Thursday, July 16, 2009

Tambang pengangkutan awam seluruh negara naik 1 Ogos


KUALA LUMPUR: Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Kenaikan tambang bagi semua jenis bas dan teksi ialah antara dua sen dan RM10.

Bagi bas sekolah pula, kadarnya naik antara dua sen dan maksimum RM31.70.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan perkara itu di sini hari ini berkata Kabinet telah bersetuju dengan kenaikan kadar tambang baru itu dalam mesyuaratnya pada 17 Jun lalu.

Menurutnya tambang bas ekspres naik dua sen setiap km kepada 8.5 sen daripada 6.5 sen setiap km sebelum ini.

Sebagai tambahan, tambang bas ekspres bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, potongan harga sebanyak 25 peratus diberikan kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan itu.

Bas berhenti-henti untuk Kuala Lumpur Zon 1 naik 25 sen kepada antara RM1 dan RM1.10, 40 hingga 45 sen kepada antara RM1.70 dan RM1.90 bagi Zon 2, 50 hingga 60 sen kepada antara RM2.20 dan RM2.50 bagi ZOn 3. Bagi Zon 4, kadarnya naik antara 60 dan 70 sen kepada RM2.70 hingga RM3.10.

Bagi kawasan di luar Kuala Lumpur, kenaikannya ialah 14 sen kepada 62 sen bagi dua km pertama bagi bas tanpa hawa dingin dan 22 sen kepada 94 sen bagi dua km pertama untuk bas berhawa dingin. Kadar kenaikan bagi setiap km berikutnya bagi kedua-dua kategori ialah 2.2 sen.

Sebagai tambahan, OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan bas berhentihenti itu diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.

Bagi bas mini pula, kenaikan ialah 20 sen, menjadikannya 90 sen satu arah perjalanan bagi bas tanpa hawa dingin dan RM1 satu arah perjalanan bagi bas berhawa dingin, sementara kadar tambang bas pengantara akan dinaikkan 10 sen menjadikannya 60 sen bagi setiap pusingan perjalanan.

Tambang bagi teksi bagi kawasan Lembah Klang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Melaka akan naik RM1 kepada RM3 untuk satu km pertama. Caj bagi 115 meter berikutnya ialah 10 sen.

Tambang teksi yang beroperasi di Pulau Pinang juga naik RM1 kepada RM4 mulai 1 Ogos dan setiap 115 meter berikutnya akan dicaj 10sen.

Caj bagi lebih daripada dua orang penumpang dan caj meletak barangan di dalam but juga dimansuhkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Caj bagi teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kos Rendah (LCCT) akan dinaikkan sebanyak RM3.20 manakala caj ke lapangan terbang lain dinaikkan antara RM1.50 dan RM2.80.

Kadar tambang baru bagi kereta sewa ialah 10.1sen menjadikannya 21.6 sen setiap km (tidak berhawa dingin) dan kenaikan 11.7 sen kepada 25 sen bagi setiap km (berhawa dingin).

Perkhidmatan bas sekolah di bandar juga akan menyaksikan kenaikan bulanan RM6.33 menjadikannya RM27.43 bagi km pertama dan RM2.02 setiap km berikutnya. Kadar hariannya pula ialah 62 sen untuk satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.

Bagi kadar bas sekolah di luar bandar, ia naik RM4.76 kepada RM20.61 untuk satu km pertama dan RM2.02 untuk setiap km berikutnya bagi kadar bulanan, manakala kadar harian baru ialah 47 sen bagi satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.

Di Sarawak, kadar bas ekspres naik dua sen kepada 13 sen setiap km, manakala bagi bas berhenti-henti, kadar barunya ialah masingmasing 85 sen (tanpa hawa dingin) dan RM1.04 (berhawa dingin) bagi tiga km pertama dan 16.2 sen dan 18 sen untuk km berikutnya bagi keduadua kategori.

Tambang bas sekolah di negeri ini (Sarawak) akan dinaikkan dua sen, menjadikannya 11 sen setiap km bagi yang tidak berhawa dingin dan 12 sen setiap km bagi yang berhawa dingin.

Sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik kepada 34.2 sen (tanpa hawa dingin) dan 40 sen (berhawa dingin) untuk km pertama dan masingmasing 17.1 sen dan 19.4 sen bagi km berikutnya.

Tambang bagi teksi di Sarawak juga telah dikemaskini, iaitu dengan kadar baru pada RM3 untuk satu km pertama, dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya, manakala kenaikan perkhidmatan teksi ke lapangan terbang dengan menggunakan kupon ialah sebanyak RM2.

Bagi Sabah, kenaikan untuk bas ekspres naik tiga sen kepada 13 sen untuk setiap km. Kadar baru bagi bas berhenti-henti tanpa hawa dingin ialah 65 sen untuk dua km pertama dan 9.4 sen bagi setiap km berikutnya, manakala bagi kategori berhawa dingin, ia naik 18 sen kepada 78 sen untuk dua km pertama dan setiap km berikutnya akan dicaj 10.4 sen.

