sumber Cina Islam
Monday, March 29, 2010
Sidang DUN Perak-Apa cerita!
sumber Cina Islam
Bangkitkan Semangat PRK Bukit Gantang di PRK Hulu Selangor
Hari ini 29 Mac genab setahun penamaan calon PRK Bukit Gantang bertempat di Dewan MPT Taiping.PR meletakkan DS Nizar Jamaluddin sebagai calon dan BN mencalonkan Ismail Sapian.Semangat rakyat yang menolak BN yang zalim dan tidak menghormati keputusan rakyat perlu dihukum dalam PRK Hulu Selangor.
Selamat berjuang PR,semoga rakyat beroleh kejayaan dan tidak dimatikan hak demokrasi mereka.!
Sunday, March 28, 2010
Sidang 30 Mac-Antara Soalan Yang Ditolak Kerajaan Zambry!
SOALAN-SOALAN LISAN
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA
DEWAN NEGERI PERAK YANG KEDUA BELAS
PERAK DARUL RIDZUAN MULAI 30 MAC 2010
DARIPADA : YB TITI SERONG (YB Drs Khalil Idham Lim)
1. Dalam sidang 7 Mei yang lalu, berlaku perlantikan Yang Dipertua yang baru Dewan Undangan Negeri Perak di mana Ganesan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan yang baru bagi mengantikan YB Sivakumar.
a) Di bawah peraturan manakah yang digunakan oleh ahli-ahli dewan BN melantik speaker baru sedangkan YB Sivakumar masih menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak yang sah sedangkan usul memilih Yang Dipertua Dewan yang baru telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan mengikut bidang kuasanya dalam Perintah Tetap ?
b) Di bawah peraturan manakah yang membolehkan Ganesan berada di dalam dewan, sedangkan tiada kebenaran oleh Yang Dipertua Dewan ketika itu untuk beliau berada di dalam dewan ?
c) Di bawah peraturan manakah ketika mana YB Sivakumar menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan yang sah pada persidangan 7 Mei yang lalu, tiba-tiba Timbalan Yang Dipertua Dewan mengambil alih tugas Yang Dipertua Dewan bagi menjalankan pemilihan Yang Dipertua Dewan yang baru ?
2. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009, Yang Dipertua Dewan telah menggunakan kuasanya bagi menentukan jumlah pemerhati dan pemberita yang dibenarkan berada di dalam dewan sepanjang persidangan berjalan.
a) Mengapa kuasa Yang Dipertua Dewan ketika itu dinafikan sebaliknya arahan menentukan jumlah pemerhati dan pemberita diambil alih oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri ?
b) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menguasai perjalanan sidang dewan sehingga menghalang Yang Dipetua Dewan menjalankan tugas sebagaimana peraturan dalam Perintah Tetap ?
c) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menghalang pemerhati dan pemberita yang telah diberi kebenaran khas oleh Yang Dipertua Dewan dari memasuki dewan /
3. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009 yang lalu, DYTM Raja Muda Perak telah menyampai titah ucapan bagi merasmikan sidang dewan tersebut.
a) Adakah tidak menyalahi amalan dalam persidangan dewan di Perak, titah ucapan Tuanku tidak disertai dengan ucapan usul terima kasih dan membahaskannya serta menerima titah ucapan tersebut ?
b) Adakah ia bukan satu penghinaan terhadap titah Tuanku yang langsung tidak dibahas dab diterima ?
c) Di bawah peraturan manakah, usul pemilihan Yang Dipertua Dewan dijalankan sedangkan Perasmian Sidang Dewan 7 Mei yang lalu belum pun disempurnakan lagi ?
SOALAN-SOALAN BERTULIS
1. Hasil hutan
a) Sila buat analisis perbandingan keluasan balak yang telah diluluskan dan hasilnya oleh kerajaan pada tahun 2008 dan 2009 ?
b) Apakah polisi yang diguna pakai oleh Jabatan Hutan Negeri Perak bagi menentukan kelulusan balak dan berapakah keluasan balak yang ditender sepanjang tahun 2009 ?
2. Sekolah Agama Rakyat (SAR)
a) Berapakah jumlah bantuan perkapita kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat yang bukan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ?
b) Berapakah pula jumlah peruntukkan yang kerajaan negeri salurkan kepada setiap Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SUWA) ?
