan menang kerana ia tidak akan menyekat rakyat untuk membuat pemilihan seperti yang dikehendaki oleh mereka dengan berbagai sekatan oleh para pemimpin BN," tegasnya.
Namun, realiti yang berlaku di Sarawak jelas menyekat PAS dari menyampaikan maklumat kepada rakyat oleh pihak BN dengan berbagai cara terutama menerusi media, sehingga rakyat hanya disogokkan dengan pelbagai propaganda dari BN menerusi media cetak dan elektorik seperti tv dan radio yang masuk ke rumah-rumah setiap penduduk di serata tempat.
Manakala di pihak PAS dan Pakatan Rakyat, peluang itu disekat dengan ketat, tidak seperti di negara-negara luar yang turut memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang muncul di media cetak utama, radio dan tv.
"Ini menjadikan PAS gagal menyampaikan maklumat sebenar termasuk menjelaskan dasar-dasar parti kepada orang ramai, sehingga menyebabkan rakyat Sarawak berjaya dipengaruhi oleh BN untuk terus mengundi mereka, walaupun BN ternyata sudah ditolak begitu jauh oleh mereka yang berpendidikan dan terdedah dengan maklumat yang benar seperti di bandar-bandar," katanya.
Keadaan itu, katanya, disusuli pula dengan pelbagai tindakan tidak demokratik lain oleh pihak BN terhadap rakyat Sarawak termasuk menerusi penggunaan jentera kerajaan dengan begitu berleluasa, politik wang, politik ugut dan sebagainya yang jelas melambangkan demokrasi di negara ini masih belum maju.
Sungguhpun begitu, peningkatan sokongan dari rakyat Sarawak terhadap PAS secara keseluruhannya menerusi PRN Sarawak Ke-10 itu, tegas beliau, jelas membuktikan rakyat Sarawak juga tidak selama-lamanya boleh terus diperbodohkan oleh pihak BN yang sekali gus turut membawa petanda PAS mempunyai harapan yang cerah di negeri itu pada masa akan datang.