Tuesday, November 2, 2010

Ali Rustam Sudah Mula Kempen Nak Jadi Timbalan Presiden UMNO- cakapnya seperti cakap budak sekolah.

Lim Kit Siang akan mengambil tindakan saman ke atas Berita Harian dan Ali Rustam atas kenyataan memfitnah beliau.Kononnya Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan UMNO kafir.

Kita lihat Ali Rustam ,dulu tubuh sekolah budak berzina.Kemudian buat kenyataan palsu Melaka negeri maju.Kini buat lawak bodoh menuduh Lim Kit Siang menyatakan UMNO orang kafir.


Kita pun tahu Ali Rustam ini minat hendak bertanding Timbalan Presiden UMNO tahun depan,jadi dia kena keluar kenyataan bodoh dan tidak bertanggungjawab.Hendak menyerang Muhyiddin Yassin takut.Jadi serang orang lain untuk kepentingan politik ,untuk memadam tinta rasuah politik UMNO.


Berita Harian yang dimiliki Umno,kelihatan melampau menuduh Lim antara lain menyifatkan “orang kafir Umno” dalam ceramah PAS di Sungai Terah dalam usaha mempengaruhi orang Melayu untuk mengundi PAS pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas.

Berita itu memetik Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai berkata, Lim membuat kenyataan demikian di Sungai Terah di depan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam berita di bawah tajuk “Tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau”, Ali berkata DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu menyokong PAS pada pilihan raya kecil


Penasihat DAP Lim Kit Siang itu menafikan dakwaan pemimpin-pemimpin Umno bahawa beliau ada mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan iaitu “Umno kafir”, yang kononnya didakwa dibuat ketika berceramah di Sungai Terah, Gua Musang.


Menurut Lim Kit Siang Ahli Parlimen Ipoh Timur beliau tidak menghadiri ceramah di lokasi yang dimaksudkan itu.


“Ini adalah tuduhan fitnah... saya tidak pernah mengatakan demikian dan bahkan saya tidak berada (di ceramah itu).


“Ini adalah putar belit yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan kebencian perkauman dan agama,” kata Lim pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari in

No comments:

Post a Comment