Showing posts with label prk. Show all posts
Showing posts with label prk. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Khalid dan Azmin mulakan kempen Timbalan Presiden selepas Prk Kajang.

TS Khalid Ibrahim dan Azmin Ali akan mulakan kempen pemilihan Timbalan Presiden selepas pilihanraya kecil Dun Kajang.Terbaiklah YB TS Khalid Ibrahim dan  Sdr Azmin Ali.Biarkanlah UMNO yang melatah.Biarkanlah UMNO yang bercakaran .Kajang perlu dimenangi.

Friday, February 25, 2011

Terkini:Panduan untuk perarakan penamaan calon N28 Kerdau

PRK N.28 KERDAU: TATA CARA PERARAKAN PENAMAAN CALON

PAKATAN RAKYAT

26 FEBRUARI 2011

05.00 pagi

- Munajat Perdana di Tapak Parkir Belakang Plaza Temerloh.
- Solat Subuh.


07.30 pagi

- Peserta perarakan mula berhimpun di tapak parkir belakang Plaza
Temerloh / belakang Balai Bomba Temerloh.


08.00 pagi

- Perarakan mula bergerak dari tapak berhimpun melalui bandar lama
Temerloh ke Jalan Semantan, melalui hadapan Arked Mara dan berakhir

di kawasan parking di belakang CIMB Bank.


09.00 pagi

Proses penamaan calon bermula di Dewan Tun Razak, Temerloh

12.00 tengahari


Bersurai.


Semua pimpinan dan peserta perarakan penamaan calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Jalan utama bandar Temerloh iaitu Jalan Ahmad Shah akan ditutup seawal jam 6.00 pagi bermula di hadapan Maybank dan selekoh bersebelahan The Store Temerloh.

Peserta yang menyertai munajat perdana disarankan membawa tikar dan sejadah serta siap berwuduk. Pastikan anda tidak membawa alat bunyian dan peralatan yang boleh diklasifikasikan sebagai senjata berbahaya.(sumber)

Sunday, May 16, 2010

TAHNIAH DAP MENANG!

Sah SPR telah mengumumkan DAP menang dengan majoriti 398 undi pada 11.00 malam tadi.

Jelas PR masih mempunyai harapan .Walaupun lebih kurang 20 menteri persekutuan turun berkempen termasuk Najib dan Big Mama,rakyat masih mahu bersama PR.

SMS dari Sibu DAP menang!

Kita mendapat maklumat dari teman-teman keputusan Prk Sibu DAP menang!Satu SMS Fadhil Idris,Setiausaha Kawasan kita menang majoriti tipis.

SMS daripada YB Khalil Idham Lim ,DAP menang majoriti 285 undi.Kita juga diberitahu BN meminta kiraan semula.

Mudah-mudahan jika tidak terdapat unsur tidak telus dalam pengiraan semula.Tetapi jika betul dikhabar dari Sibu Si Muhyidin sudah balik Semenanjung,peluang kita tetap cerah.!

Prk Sibu- Keputusan Pedalaman Kalah

SMS dari petugas kita Fadhil Idris memaklumkan keputusan Saluran 1 dan Saluran 2 di Pusat Mengundi SK TJ Penasu kita kalah.

Untuk Saluran 1. BN 220 Bebas 0 dan DAP 61.Sementara Saluran 2, BN 250 ,Bebas 0 dan DAP 59.

Setakat ini kita dimaklumkan PR masih ketinggalan.

