Tuesday, June 16, 2009

Jadual MB Rakyat- Hj Nizar-19 Jun

YB Hj Nizar melawat mangsa banjir kilat pada musim kempen PRK 059.Beliau tidak mengenal parti politik untuk mendengar masalah rakyat.

Minggu ini DS Hj Nizar akan bertemu rakyat di Parlimen Bukit Gantang.Minggu ini tumpuan dalam DUN Kuala Sapetang.

12 tgh - Tazkirah/Solat Jumaat .Masjid Tengku Menteri,Matang Road
3.30ptg - Dialog rakyat,Dewan Orang Ramai,Kg Jebong ,Matang
6.00ptg - Bertemu pimpinan Kawasan dan Dewan Pemuda serta Dewan Muslimat,Markaz Negeri Air Kuning,.Taiping
7.30mlm - Tazkirah Maghrib Surau Taman Mewah,Kamunting
9.30mlm - Ceramah Bubarkan DUN Perak,Markaz Tarbiyyah Kawasan Bukit Cempedak

Monday, June 15, 2009

Mungkinkah Begini Kabinet Pas Perak

Sekalung tahniah Pesuruhjaya Pas Perak ,Ustaz Abu Bakar Husien yang mula mengemudi Pas Perak.Ustaz Abu Bakar Husein,pesara kerajaan,bekas guru dan pensyarah.Beliau bertanding di Dun Pengkalan Baru ,kalah majoriti 14 undi.Walaupun ada segelintir yang tidak suka,kerana hubungan lampau dan hubungan peribadi,bagi kita kita kena hormat dan akur dengan keputusan TG Dato' Abdul Hadi.Mereka ini sekarang mengkritik TGHA,berkaitan gagasan TGHA.
Bagi penulis, UstazAbu Bakar ,mungkin melantik Ustaz Misbahul Munir sebagai Setiausaha,Hj Rahim Mat Arif sebagai Bendahari.Sementara itu YB Ustaz Khalil Idham Lim Adun Titi Serong,Ketua Penerangan.
Untuk Timbalan Pesuruhjaya 1,Dato Seri Nizar,Timbalan 2 ,Tuan Asmuni Awi dan Timbalan 3,Dr Khairudin.
Berilah peluang Ustaz Abu Bakar membuktikan keupayaan beliau.Pemimpin pergi dan datang,namun begitu sekalung penghargaan kepada Ustaz Ahmad Awang yang cemerlang semasa berkhidmat sebagai Pesuruh Jaya Pas Perak. Ustaz Ahmad Awang menjadi catatan sejarah Pas memimpin Negeri Perak.

SUKANEKA BOLA SEPAK DAN BOLA JARING MERIAH

Pemain jersi nombor 7 Abdul Rahman bersama rakan pasukan.Abdul Rahman anak penulis.Pelajar Pasti Kg Boyan,Taiping
Pegawai Khas ADUN Pasir Panjang,Encik Hamidon Hamid menutup sukan bola sepak dan bola jaring Pasti Perak di gelanggang futsal Manjong.ADUN Pasir Panjang Dato Sri Hj Nizar Jamaludin.

Syabas Pasti Lumut berjersi oren Johan Bolasepak 4 tahun bertutut-turut.Berbaju merah Encik Jefri jurulatih Pasti Taiping.


Pasukan PASTI kawasan Taiping bergambar sebelum pertandingan akhir menentang Pasti Kawasan Lumut. Pasti Taiping sekadar naib johan,kalah 4-0 kepada Lumut


NIZAR PERTAHAN PRINSIP

YB Hj Nizar memakai lilit kepala BUBARKAN DUN PERAK, selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang PAS yang kedua selepas Almarhum Hj Roslan Shaharum.Menjadi sejarah kehadiran Ahli Parlimen baru tidak disebut,agenda mengalu-alukan kehadiran YB Hj Nizar telah tidak disebut oleh YB Tuan Speeker,Pandikar Amin.Hj Nizar bersama 6 yang lain tidak dibenar memasuki Dewan Rakyat selama dua hari,termasuk YB Dato Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena. Mereka hanya memakai kain lilitan Bubarkan Dun.