Perkhidmatan bas mini di negeri itu juga menyaksikan kenaikan masing-masing dua dan tiga sen menjadikannya 18 sen setiap km untuk bas tanpa hawa dingin dan 20 sen setiap km untuk bas berhawa dingin.Bas pengantara juga akan dicaj sebanyak RM1.

Sementara itu, tambang bagi bas sekolah di negeri itu yang menawarkan perkhidmatan kurang dari lima km akan dinaikkan sebanyak RM7.90 menjadikannya RM34.30 dan bagi jarak yang melebihi 60km, kadar kenaikannya ialah sebanyak RM31.70 kepada RM137.30 daripada RM105.60 sebelum ini.

Kadar teksi juga akan dinaikkan kepada RM10 untuk tiga km pertama dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya.

Teksi yang menawarkan perkhidmatan ke lapangan terbang (menggunakan kupon)juga naik RM10 kepada RM35, sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik 2.5 sen kepada 20.5 sen untuk setiap km bagi kereta tanpa hawa dingin dan 2.8 sen kepada 22.8 sen setiap km bagi kereta yang berhawa dingin.BERNAMA


Manek Urai Bukan Macam Bukit Gantang

Menang 65 undi,sedangkan kita ada tenaga.Tenaga rakyat tidak digunakan.Petugas Perak hanya 15 orang. Kawasan lain diingatkan jangan turun untuk membantu.Kita di Pas Bukit Gantang bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tidak boleh pergi untuk bertugas.Kelantan lain Perak lain. Lalu terfikir perkauman juga Pas Kelantan.
Slogan Pas For All sekadar sesuai untuk negeri lain.Kelantan cukup calon Parlimen sahaja,petugas boleh sekadar melancong.Pengalaman mengikuti beberapa siri Pilihanraya Kecil seperti Pulai Chondong dan Pengkalan Pasir memang menggambarkan apa yang berlaku di Manek Urai.
Isu Ustaz Nasharudin Mat Isa,tidak ditangani sebijak mungkin.Kenyataan Pengarah JPN Kelatan Ustaz Abdul Fatah kita menang 2000,memakan tuan.Sepatutnya kita kerah pengundi kita dan pengundi muda untuk terus mengundi Pas.Undi atas pagar terpinga-pinga ,perlukah kami mengundi Pas lagi.
Jadi,selepas ini petugas luar perlu bertugas di Kelantan untuk merayu undi dan kempen.Bukankah kita Pas For All.Jentera kita ada,4 negeri kenapa undi merosot.Fikir-fikirkan lah siapa kita?

Wednesday, July 15, 2009

Maaf Buat Semua

Maaf gangguan dengan "layout", baru dapat ilmu .Jadi mula buat "ujian".Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu bina blog sisi bukit.Dahulu menulis di parlimen059.blogspot.com. Kini membantu diri untuk cuba menulis di blog sisi bukit.Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi maklumat.

Tuesday, July 14, 2009

Ringkas-

1. Dewan Pemuda Pas Perak telah diterima mengadap oleh DYTM Raja Muda,Raja Nazrin Shah.Menurut Setiuasaha DPP Perak,YM Dr Raja IskadarAl-Hiss."Kami dalam perjalanan mengadap Raja Nazrin" menurut beliau dalam perbualan telefon sebentar tadi. Tahniah Pemuda Negeri bergerak maju untuk membela rakyat.

2. Pengarah JPK Pas Kawasan Bukit Gantang,Sdr Khairul Ismail,menyarankan webmaster blog Parlimen Bukit Gantang ,jangan berpolitik sangat.Banyakkan aktiviti masyarakat dalam blog ,sebagai melambangkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen.Beliau menyatakan demikian dalam mesyuarat Sekretariat Parlimen.

3.Heboh lagi satu Taiping ,seorang guru besar ahli UMNO ditangkap khalwat bersama guru,dalam sekolah yang sama.Guru Besar itu kini bertukar ke sekolah lain. "Kita tahu guru besar inilah halang YB Hj Roslan untuk merasmikan satu program kebajikan"dakwa seorang guru,yang namanya tidak mahu disiarkan.

4.Seorang rakan yang telah pergi ke MU menyatakan,penyokong MU akan memberi sokongan kepada pasukan PFA.Dengan syarat semua penyokong luar negeri balik ke MU.

5.Pesta Durian Bukit Gantang berlangsung pada 25/26 Julai di Padang Bukit Gantang.Pesta anjuran Pusat Pelancongan Perak.Harapan ,biarlah durian cukup,dan Bukit Gantang punya durian."Agak-agak tahun dulu punya bayaran kepada pekebun durian sudah dijelaskan,"kata orang kampung.

PAS Menang- Tapi perlu buat bedahsiasat!

