Showing posts with label ustaz nordin jaafar. Show all posts
Showing posts with label ustaz nordin jaafar. Show all posts

Monday, May 27, 2013

YDP Bukit Gantang ,tiada masalah jika ditegur.

Ustaz Mohd Nordin Jaafar,YDP Pas Bukit Gantang.Beliau memimpin PAS Kawasan Bukit Gantang  memenangi dua pilihanraya umum ,tahun 2008 dan 2013..Beliau juga antara tokoh penting PRk 2009 yang membantu DS Nizar memenangi pilihanraya pada  tahun2009. Beliau seharusnya terus diberi peluang menjadi YDP Pas Bukit Gantang untuk  sesi 2013-215.

Sunday, January 10, 2010

Unit Amal kita bersedia menabur bakti untuk mengawal rumah ibadah masyarakat Malaysia.

Two cases of attempted arson were reported in Taiping involving a church and a school. And black paint was splashed on the outer wall of a Malacca church. Two cases of attempted arson were reported in Taiping involving a church and a school. And black paint was splashed on the outer wall of a Malacca church. Gambar The Star Online.

Ustaz Nordin Jaafar sedang melawat Gereja All Saint yang di baling "bom api".Beliau melahir perasaan kesal dalam pemerintahan BN selama 52 tahun merdeka masalah perkauman masih menebal. Contohnya beliau menyatakan PLKN bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat tetapi peristiwa seperti masih barlaku.

"Jika pihak berwajib kekurangan anggota kita bersedia untuk membantu polis mengawal keadaan "kata Ustaz Nordin Jaafar."Unit Amal kita bersedia untuk bertugas membantu polis"

"Mereka yang merosakkan perpaduan kaum, yang menghasut dan yang menjadi dalang mengebom ini perlu dibicarakan"kata Ustaz Noordin Jaafar.

Sunday, September 6, 2009

Pas Bukit Gantang Sudah Tradisi Menolong Rakyat Bukan Kerana DS Nizar

Ustaz Nordin Jaafar menyampaikan Duit Raya kepada anak yatim,dalam program iftar bersama anak-anak yatim.


Bukit Gantang-Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar menyatakan setiap tahun Pas Kawasan mengeluarkan peruntukan untuk membantu masyarakat bagi tujuan kebajikan dan pendidikan.

"Kita bantu golongan yang memerlukan seperti anak yatim,fakir miskin ,warga emas,ibu tunggal dan OKU."ujarnya kepada penulis.

"Kita setiap tahun dibantu oleh para dermawan daripada kalangan ahli dan penyokong Pas"kata Ustaz Nordin lagi.

Menurut,Ustaz Nordin kita juga membantu golongan bukan Melayu melalui Kelab Penyokong Pas.Disamping itu beliau menyatakan sempena bulan ramadhan ini,seramai 500 orang fakir miskin akan dibantu,mengikut DUN masing-masing.

Beliau berharap para dermawan berlumba-lumba di bulan Ramadhan ini berlumba-lumba melakukan kebajikan untuk membantu Pas Kawasan Bukit Gantang.

"Sungguhpun kita tidak memegang kerajaan lagi,kita tetap meneruskan aktiviti membantu masyarakat yang memerlukan pembelaan"ujar Ustaz Nordin.

"Kita tolong rakyat,bukan kerana kita ada DS Nizar,bukan kerana beliau Ahli Parlimen Bukit Gantang"tegas Ustaz Nordin.

"Kita tidak beri sumbangan kerana pilihanraya,kita beri sumbangan sejak Pas ditubuhkan di Bukit Gantang lagi."ujarnya.

"Jikalau DS Nizar,tidak jadi Ahli Parlimen Bukit Gantang pun,kita telah bantu rakyat."tambah Ustaz Nordin.

Sehubungan dengan itu,beliau menyatakan sudah menjadi tanggungjawab sosial kita membantu masyarakat.