Saturday, May 15, 2010

Prk sibu-Pengundi Naik Helikopter

Orang ramai menaiki bot ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Bekekap, Sibu untuk membuang undi, hari ini. Sebanyak 52,158 pengundi bakal memilih anggota Parlimen yang baru kawasan itu di 45 pusat pengundian dengan 110 saluran, iaitu di 39 sekolah, dua tadika, sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan dan pusat rekreasi awam. - Foto THE STAR Oleh ZULAZHAR SHEBLEE

Fadhil Idris Petugas Paka dari Bukit Gantang yang bertugas di SK Penasu ,Sibu menghantar SMS beliau melihat pengundi naik helikopter.Jadi sudah tentu kemudahan ini disediakan oleh pihak BN.Bagi Fadhil jika naik sampan atau bot tidak hairan itu sudah biasa.Tetapi jika naik helikopter itu timbul tanda tanya.

Pusat mengundi SK Penasu satu daerah mengundi mempunyai rumah panjang,keturunan Iban sebagai pengundi.Jika membaca apa yang diberi oleh Fadhil,pengundi Iban sudah mendapat habuan yang banyak.Ikut SMS Fadhil itu,Iban diumpan dengan duit!

Thursday, May 13, 2010

Prk-Sibu- Ziarah Pusara Rosli Dolby

Sibu-14 Mei

Pada pagi ini YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar bersama pimpinan Bukit Gantang akan bersama Pimpinan Pas Malaysia akan ziarah pusara Allahyarham Rosli Dolby.Allahyarham Rosli Dolby seorang pejuang kemerdekaan Sarawak semasa penjajahan Inggeris.

Rosli Dolby terus berjuang walaupun nyawanya galang ganti untuk mempertahankan Sarawak.Pimpinan Pas dijangka bertahlil untuk Allahyarham Rosli Dolby.

Selepas Jumaat pula YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar dan Setiausaha Bukit Gantang Fadhil Idris bersama calon untuk berkempen.

Wednesday, October 7, 2009

Politik Malaysia dah jadi 'kartun popeye' - Speaker Sivakumar


BAGAN PINANG, 7 Okt - "Jika pemimpin yang dipilih adalah orang yang terlibat dengan rasuah, mana mungkin rakyat akan terbela dan terjaga kebajikannya". Pengundi N.31 Bagan Pinang sekali lagi diingatkan agar memilih calon yang berintegriti dan bersih dari rasuah sebagai pemimpin.

Peringatan yang diberikan Speaker sah DUN Perak, YB V. Sivakumar itu sewaktu beliau menyampaikan ceramah kempen bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Taman Eastern malam tadi.

"Satu undi untuk Mat Isa ( Isa Samad ), bermakna satu undi untuk rasuah," tegasnya disambut oleh sorakan gemuruh oleh hadirin.

"Kita kena takut pada tuhan untuk beri undi kepada orang yang masih dilabel rasuah,

"Kita kena undi orang yang alim, bebas rasuah dan yang utama pemimpin yang memperjuangkan kehendak rakyat," tegasnya menyatakan peri pentingnya para pengundi di Bagan Pinang untuk memberikan undi kepada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar pada 11 Oktober nanti.

Dalam majlis yang sama, V. Sivakumar turut mengambil peluang menjelaskan tindakan zalim Umno-BN yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Beliau menyelar tindakan BN yang menyalahgunakan dan mempersendakan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan dalam melakukan rampasan kuasa Februari lalu.

"Untuk rekod, Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah," jelas beliau.

Menurutnya, apa yang lucu apabila BN menafikan pemakaian Artikel 72 itu, untuk bertindak mencabar keputusan Speaker DUN Perak yang menggunakan kuasanya untuk membuat keputusan terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 ‘Exco’nya di mahkamah.

Namun, apabila Speaker DUN Perak menfailkan injuksi terhadap keputusan mahkamah tersebut, mahkamah telah menolak permohonan tersebut atas dasar Artikel 72 tersebut.

Jelaslah disini, bahawa BN yang sengaja mempermainkan undang-undang negara demi kepentingan peribadi mereka.

Dalam keasyikan penjelasan isu tersebut, suasana gamat seketika apabila salah seorang hadirin menyampuk "Dah jadi macam kartun popeye lah..!"