Muktamad Pas Hanya Menang 65 Undi

[kemaskini 9: 15 malam] Baru sekejap tadi Pengurus pilihan raya kecil DUN Manik Urai mengumumkan Mohd Fauzi Abdullah calon Pas sah memenangi pilihan raya berkenaan. Fauzi mendapat 5,348 manakala calon BN, Tuan Azmi Tun Mat mendapat 5,282 undi.

Majoriti ialah 65 undi.

Sebanyak 115 kertas undi yang ditolak. Manakala peratus keluar mengundi ialah 87% kira-kira 10,746.

Keputusan ini menunjukkan undi Pas merosot sebanyak 398 undi manakala undi BN meningkat sebanyak 889 undi.

Pas Hanya Menang 65 Undi

Monday, July 13, 2009

Mansuhkan ISA-akta ZALIM-Musnahkan Kehidupan Keluarga

1 Ogos,perhimpunan mansuhkan ISA akan diadakan di Kuala Lumpur.Kita disaran ambil cuti untuk menyertai GMI- 1 Malaysia satu hati mansuhkan ISA.Jangan biarkan anak cucu kita dipisahkan ISA.Akta zalim ketinggalan zaman

Sunday, July 12, 2009

PPSMI-kenyataan Ustaz Idris Haji Ahmad

PPSMI sepatutnya dimansuhkan lebih awal, Kekurangan Guru BI Masalah Sebenar
Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyambut baik keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Namun menjadi persoalan, kenapa tahun 2012 baru PPSMI dimansuhkan sedangkan semasa perlaksanaannya dulu Kerajaan mengambil masa kurang dari enam bulan untuk melaksanakannya. Keputusan Kabinet dibuat pada Julai 2002 dan PPSMI dilaksanakan pada Januari 2003.
Adalah tidak masuk akal Kerajaan mampu mengubah sistem Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu yang diamalkan sejak 50 tahun lalu kepada PPSMI dalam tempoh Lima bulan tetapi tidak mampu membetulkan keadaan itu dengan segera walhal Dasar PPSMI baru Enam tahun dilaksanakan.
Sewajarnya Kementerian tidak perlu mengambil masa dua tahun untuk mengubah dasar itu, cukup 5 bulan sahaja untuk dasar itu diubah secara berperingkat mulai awal tahun 2010.
Jimat Kos 40 juta setahun?
PAS bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi bahawa dengan pemansuhan PPSMI Kerajaan dapat menjimatkan kos perbelanjaan sebanyak RM 40 juta setahun. PAS sudah lama menyatakan hal ini namun Menteri-menteri sebelum ini menutup mata dan telinga mereka.
Dari tahun 2003 hingga 2009 Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 280 Juta bagi program PPSMI. Hasilnya kedudukan kualiti pendidikan negara menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains.
Apabila pemansuhan dibuat pada tahun 2012 bermakna Kerajaan akan membazirkan sebanyak RM 80 juta lagi bagi menampung kos program berkenaan.
Jumlah keseluruhan RM 360 juta bagi tempoh 10 tahun program yang gagal ini sebenarnya boleh digunakan bagi mendirikan 12 buah Sekolah Menengah baru yang bernilai RM 30 juta atau 18 buah Sekolah Rendah baru bernilai RM 20 juta sebuah.
Kekurangan 13 Ribu Guru Bahasa Inggeris Adalah Masalah sebenar
PAS sesekali tidak menolak jika Kerajaan ingin menaiktarafkan mutu pembelajaran Bahasa Inggeris disemua sekolah. PAS sedar bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang amat penting untuk kemajuan generasi masa hadapan.
Justeru itu cadangan untuk menambahkan 13 ribu guru tambahan bagi mengajar Subjek Bahasa Inggeris adalah satu tidakkan yang positif. PAS melihat pendedahan Kementerian bahawa negara kekurangan 13 ribu guru bagi mengajar Subjek itu sebagai satu pendedahan berani dan itulah masalah sebenar sistem pendidikan kita.
Pelajar tidak bersalah jika mereka tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris kerana tiada guru yang mengajar. Malah tidak sesuai jika guru yang mengajar Subjek Matematik dan Sains dipaksa mengajar subjek mereka dalam Bahasa Inggeris demi memenuhi kekurangan itu dan akhirnya tiga subjek ini gagal dikuasai oleh para pelajar dengan baik.
Jika kerajaan berhasrat mengambil tenaga guru dari luar negara PAS menyarankan agar keutamaan diberikan kepada negara anggota ASEAN seperti Filifina, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia memandangkan kosnya lebih murah berbanding mengimport guru dari Kesatuan Eropah.
Guru-guru pakar dari luar negara ini sewajarnya dihantar ke kawasan luar bandar untuk memberikan pendedahan terus kepada pelajar-pelajar disana yang ternyata mengalami masalah kekurangan guru yang boleh mengajar mereka.
PAS berharap agar Kerajaan melalui Kementerian mengambil kegagalan ini sebagai satu peringatan penting dan tidak menjadikan anak-anak kita sebagai bahan ujikaji demi untuk memuaskan hati sesetengah pihak yang tidak melihat kepada keperluan sebenar rakyat.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat