Friday, June 12, 2009

DARI SISI GELANGGANG-STADIUM MELAWATI

YB Dato Presiden Hj Abdul Hadi Awang sedang menyampaikan ucapan dasar PRESIDEN.
1.
Mendengar Ucapan YB Cikgu Wan Rahim ,perwakilan Negeri Kelantan amat menarik.Pertama jangan bekerjasama dengan UMNO dalam membentuk kerajaan.Kelantan banyak pengalaman dengan UMNO.Kedua bagaimana TOK GURU tidak mengambil elaun sewa rumah RM3000.00 sebulan selama 19 tahun,jikalau dikira berjumlah RM684,000.00.Ketiga datanglah ke Manek Urai untuk bertugas ,datang tanpa perlu bawa kos sewa rumah dan makan.Semuanya Kelantan tanggung.
2.Memang benar apa yang dinyatakan YAB TOK GURU,perwakilan tidak menyentuh sangat ucapan Presiden . Contoh usul PPSMI ,wakil DPP Ustaz Zulkifli Ahmad,langsung tidak membahaskan kesan buruk/kesan negatif dan langkah ke arah memansuhkan PPSMI.
3.Musuh dalam selimut.Itu yang saya nak tahu,tetapi tiada jawapan.Ustaz Ahmad Awang tak mahu sebut nama mereka.Beliau menyatakan terdapat pemimpin yang menelefon supaya tidak membentuk kerajaan bersama DAP dan PKR.Agaknya kerajaan perpaduan ?
3.Pasukan kempen YB Dato Husam perlu berhemah dan teliti serta cermat untuk memikat perwakilan,jangan bukan perwakilan pun kempen sama.YB Husam perlu pandai bersahabat,jangan memilih mereka prestasi di Negeri pun tak memuaskan sebagai rakan kempen.
4.Tak mendengar pun YB Presiden dan YB Timbalan Presiden sebut kerajaan perpaduan.Mungkin sebagai perwakilan saya terlena. Namun begitu pimpinan cermatlah sewaktu diwawancara oleh wartawan.Jangan suka sangat hendak di "interview".

No comments:

Post a Comment