"Memang betul, politik Malaysia dah jadi macam kartun popeye," sokong Sivakumar.

Ceramah yang diadakan malam tadi dihadiri hampir 1,000 orang yang majoritinya masyarakat India di kawasan sekitar.

Turut sama berucap dalam majlis tersebut, ADUN Gombak, YB Azmin Ali; Ahli Parlimen Machang, YB Saifuddin Nasution dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

team IT Pas.Prk Bagan Pinang

Tuesday, October 6, 2009

Anwar Ibrahim ajak Muhyiddin berforum - Siapakah pengkhianat Melayu sebenar?


BAGAN PINANG, 7 Oktober - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijemput untuk mengadakan forum terbuka bersama Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh kempen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution pihak KeADILan akan menghantar surat jemputan kepada Muhyiddin di pejabatnya, Putrajaya pada jam 2.30 petang esok, 8 Oktober.

"Forum tersebut adalah untuk membincangkan mengenai siapakah pengkhianat Melayu yang sebenarnya," katanya pada sidang Media harian PAS di Markaz Induk PAS, Jalan Pantai, Port Dickson pagi ini.

Tambahnya, surat jemputan tersebut akan dihantar Ketua Angkatan Muda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin kepada Muhyiddin.

Sementara itu, beliau meminta Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar memaklumkan masa dan tempat pihak Umno akan membuat laporan polis tentang akaun Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berjumlah berbilion ringgit berdasarkan afidavit Dato' Morad yang disifatkan sebagai suatu kesalahan.

"Kita minta beliau memaklumkan masa dan tempat kerana kita mahu mengiringi beliau untuk membuat laporan polis berkenaan," ujarnya.

Beliau mengalu-alukan tindakan Khairy yang meminta pihak polis menyiasat mengenai afidavit tersebut tetapi pihaknya juga sudah mempunyai maklumat serta penjelasan mengenai kes tersebut.

Jelasnya, pihaknya juga akan membuat laporan mengenai skandal pembelian saham ECM-Libra yang bernilai jutaan ringgit sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

"Kes afidavit berkenaan melibatkan Dato' Morad yang merupakan pegawai Bank Negara dan bukan penasihat politik kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Tetapi dalam kes Altantuya yang melibatkan Dato' Seri Mohd Najib Razak dan Abdul Razak Baginda mempunyai perkaitan kerana Abdul Razak merupakan penasihat politik kepada Najib, kenapa hal ini tidak disiasat begitu rupa?" tegasnya.

Sementara itu, Pakatan Rakyat menegaskan mereka tidak akan menurunkan sepanduk yang bertulis 'tolak kezaliman BN' kerana BN juga melakukan perkara yang sama iaitu enggan menurunkan sepanduk yang menyatakan bahawa PAS menolak pembangunan.

Ahli Parlimen Rasah merangkap Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook selagi BN tidak menurunkan semua sepanduk yang berunsur fitnah dan tuduhan, Pakatan Rakyat terutamanya DAP dan KeADILan juga akan melakukan tindakan yang sama.

Ditanya mengenai garis panduan bahan-bahan kempen, pihaknya menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberikan sebarang panduan mengenainya.

Beliau juga menempelak dakwaan mengenai kempen Pakatan Rakyat yang dikatakan bersifat provokasi kepada tentera dengan tujuan menghasut tentera untuk membenci kerajaan.

"Tidak timbul isu kesetiaan kepada BN tetapi kita harus setia kepada raja dan sultan kita.

"Kami mengatakan bahawa tindakan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah dianggap menghina raja dan sultan, bukan meminta mereka tidak setia kepada institusi beraja," katanya.

Sunday, October 4, 2009

Bagan Pinang:'Projek terbengkalai' lebih besar daripada isu calon tempatan

BAGAN PINANG, 4 Okt - PAS menjawab tohmahan yang dilemparkan Umno-BN terhadap calon PAS yang merupakan bukan calon tempatan dengan mendedahkan projek-projek yang terbengkalai semasa calon BN, Tan Sri Isa Abdul Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sejak 1984 sehingga 2004.

