Thursday, November 4, 2010

Galas:Pengundi luar bandar pilih yang lama juga.

Melihat keputusan Galas kita berasa sedikit cemas.Manakan tidak pengundi luar bandar seolah masih hendak yang lama.

Baik pengundi Cina atau Melayu.BN pilihan mereka.Pengundi muda lelaki atau wanita di saluran 3 dan 4 tetap mengundi BN.

Pengundi Cina dianggarkan merosot 4.92 peratus,dengan kehilangan 406 undi.Dengan undi orang asal tetap setia dengan daulat Raja.Sukar rasanya untuk kita mengubah minda mereka.

Pengundi juga bukan terpengaruh dengan duit sangat tetapi keputusan menentukan wakil rakyat tidak menjejaskan Kerajaan Kelantan ,jadi apa salah bagi mereka untuk mengundi BN .Dengan sedikit kemenangan rakyat dapat perhatian daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Satu Malaysia

Kalah Galas Bukan Bermakna Kita Tak Boleh Ke Putrajaya.

Sorakan Stadium Nasional,Bukit Jalil nampaknya tidak memberi bekas kepada pengundi Galas.Apa yang penting bedahsiasat perlu agar kita boleh menambah-nilai kerja kita.

Bagi petugas Pas Bukit Gantang,jadikan pengalaman PRK Galas,panduan kita mendekati pengundi.

Kita tetap terus bekerja.Kejahatan dan kezaliman UMNO perlu dijelaskan kepada rakyat.Kita tak perlu menangis .

Galas -mereka mengharap.

Pusat mengundi telah ditutup.Keputusan masih belum tahu.Teman-teman di Galas tidak berani memberi ramalan keputusan.

Pengiraan undi bermula 6.30 petang.Setakat ini dikatakan hanya 70 peratus keluar mengundi.Pengalaman kita peratus yang rendah menguntungkan PAS .

Jika peratus rendah peluang calon PAS untuk menang cerah.Teman-teman di Galas seolah tidak mahu menghantar SMS lagi.Mereka meminta kita berdoa dan bersabar.

Galas ,kita masih mengharap.

Jelas orang asli menyokong BN- mereka memakai baju warna merah.?

Pengundi masyarakat Orang Asli beratur menanti giliran untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke pada pilihan raya kecil DUN Galas, awal pagi tadi. – Gambar oleh Choo Choy May
Pengundi masyarakat Orang Asli beratur menanti giliran untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke pada pilihan raya kecil DUN Galas, awal pagi tadi. – Gambar oleh Choo Choy May-the malaysian insider.

Orang asal dikatakan sudah habis keluar mengundi ,difahamkan 1800 orang asal telah mengundi.Jadi hampir seratus peratus mereka telah mengundi.

Orang Asal mengundi dengan memakai baju t berwarna merah.Tanda sokongan untuk BN.

Setakat ini diberitakan Pas mengharapkan pengundi luar yang tahu tanggungjawab untuk mengundi PAS.

Apa yang menarik mereka memakai baju warna merah T .Kita mendoakan warna merah ,warna bendera Negeri Kelantan.Warna merah tanda sokongan mereka kepada PAS bukan sebaliknya untuk UMNO.

Wednesday, November 3, 2010

Galas 50:50

Setakat ini jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

Menurut teman-teman yang berada di Galas peluang untuk menang kedua-dua pihak sama banyak.

Congak mereka orang Melayu memberi sokongan 50 peratus.Sementara pengundi Tionghua 80 peratus.Kemudian orang India dan sedikit orang Asal memberi undi kepada PAS.Calon kita Dr Zulkifli Mohamed boleh menang.

Petugas kita di Galas terus berusaha untuk menarik seramai mungkin keluar mengundi.

Tuesday, November 2, 2010

Ali Rustam Sudah Mula Kempen Nak Jadi Timbalan Presiden UMNO- cakapnya seperti cakap budak sekolah.

Lim Kit Siang akan mengambil tindakan saman ke atas Berita Harian dan Ali Rustam atas kenyataan memfitnah beliau.Kononnya Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan UMNO kafir.

Kita lihat Ali Rustam ,dulu tubuh sekolah budak berzina.Kemudian buat kenyataan palsu Melaka negeri maju.Kini buat lawak bodoh menuduh Lim Kit Siang menyatakan UMNO orang kafir.


Kita pun tahu Ali Rustam ini minat hendak bertanding Timbalan Presiden UMNO tahun depan,jadi dia kena keluar kenyataan bodoh dan tidak bertanggungjawab.Hendak menyerang Muhyiddin Yassin takut.Jadi serang orang lain untuk kepentingan politik ,untuk memadam tinta rasuah politik UMNO.


Berita Harian yang dimiliki Umno,kelihatan melampau menuduh Lim antara lain menyifatkan “orang kafir Umno” dalam ceramah PAS di Sungai Terah dalam usaha mempengaruhi orang Melayu untuk mengundi PAS pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas.

Berita itu memetik Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai berkata, Lim membuat kenyataan demikian di Sungai Terah di depan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam berita di bawah tajuk “Tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau”, Ali berkata DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu menyokong PAS pada pilihan raya kecil


Penasihat DAP Lim Kit Siang itu menafikan dakwaan pemimpin-pemimpin Umno bahawa beliau ada mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan iaitu “Umno kafir”, yang kononnya didakwa dibuat ketika berceramah di Sungai Terah, Gua Musang.


Menurut Lim Kit Siang Ahli Parlimen Ipoh Timur beliau tidak menghadiri ceramah di lokasi yang dimaksudkan itu.


“Ini adalah tuduhan fitnah... saya tidak pernah mengatakan demikian dan bahkan saya tidak berada (di ceramah itu).


“Ini adalah putar belit yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan kebencian perkauman dan agama,” kata Lim pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari in

Monday, November 1, 2010

Nak tahu tentang Galas bersama DS Nizar Sabtu ini.

Pada hari Sabtu ini DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang akan bersama kita semua.DS Nizar mempunyai jadual yang padat.Jadual telah disusun.

Nizar dijangka menyampaikan Tazkirah Maghrib di Surau Al Makruf,Taman Mawar,Simpang(Belakan SK Simpang).

Setelah itu DS Nizar akan berceramah bersama Ustaz Halim Hassan,seorang Pendakwah dari Pulau Pinang.Ceramah berlangsung di Pejabat PAS Taman Yayasan,Kamunting Raya,dalam DUN Kuala Sapetang.Program ceramah bermula pada pukul 9.15 malam.

Bagi mereka yang berkelapangan dijemput hadir bersama keluarga dan jiran .Banyak isu yang boleh kita dengar melalui mulut DS Nizar.

Lagi satu kalau Ahli UMNO pun bertanya bila DS Nizar datang Bukit Gantang ,untuk mereka dengar isu terkini,mengapa kita pula tidak bersungguh untuk mendengar penerangan DS Nizar?