Saturday, October 8, 2011

Perdana Menteri bodoh sombong pernah dilahirkan.

Najib Razak ,Negara Berkebajikan pun tak faham,inikan pula hukum hudud.Najib Perdana Menteri bodoh sombong yang pernah dilahirkan.Kerja dia kerja bermusim.


Dalam pada itu TG Hj Hadi memberi tiga ciri negara berkebajikan.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, paling penting Najib harus memahami tiga ciri asas negara berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional (BN) sehingga kini.


“Pertamanya negara berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti,” kata beliau.


Kata TG Hj Hadi, dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.


“Keduanya negara berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.


“Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua,” kata Hadi sambil menambah, “nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.”


Malah kata beliau, tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri negara berkebajikan.


“Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim dikala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya.


“Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri negara berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional,” kata TG Hj Hadi lagi.


TG Hj Hadi seterusnya berkata begitu juga dengan manipulasi sistem pilihan raya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi kad pengenalan kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihan raya.


“Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS.

“Oleh itu rakyat harus sedar bahawa ‘negara berkebajikan’ yang hendak dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata,” kata beliau lagi dalam satu kenyataan.

Hadi mengetengahkan dasar negara berkebajikan ketika berucap pada muktamar tahunan PAS Jun lalu.

No comments:

Post a Comment