Pengarah Jentera Operasi PAS Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang, Salahuddin Ayub berkata isu calon PAS bukan anak tempatan adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan isu-isu yang timbul semasa Isa menjadi Menteri Besar dan Adun Linggi.

"Apalah sangat isu anak tempatan jika dibandingkan dengan isu-isu projek terbengkalai semasa Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 20 tahun," katanya pada sidang media harian Pakatan Rakyat di Markaz Induk PAS, Jalan Pantai baru-baru ini.

Tambahnya, Isa juga ditolak menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 lalu kerana didapati bersalah terlibat dengan amalan rasuah.

Salahudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian turut mendedahkan mengenai satu projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan antara Jalan Pasir Panjang ke Linggi iaitu sepanjang 10km yang terbengkalai sejak tahun 1978.

"Apa dia buat selama 20 tahun jadi Menteri Besar sehingga jalan yang sepanjang 10km ini boleh terbengkalai dalam tempoh yang begitu lama?" ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pengundi Bagan Pinang menolak calon BN dan menerima calon PAS pada pilihan raya kali ini.

Sebaliknya, beliau menyatakan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar pernah terlibat dengan projek Nur Incenarator di Broga sebagai bukti penglibatan beliau membantu membela nasib rakyat sebelum menjadi calon,"

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pertemuan susulan yang akan diadakan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pengundian pos yang akan dijalankan pada 8 dan 9 Oktober akan datang.

"Kami akan bertemu dengan Tan Sri Abdul Aziz dan SPR esok(5 Oktober) bagi membincangkan secara lanjut mengenai pengundian pos serta persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Ini bukan untuk kepentingan kami sebaliknya bagi memastikan hak rakyat khususnya para tentera pada masa akan datang," tegasnya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad.

Saturday, October 3, 2009

Misteri undi Pos Bagan Pinang ?

N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos HARAM.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.


Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini. Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.


Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).


Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.


Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.


Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.


Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam.


1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.


Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan besar SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR.

team.it.pas

SPRM korup, paling korup di Malaysia! dakwa Gobalakrishnan.


BAGAN PINANG, 4 Okt -
Dalam ceramah umum yang diadakan malam tadi di Markaz Besar Bagan Pinang, Batu 3, Jalan Pantai, ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berani membuat kenyataan terbuka terhadap SPRM mengenai inkues kes Teoh Beng Hock.

"Antara semua agensi, SPRM ialah agensi kerajaan yang paling korup di Malaysia!" dakwa beliau dengan lantang dalam ceramah yang dihadiri oleh lebih 500 penyokong PAS dan orang awam.


"Saya disepak, diterajang semasa Pilihanraya kecil Permatang Pasir. Lihatlah di laman web youtube bagaimana polis Malaysia memperlakukan sebegitu kejam terhadap seorang ahli Parlimen Malaysia,


"Waran tangkap yang dikeluarkan oleh polis untuk menangkap saya terbukti telah tamat tempoh namun polis masih lagi menahan saya atas alasan menganggu ketenteraman awam," jelasnya.


Menurutnya, beliau lebih suka kenyataan tersebut disiarkan secara langsung oleh media televisyen mahupun dilaporkan oleh akhbar harian kerana tidak takut terhadap tindakan yang bakal diambil terhadapnya.


Dalam ceramah yang sama, calon PAS, Zulkefly Mohammad Omar berkias sejarah kuih bulan sempena pesta tanglung kaum Cina dengan mesej yang sama dibawa oleh Pakatan Rakyat.


"Rakyat di China memberi mesej bantuan untuk membebaskan mereka dari cengkaman zalim kerajaan Mongol sebagaimana kita ingin memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa kita, Pakatan Rakyat membawa mesej membebaskan rakyat dari cengkaman kerajaan BN," jelas beliau meminta pengundi mencontohi sejarah tersebut.


