Monday, June 15, 2009

Mungkinkah Begini Kabinet Pas Perak

Sekalung tahniah Pesuruhjaya Pas Perak ,Ustaz Abu Bakar Husien yang mula mengemudi Pas Perak.Ustaz Abu Bakar Husein,pesara kerajaan,bekas guru dan pensyarah.Beliau bertanding di Dun Pengkalan Baru ,kalah majoriti 14 undi.Walaupun ada segelintir yang tidak suka,kerana hubungan lampau dan hubungan peribadi,bagi kita kita kena hormat dan akur dengan keputusan TG Dato' Abdul Hadi.Mereka ini sekarang mengkritik TGHA,berkaitan gagasan TGHA.
Bagi penulis, UstazAbu Bakar ,mungkin melantik Ustaz Misbahul Munir sebagai Setiausaha,Hj Rahim Mat Arif sebagai Bendahari.Sementara itu YB Ustaz Khalil Idham Lim Adun Titi Serong,Ketua Penerangan.
Untuk Timbalan Pesuruhjaya 1,Dato Seri Nizar,Timbalan 2 ,Tuan Asmuni Awi dan Timbalan 3,Dr Khairudin.
Berilah peluang Ustaz Abu Bakar membuktikan keupayaan beliau.Pemimpin pergi dan datang,namun begitu sekalung penghargaan kepada Ustaz Ahmad Awang yang cemerlang semasa berkhidmat sebagai Pesuruh Jaya Pas Perak. Ustaz Ahmad Awang menjadi catatan sejarah Pas memimpin Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment