Saturday, December 4, 2010

Cuti Politik-Masuk Jawi

Man anak kita bersama Ujang anak saudara kita dijulang untuk disunatkan.
Man anak kita dikhatankan oleh Sdr Razak dari Malim Nawar.
Pasukan kompang Kg Sg Kati,Ipoh memukul kompang .Bunyi kompang tenggelamkan bunyi tangisan .
Man bersedia untuk menjadi dewasa.Bila cukup umur nanti Man akan mengundi Pas .

Thursday, December 2, 2010

Abu Khairun's Photo Birthday Calendar

Hutang Menggunung Perak Bakal Muflis

IPOH, 3 Dis: Negeri Perak bakal muflis sekiranya hutang yang menggunung sejak 10 tahun lalu tidak dilangsaikan segera, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Nga Kor Ming.


Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa membentangkan Bajet 2011 memberitahu ledakan hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung di mana pada 1999 sebanyak RM182 juta tetapi 2010 kini mencecah paras RM903 juta.


Tambahnya, hutang tersebut telah meningkat lebih kurang 500 peratus.


“Fakta di depan mata yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan,” ujarnya ketika membahaskan bajet negeri 2011 pada persidangan Dun, semalam.


Dengan kata lain, beliau yang juga Setiausaha DAP negeri berkata, sekiranya tidak dijelaskan segera hutang tersebut negeri Perak akan muflis.


“Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah...tepuk dada, tanya iman, jika bersalah, sila bertaubat,” ujarnya sinis.

harakahdaily.net

Ceramah Sidang DUN Perak 5 Disember .

Tak lalu hendak menjawab sama ada melalui telefon,SMS situasi persidangan DUN Perak.Teman-teman ingat kita semua tahu.Mereka ingat kita semua dapat maklumat cepat ."Ala cikgu rapat dengan Nizar?" kata teman lagi.


Jadi untuk menjawab persoalan teman-teman kita memberitahu satu ceramah akan diadakan pada 5 Disember ini.


Ceramah Bubar DUN ,5 DISEMBER, Bertempat Pejabat Pas Kg Paya Baru ,Changkat Jering.Ceramah bermula 9.30 malam.


Penceramah:DS Nizar dan YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.

Osman Jailu Tak Dak Teloq ?


Osman Jailu diberitahu oleh teman dekat SUK seolah tidak mempunyai telor.Dakwa mereka Osman tidak berani berbahas dan duduk diam sahaja sepanjang persidangan DUN Perak.Memandang pimpinan Pakatan Rakyat pun dia takut.

Dakwa mereka Osman makan gaji buta.Soalan beliau tentang DUN Changkat Jering pun boleh diselesaikan di peringkat Majlis Tindakan Daerah.Soalan bertulis dan soalan jawapan lisan pun macam soalan JKKK Umno.

Mereka mendakwa lagi Osman seolah tak takut dosa.?Lagi satu mereka bagitahu wakil Umno pun tak kelapaq salam sama Osman Jailu.

Tapi kita kena ingat dosa Osman Jailu terhadap kerajaan rakyat.Kawan mahkamah Osman Adun Behrang pula berani berucap tetapi dok bawa fitnah lagi.Itupun berani di dewan sebab ada imuniti.

Wednesday, December 1, 2010

YB Idham Lim di bawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.


YB Khalil Idham Lim .

YB Khalil Idham Lim akan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana isu bomoh.YB Khalil dikatakan berhujah terdapat individu yang membawa bomoh ke dewan persidangan.

Usul membawa YB Khalil Idham Lim ke jawatankuasa diusulkan oleh Adun Kamunting.

YB Khalil Idham Lim bersedia dengan bukti apabila dipanggil untuk membela diri.YB Khalil Lim sanggup bertanggungjawab dengan hujah beliau di dewan sebentar tadi.

Bukan seperti Jamaluddin ,Adun Behrang membawa fitnah tuduh kerajaan PR bagi duit Rm200,000.oo kepada setiap parti Pakatan Rakyat dalam DUN .Tetapi tidak berani menuduh di luar dewan,seterusnya tidak mempunyai bukti.

Sidang Dun -Bomoh-Media UMNO- Polis

Sidang DUN Perak dipenuhi media pro-UMNO.Justeru itu kita melihat gambar-gambar yang diambil oleh media pro-UMNO ini seolah-olah wakil rakyat kita bersikap kurang ajar atau biadap.

Mereka tidak mengambil dari sudut kronologi kejadian atau perbahasan.Lihat sahaja gambar YB Kesavan,Hutan Melintang dilihat seolah -olah hilang pertimbangan.

Menurut YB Khalil Idham Lim , wakil rakyat UMNO diolah oleh media begitu baik .

Sementara itu pihak polis pada hari pertama dianggarkan 200 orang ,kelmarin sekitar 50 orang dan hari ini mungkin semakin berkurangan.

Pada hari pertama sidang SB yang berlongok di hadapan Wisma DAP dianggarkan melebihi 10 orang.

Untuk hari ini 2 Disember YB Khalil Lim Titi Serong akan berucap.Beliau dikatakan akan menyentuh isu bomoh.

Pakatan rakyat telah memilih DS Nizar,Dato' Ngeh dan Chang Ming Kai untuk berbahas pada sesi pengulungan nanti.