Beliau juga merayu pengundi-pengundi di Bagan Pinang supaya memberi undi mereka kepada PAS yang membawa agenda perubahan kepada rakyat bersama-sama Pakatan Rakyat.

'Tokoh provokasi' di Bagan Pinang Azeez Putra Umno

BAGAN PINANG, 4 Okt - PAS menyifatkan Ketua Putera UMNO, Dato Abdul Azeez Abdul Rahim semalam sebagai mencari publisiti murahan, ujar pengarah pilihanraya PAS Bagan Pinang, Salahuddin Ayub.

Salahuddin dalam sidang media harian PAS di Markaz Induk tadi, insiden yang didakwa Abdul Azeez sebagai dipukul oleh sembilan orang pemuda PAS semasa hari penamaan calon yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson semalam sebagai 'tokoh provokasi'.

Malah, jika berdasarkan foto berwarna yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian itu, Abdul Azeez tidak kelihatan seperti mengalami kecederaan seperti yang didakwanya.


Katanya, pengalaman di pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang lalu, Abdul Azeez juga menggunakan taktik kotor dengan menyamar sebagai ejen di tempat mengundi


Salahuddin mendakwa tindakan Ketua Putera UMNO itu semalam memang mempunyai niat untuk sengaja melalui kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan Pakatan Rakyat sekaligus sengaja menimbulkan provokasi.


Ketika ditanya media tindakan yang bakal diambil PAS atas insiden itu, Salahuddin berkata PAS tidak akan membuat laporan polis terhadap Abdul Azeez atas dakwaan tersebut.


Friday, October 2, 2009

Apa kata Ustaz Misbahul Munir:ZULKEFLY MOHAMAD OMAR BAKAL WAKIL RAKYAT BAGAN PINANG

Saya cukup mengenali beliau sewaktu beberapa penggal sebelum ini bersama saya sebagai EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat, sehinggalah beliu dilantik oleh Presiden PAS sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Sembilan. Saya sering bertandang di kawasannya atas jemputan untuk menyampaikan ceramah politik. Beliau seorang anak muda yang profesional, bekhidmat dengan beberapa badan koporat, meletakkan jawatan kerana memberi tumpuan kepada politik. Beliau juga seorang usahawan gaharu yang berjaya, di sekeliling rumahnya dipenuhi dengan benih pokok gaharu.

Beliau telah beberapa kali bertanding dalam pilihanrayua umum di DUN Lenggeng, walaupun tidak menang, undi yang diperolehi sering meningkat, dalam pilihanraya umum yang lepas, beliau hanya kalah dengan majoriti 1000 lebih sahaja. Dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008, beliau menang di kebanyakan peti undi orang Cina.

Dalam isu insinerator di Broga, beliau adalah juara dalam isu ini, orang-orang Cina dan India cukup menghormati beliau kerana memperjuangkan isu ini. Orang Melayu sahaja yang agak kurang peka dalam isu-isu yang diperjuangkan oleh beliau, sebab itulah di peti undi orang Cina terutamanya di Broga beliu menang besar. Rumahnya sering menjadi tumpuan orang Cina mengadu masalah, kediamannya menjadi pusat khidmat masyarakat.

Hari ini beliau dipilih oleh parti sebagai calon di Bagan Pinang, keupayaannya dan keserlahannya sebagai pemimpin No 1 di Negeri Sembilan serta pengalaman hubungan yang cukup rapat dengan pengundi terutama pengundi bukan Melayu membolehkan beliau merupakan yang terbaik mewakili PAS dan PR sebagai calon di Bagan Pinang.

Insya Allah saya bersama petugas parti dari seluruh Perak akan membantu keras bagi memastikan kemenangan beliau dalam pilihanraya kali ini. Dari maklumat yang diterima, angin perubahan di negeri Sembilan bertiup kencang bagi menumbangkan BN. Bagan Pinang adalah DUN pertama yang akan ditumbangkan oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Insya Allah.

