Sunday, September 6, 2009

Pas Bukit Gantang Sudah Tradisi Menolong Rakyat Bukan Kerana DS Nizar

Ustaz Nordin Jaafar menyampaikan Duit Raya kepada anak yatim,dalam program iftar bersama anak-anak yatim.


Bukit Gantang-Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar menyatakan setiap tahun Pas Kawasan mengeluarkan peruntukan untuk membantu masyarakat bagi tujuan kebajikan dan pendidikan.

"Kita bantu golongan yang memerlukan seperti anak yatim,fakir miskin ,warga emas,ibu tunggal dan OKU."ujarnya kepada penulis.

"Kita setiap tahun dibantu oleh para dermawan daripada kalangan ahli dan penyokong Pas"kata Ustaz Nordin lagi.

Menurut,Ustaz Nordin kita juga membantu golongan bukan Melayu melalui Kelab Penyokong Pas.Disamping itu beliau menyatakan sempena bulan ramadhan ini,seramai 500 orang fakir miskin akan dibantu,mengikut DUN masing-masing.

Beliau berharap para dermawan berlumba-lumba di bulan Ramadhan ini berlumba-lumba melakukan kebajikan untuk membantu Pas Kawasan Bukit Gantang.

"Sungguhpun kita tidak memegang kerajaan lagi,kita tetap meneruskan aktiviti membantu masyarakat yang memerlukan pembelaan"ujar Ustaz Nordin.

"Kita tolong rakyat,bukan kerana kita ada DS Nizar,bukan kerana beliau Ahli Parlimen Bukit Gantang"tegas Ustaz Nordin.

"Kita tidak beri sumbangan kerana pilihanraya,kita beri sumbangan sejak Pas ditubuhkan di Bukit Gantang lagi."ujarnya.

"Jikalau DS Nizar,tidak jadi Ahli Parlimen Bukit Gantang pun,kita telah bantu rakyat."tambah Ustaz Nordin.

Sehubungan dengan itu,beliau menyatakan sudah menjadi tanggungjawab sosial kita membantu masyarakat.

No comments:

Post a Comment