3. Majlis Agama Islam Perak
a) Sila nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Majlis Agama Islam Perak dan jumlah yang dikeluarkan oleh setiap anak-anak syarikat?
b) Mengapakah kerajaan tidak mengguna pakai kaedah perlantikan Ahli Jawatankuasa Qaryah yang pernah dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam iaitu sama ramai jumlah Ahli Jawatankuasa Qaryah dari penyokong Pakatan Rakyat dan Penyokong BN sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mendapat perkenan Tuanku Raja Muda?
4. Pemberian suratan hak milik dan Tanah Rezab Melayu
a) Sila nyatakan jumlah suratan hak milik yang telah dikeluarkan dari tahun 2000 hingga 2009 mengikut pecahan daerah dengan menyatakan sekali jumlah ekar dan kepada siapa suratan hak milik itu dikeluarkan?
b) Berapakah jumlah Tanah Rezab Melayu yang ditukar statusnya di seluruh Perak mengikut pecahan dari tahun 2000 hingga 2009 ?
5. Pelaboran
a) Sila nyatakan jumlah pelaburan asing yang diterima oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan bilangan tahun sejak 2007 hingga 2009 serta nyatakan nama pelabur-pelabur asing itu?
b) Baru-baru ini, YAB MB pergi ke beberapa buah negeri antaranya ke Timur Tengah, Amerika dan London, berapakah jumlah pelaburan yang diterima hasil lawatan tersebut serta nyatakan nama syarikat-syarikat yang melabur.?
Saturday, March 27, 2010
Apa khabar DS Nizar?
Program forum isu semasa di Dataran Surau Annajah,Matang dalam DUN Kuala Sapetang 26 Mac lalu dan DS Nizar merasmikan Pusat Kesihatan Ibnu Sina ,Jelutong,Changkat Jering malam kelmarin.Jadi sudah agak lama tidak melihat wajah pimpinan kita itu.
Kekangan masa dan tugas menyebabkan kita tidak dapat bersama DS Nizar.
Malam kelmarin 27 Mac ,bising di Taiping atas ketidakhadiran DS Nizar di Program Ceramah anjuran PKR Taiping.
DS Nizar bersama DS Anwar Ibrahim di Tanjung Piandang,Parit Buntar.Program asal DS Nizar berceramah bersama DS Anwar.Kita sudah mendapat kepastian untuk DS Nizar hadir bersama Anwar.Mungkin kesilapan hubungan dan tiadanya respons ,menyebabkan semua pimpinan utama berada di Parit Buntar.
Kita difahamkan oleh sahabat jika DS Nizar berceramah sebagai penceramah pertama rakyat akan balik selepas DS Nizar berceramah.Jadi DS Nizar kena berceramah orang kedua terakhir selepas DS Anwar.!Begitu hebatnya DS Nizar,auranya masih tinggi.
Maaf bukan salah kita jika DS Nizar tidak sampai di tempat saudara.DS Nizar milik rakyat Malaysia.
Esok 29 Mac genap setahun penamaan calon PRK Bukit Gantang.Kita berasa Hulu Selangor juga mempunyai semangat.Semangat Rakyat menolak kezaliman BN!
Thursday, March 25, 2010
SIDANG DUN PERAK DIJANGKA PANAS -USTAZ MISBAHUL MUNIR
Sidang 7 Mei menyaksikan bagaimana Sivakumar sebagai Speaker yang sah diusung dan diheret keluar oleh pihak polis dengan cara yang sangat biadab dan tidak bertamaddun, bukan itu sahaja, malahan Sivakumar di kurung dalam bilik stor selama lebih kurang satu jam.
Adun-adun PR yang cuba mempertahankan Sivakumar dari kerusinya dikasari oleh pihak polis. Sivakumar failkan ke mahkamah mempertikaikan perlantikan Ganesan sebagai Speaker dan tindakan polis mencampuri urusan dalam dewan. Sehingga sekarang kes ini belum dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah.
Sidang 28 Oktober sekali lagi berlaku kekacauan. Sebagai Speaker yang sah, Sivakumar tetap mengeluarkan notis kepada semua adun untuk menghadiri persidangan. Berbagai usaha dibuat di luar dan di dalam dewan bagi menghalang atau melambat-lambatkan adun PR memasuki dewan. Sekali lagi polis diperkudakan oleh BN. Kemasukan adun-adun PR cuba dihalang oleh pihak polis bermula di luar bangunan, setelah berjaya masuk ke bangunan SUK, mereka cuba dilambat-lambatkan perjalanan oleh polis.