Calon Rakyat lawan Calon BN

BAGAN PINANG, 3 Okt - Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS Zulkefly Mohamad bin Haji Omar dan calon BN, Tan Sri Isa Samad.

Pengumuman itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin jam 11.20 pagi tadi selepas masa bantahan tamat.

Pertandingan tiga penjuru yang dijangkakan sebelum ini bagaimanapun tidak berlaku apabila, hasrat bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shahruddin Abdul Hamid untuk bertanding sebagai calon Bebas terkubur apabila beliau gagal mengemukakan borang yang lengkap.

Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang pagi tadi berlangsung di Dewan Perbandaran Port Dickson. Dewan tersebut juga akan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi Undi 11 Oktober nanti

Bagan Pinang dari Team IT Pas -Satu lawan Satu






11.30 pagi : Calon kedua-dua parti kini sedang mengadakan sidang akhbar. Helikopter PDRM sedang berlegar-legar kembali diruangan udara sekitar penamaan calon dan kawasan berhampirannya.


11.20 pagi : Sah, hanya satu lawan satu di Bagan Pinang. Pegawai Pengurus Pilihan raya kecil itu, Abdul Wahab Shamsuddin sedang mengumumkan Zulkefly Mohamad (Pas) lawan Tan Sri Isa Samad (BN). Laungan takbir bergema dari kumpulan penyokong Pakatan Rakyat.


11.00 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya umum tempoh bantahan calon selama sejam tamat. Semua sedang menunggu pengumuman dari pegawai SPR yang bertugas.
10.40 pagi :
Pihak polis bertindak merampas gendang yang dimainkan sekumpulan kaum India - penyokong Pakatan Rakyat. Polis sedang meminta penjelasn ketua kumpulan gendang tersebut. Tindakan polis itu bagaimanapun dibantah penyokong Pakatan Rakyat yang lain. Sekarang berada di Balai Polis Port Dickson.


10.30 pagi : Kekecohan kecil yang berlaku sejak pagi tadi bagaimanapun diberitakan masih terkawal.


10.20 pagi : Hujan lebat mula turun kembali. Penyokong Pakatan Rakyat lari berlindung di bawah khemah yang disediakan di pusat penamaan calon. Ada yang menggunakan payung dan sesetengahnya menggunakan kain rentang untuk berlindung dari hujan.

10.10 pagi : Satu lagi ketegangan kecil timbul apabila sebilangan penyokong BN melemparkan botol-botol minuman ke arah kumpulan penyokong Pakatan Rakyat. Penyokong Pakatan menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.


10.05 pagi : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang berucap di hadapan penyokong Pakatan Rakyat. Beliau menegaskan matlamat PAS bertanding adalah untuk menang dan bukan setakat mahu mengurangkan majoriti BN di Bagan Pinang.


10.00 pagi : Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi. Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan.


Diluar, semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat sedang berhimpun. Pertama kalinya penyokong Pakatan Rakyat seramai ini.


9.54 pagi : Di sekitar luar dewan berhampiran, lagu tema PAS berkumandang di kawasan penamaan calon. Sementara itu, kelihatan pegawai-pegawai SPR bersalaman dengan pimpinanan PAS.



9.40 pagi : Kekecohan berlu disekitar jalan raya sepanjang jalan menuju ke pusat penamaan calon, 30-50 konvoi bermotor dan 10 buah kereta yang melakukan kekecohan dipercayai didalangi kumpulan BN - membawa bendera BN.


9.38 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Haji Omar bersama calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya Abdul Wahab Samsudin di Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Dewan Perbandaran Port Dickson.


