Kerajaan Zambry Kadir ingin membina bangunan baru Dewan Undangan Negeri Perak bernilai RM60 juta.Walhal bangunan sedia ada masih elok dan dibina pun baru pada 2001 |
Menurutnya, tapak berkenaan dikenal pasti sebagai bekas tapak bagi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ianya dipindahkan ke bangunan baharu berhampiran kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Meru Raya.
"Kita difahamkan kos bagi tujuan pembinaan dewan berkenaan melibatkan kos berjumlah RM60 juta, satu jumlah yang terlalu besar. Lagi pun, Dewan Negeri sedia ada pada hari ini masih baharu dibina pada 2001 lalu "Oleh itu, kita akan kemukakan usul ini untuk dipertimbangkan bersama apakah projek berkenaan (pembinaan Dewan Negeri baharu) perlu dilaksanakan," katanya.
Kor Ming yang juga Adun Kepayang berkata, sekiranya dewan berkenaan dibina, PR mahu agar dewan berkenaan dapat berfungsi berdasarkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kredibiliti.
Katanya, proses pembinaan bangunan dewan berkenaan juga perlulah dibuat secara terbuka 'open tender' selain memberi pengiktirafan sebagaimana yang diberi kepada ketua pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang.
"Kita juga mahu semua kakitangan dewan diletakkan di bawah kuasa dewan dan bukannya pihak berkuasa negeri demi menjamin dewan dapat berfungsi secara bebas dan berkecuali," katanya.