Sivakumar dikepung oleh pihak polis, dan jubah Speakernya cuba dirampas. Berlakulah ketegangan dan adengan tarik menarik antara Sivakumar dan adun-adun PR dengan pihak polis. Sayangnya wartawan tidak ada ketika itu, Polis bertindak kasar dan biadab dalam usaha merampas jubah speaker. Mereka berjaya merampas Jubah Speaker yang koyak dan songkok Speaker juga hilang. Sivakumar dapat juga sebahagian cebisan jubah yang koyak. Mereka akhirnya berjaya masuk ke dalam dewan, dan ketika itu sidang sudah dimulakan oleh Speaker haram BN.
Berlakulah dua sidang dalam satu dewan. Sidang UMNO BN dipengerusikan oleh Speaker haram Ganesan. Pembentangan bajet 2010 hanya berlangsung kira-kira 20 minit tanpa dibahas oleh anggota dewan, ia diluluskan begitu sahaja.
Manakala sidang satu lagi di pengerusikan oleh YB Sivakumar. Mereka bersidang di kerusi adun masing-masing. Sidang PR tidak membentangkan bajet sebaliknya meluluskan beberapa usul.
Sidang 30 Mac ini sedang dinanti-nanti oleh rakyat Perak. Apa akan berlaku, tunggulah 30 Mac ini. Semua adun PR telah menyatakan akan hadir dalam sidang tersebut atas panggilan menghadiri sidang oleh Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Soalan-soalan lisan dan bertulis juga telah dihantar oleh semua adun. Kemungkinan sidang kali ini juga akan menyaksikan dua sidang dalam satu dewan. Kemungkinan juga sidang kali ini walaupun ada ucapan titah Tuanku akan berlangsung satu hari juga.
Inilah padahnya apabila peraturan tidak dihormati dan hak rakyat dinafikan. UMNO BN walaupun dapat kuasa haramnya itu melalui mahkamah, rakyat Perak tetap tidak puas hati. PR hanya hilang 3 majoriti dalam dalam DUN Perak, tetapi 54 % rakyat tetap setia dan menyokong PR. Punca segalanya adalah kepada 3 petualang rakyat ini, mereka wajar dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya akan datang. Sekarang mereka hidup senang dengan habuan yang mereka dapat, rakyat pula menderita akibat pengkhianatan mereka.
Justeru itu, penyelesaian kemelut Perak hanya melalui pembubaran DUN supaya pilihanraya dapat diadakan semula dan rakyat akan memberi mandat baru samada kepada PR atau BN. Contohilah MCA yang berdepan dengan krisis kepimpinan, mereka beramai-ramai meletakkan jawatan, yang akhirnya berlangusng persidangan khas bagi memilih semula kepimpinan MCA yang baru. Sebaliknya UMNO BN hanya meniru nafsu rakusnya untuk berkuasa secara haram di Perak.
Jangan salah rakyat-DS Nizar
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.
"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.
"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."
Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.
Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.
Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.
Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.
Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.
Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.
Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.
Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.
Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia.harakahdaily.net
Pemergian Ahli Parlimen Hulu Selangor Satu Kehilangan-Tan Sri Khalid
Menteri Besar Selangor itu berkata, Dr Zainal teguh dalam perjuangannya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekalipun keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
"PKR bersedih atas kehilangan ahli akademik ini dan takziah kepada keluarga," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi rumah allayarham di sini, semalam.
Dr Zainal meninggal dunia pada usia 71 tahun di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras di sini, kira-kira 9.27 malam akibat barah otak.
Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat anak, Azura, 37; Azri Zin, 36; Aznizah, 29 dan Azizah, 25.
Dr Zainal menang Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-12 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan penyandang, Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.
Dr Zainal menyertai PKR pada 2005 dan dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi bagi penggal 2007/2010.
Sebelum menyertai PKR, beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, selain menyandang jawatan selaku Exco kerajaan negeri.
Beliau menang tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Dr Zainal dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939 dan memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968), Pengetua Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru (1972-1973), pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.
Beliau memperoleh Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles pada 1980 dan pernah menjadi Dekan Fakulti Pendidikan UKM sebelum menyertai politik pada 1989.
Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9, Cheras, kira-kira pukul 11 pagi ini.Alfatehah.. sumber