9.35 pagi : Aktivis PKR, Shahruddin Abdul Hamid, yang telah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil ini muncul berbaju putih diserbu wartawan media. Beliau yang bertindak keluar dari PKR itu dikatakan akan menyerahkan borang bertanding baru memasuki dewan.


9.30 pagi : Berlaku sedikit ketegangan di luar pusat penamaan calon berikutan kedua-dua pihak mula timbulkan provokasi. FRU kelihatan bergegas ke bawah bagi mengawal keadaan.


9.00 pagi : Sesi penyerahan borang pencalonan secara rasminya telah dibuka. Ia berlangsung selama sejam dan diikuti sesi bantahan, juga selama sejam. Hanya calon, penyokong, pencadang dan pegawai SPR yang dibenarkan masuk.


8.50 pagi : Calon PAS, telah masuk ke dewan penamaan calon. Proses penamaan calon akan berlangsung sedikit masa lagi. Diluar hujan telah reda, tetapi orang ramai sudah basah lencun.


8.40 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar telah sampai ke Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson diringi Presiden PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat. Semua ahli parlimen Pakatan rakyat dan keseluruhan ketua Dewan Muslimat negeri-negeri kelihatan sama tiba di sana.


8.30 pagi : Bersama calon ketika ini ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, AJK PAS Pusat Ustaz Abu Bakar Chik, Timbalan Presiden PKR, Azmn Ali dan Pimpinan DAP Perak. Manakala calon BN, Tan Sri Isa Samad baru sampai bersama penyokongnya.


Calon bebas, Shaharuddin Abdul Hamid 15 minit memasuki dewan tadi keluar semula. Dimaklumkan pencadangnya - dari Lukut bukan dari Bagan Pinang. Penyokongnya penduduk Bagan Pinang. Beliau ketika ini sedang mencari pencadang dari kalangan penduduk tempatan.


8.30 pagi : Sejumlah 20 ribu penyokong PAS yang berjalan kaki sejauh 5 kilometer sampai di simpang dewan tempat penyokong Pakatan Rakyat berhimpun. Hujan lebat yang tidak


8.20 pagi : Trafik menuju ke Pusat Penamaan calon masih sesak dengan kenderaan. Menurut laporan petugas kesesakan bermula dari persimpangan masuk ke arah bandar Port Dickson dan Teluk Kemang.


8.00 pagi : Perarakan penyokong PAS masih berarak berjalan menuju ke simpang dewan berkenaan. Perjalanan bermula kembali setelah hujan reda sedikit. Pertama kali hujan mewarnai pagi penamaan calon siri pilihanraya kecil ini.


7.35 pagi : Isteri calon, Saeiah bt Tarmizi turut berarak menuju ke tempat penamaan calon diirngi YB Zailah dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah.


7.25 pagi : Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sedang berjalan kaki dari Masjid Qariah Bagan Pinang menuju ke Pusat Penamaan calon.


7.00 pagi : Solat hajat akan diadakan pada jam 7.15 pagi - Masjid Qariah Bagan Pinang, berdekatan Markaz Induk PAS.


Sepanjang jalan menuju ke Jalan Pantai - Pusat Penamaan calon mulai sesak.


Jalan raya utama di kawasan itu, Jalan Pantai akan mula ditutup mulai pukul 7 pagi secara berperingkat-peringkat.


6.30 pagi : Lebih 500 orang petugas dari Unit Amal Negeri-negeri sudah mula bertugas seawal selepas subuh bagi menjaga keselamatan lalulintas.


Pusat penamaan calon akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, KM 1, Jalan Pantai bermula jam 9 pagi.

SMS dari teman ,Bagan Pinang ,kehadiran sehebat PRK Bukit Gantang

Sms dari teman di Port Dickson,kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dijangkakan 20,000.

Bukit Gantang sahaja yang pergi satu bas,berpuluh-puluh kereta dan van pergi secara sukarela.Mereka pergi menggunakan duit poket sendiri.