Friday, June 12, 2009

DARI SISI GELANGGANG-STADIUM MELAWATI

YB Dato Presiden Hj Abdul Hadi Awang sedang menyampaikan ucapan dasar PRESIDEN.
1.
Mendengar Ucapan YB Cikgu Wan Rahim ,perwakilan Negeri Kelantan amat menarik.Pertama jangan bekerjasama dengan UMNO dalam membentuk kerajaan.Kelantan banyak pengalaman dengan UMNO.Kedua bagaimana TOK GURU tidak mengambil elaun sewa rumah RM3000.00 sebulan selama 19 tahun,jikalau dikira berjumlah RM684,000.00.Ketiga datanglah ke Manek Urai untuk bertugas ,datang tanpa perlu bawa kos sewa rumah dan makan.Semuanya Kelantan tanggung.
2.Memang benar apa yang dinyatakan YAB TOK GURU,perwakilan tidak menyentuh sangat ucapan Presiden . Contoh usul PPSMI ,wakil DPP Ustaz Zulkifli Ahmad,langsung tidak membahaskan kesan buruk/kesan negatif dan langkah ke arah memansuhkan PPSMI.
3.Musuh dalam selimut.Itu yang saya nak tahu,tetapi tiada jawapan.Ustaz Ahmad Awang tak mahu sebut nama mereka.Beliau menyatakan terdapat pemimpin yang menelefon supaya tidak membentuk kerajaan bersama DAP dan PKR.Agaknya kerajaan perpaduan ?
3.Pasukan kempen YB Dato Husam perlu berhemah dan teliti serta cermat untuk memikat perwakilan,jangan bukan perwakilan pun kempen sama.YB Husam perlu pandai bersahabat,jangan memilih mereka prestasi di Negeri pun tak memuaskan sebagai rakan kempen.
4.Tak mendengar pun YB Presiden dan YB Timbalan Presiden sebut kerajaan perpaduan.Mungkin sebagai perwakilan saya terlena. Namun begitu pimpinan cermatlah sewaktu diwawancara oleh wartawan.Jangan suka sangat hendak di "interview".

Thursday, June 11, 2009

Mustafa Ali setiausaha agung baru PAS Jun 11, 09 1:58pm

Datuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai setiausaha agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.

Manakala bekas dua naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - yang tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden - dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Husam dan Mohamad dilantik sebagai AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.

Manakala bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Idris Ahmad dilantik sebagai ketua penerangan.

Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa pusat di ibu negara hari ini.

mustafa aliMustapa menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang jawatan AJK dalam pemilihan di muktamar parti itu minggu lepas.

Pelantikan Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu, sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea-idea yang dibawa oleh Abdul Hadi, termasuk kerajaan perpaduan.

Beliau juga pengerusi akhbar rasmi PAS Harakah dan juga memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS sebelum rombakan yang diumumkan hari ini.

Bagi jawatan pengarah pilihanraya dan pesuruhjaya Terengganu, kekosongan yang ditinggalkan Mustafa diganti masing-masing oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Datuk Harun Taib.

Abdul Halim, bekas timbalan menteri besar Kelantan itu, kini ahli parlimen Pengkalan Chepa. Manakala Harun yang kini ketua Dewan Ulama diberikan memimpin Terengganu sekali lagi.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat AJK itu, Abdul Hadi berkata mesyuarat tidak menyentuh langsung mengenai isu kerajaan perpaduan.

Ditanya mengenai perjumpaan sulit Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan beberapa pemimpin pemimpin yang menolak kerajaan perpaduan, Abdul Hadi berkata beliau "tidak tahu".

Beliau juga menyentuh tentang pertemuannya dengan menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew semalam.

Abdul Hadi berkata, pertemuan tersebut atas undangan Lee yang ingin tahu dasar luar PAS, termasuk terhadap republik itu.

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

Senarai pesuruhjaya PAS negeri

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)
Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
Datuk Harun Taib (Terengganu) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)



dipetik melalui Malaysiakini.Bahasa Malaysia

Sekitar Lawatan Hj Nizar ke Hospital Taiping Melihat Mangsa Terlibat Pergaduhan


9 JUN 2009- YB Hj Nizar sedang bertanya khabar kepada ibu yang anaknya berada di bilik bedah.Turut Kelihatan YDP Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar
Mangsa seorang berbangsa India sedang diziarahi YB Hj Nizar,yang mempunyai program Bubarkan Dun di Taiping.Peristiwa perselisihan faham itu menyebabkan Ceramah Bubarkan DUN dibatal permit oleh polis.
Hj Nizar bersalam dengan seorang pemuda yang berada semasa perselihan faham di Cyber Cafe,Kamunting