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar mengetuai ahli PAS Kawasan Bukit Gantang untuk memberi sokongan moral.

Malam ini DS Nizar dijangka berceramah bersama TG Hj Abdul Hadi ,di Markaz Besar ,Batu 3,Jalan Pantai.







gambar sumber wartamaya.blogspot.


Tuesday, September 29, 2009

Bagan Pinang,Calon Rakyat Zulkifli Mohamad lwn Calon Rasuah!


Presiden Pas TG Hj Abdul Hadi sebentar tadi mengumumkan, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Sdr. Zulkifli Mohamad telah dipilih menjadi calon Pas untuk DUN Bagan Pinang.

dsc00818

dsc00815

Kami bersedia untuk bertanding!Calon kita,calon rakyat!

dsc00810

Tuan Guru Hj. Hadi sedang berucap menyatakan Zulkifli merupakan calon terbaik Pakatan Rakyat.

dsc008031

Turut hadir pada malam ini ialah kepimpinan PKR dan DAP. Sdr Lim Kit Siang,Sdr Syed Husein dan YB Azmin Ali.

sumber perakexpress

Monday, September 28, 2009

Team DS Nizar Ketuai Pasukan Perak Di Bagan Pinang.

Pick-up Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,akan menabur tenaga di Bagan Pinang.

Jabatan Pilihanraya Pas Perak memberi kepercayaan kepada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Bukit Gantang Sdr Basher Ahmad untuk mengetuai kontigen Perak di Unit Peti Undi Siliau.

Sdr Basher Ahmad merupakan salah seorang anggota Jentera Pilihanraya PRK Bukit Gantang,baru-baru ini.

Kepakaran dan pengalaman Basher Ahmad yang juga Pegawai Khas DS Nizar dijangka dapat membantu jentera operasi Pilihanraya Pas Bagan Pinang.

Sdr Basher Ahmad ,Pegawai Khas DS Nizar yang mampu berbahasa Tamil.


UPU Siliau mempunyai undi biasa 708 undi dan 1 undi pos.Dengan kedudukan kaum India 541,Cina 102 dan Melayu 66 orang,jumlah keseluruhan 709 pengundi.

Pemilihan Basher Ahmad amat bersesuai dengan lokaliti daerah mengundi kawasan ladang yang majoriti pengundinya orang India.

Sementara itu PAS Kawasan Bukit Gantang akan menghantar pasukan Jentera Pilihanraya bermula 9 Oktober-11 Oktober."Kita kali ini menghantar Ahli Kelab Penyokong Pas,diketuai Sdr Raja"kata YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin."Pasukan Kelab Penyokong berpengalaman untuk menangkis dakyah palsu MIC atau BN"tegas Ustaz Nordin Lagi.

Pusat mengundi di SJK Tamil ,Ladang Siliau.

Tuesday, September 22, 2009

Dulu pun Mahathir burukkan DS Nizar di PRK Bukit Gantang :Biarkan Mahathir kempen UMNO akan kalah.

Mahathir menegaskan Umno harus memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang, lapor agensi berita Bernama.

Kenyataan beliau itu boleh dilihat sebagai menolak pencalonan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, kenyataan kali kedua selepas kenyataannya menggesa Isa tidak dicalonkan di Bagan Pinang.

"Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu sama ada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya," Mahathir dilapor berkata.

Mengulas kenyataan Mahathir itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap Umno berjaya mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah.' Mungkin hari ini Umno bukan lagi parti perasuah dan sebab itulah bekas perdana menteri menekankan supaya Umno tampil dengan calon bebas politik wang dalam pilihan raya Bagan Pinang.

"Mungkin juga Umno Bahagian Teluk Kemang (yang meliputi kawasan Dun Bagan Pinang) tidak pernah mengamalkan politik wang dan tokoh-tokoh Umno di bahagian itu bebas politik wang semuanya," kata Salahuddin yang juga pengarah Jentera Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut.