Wednesday, December 8, 2010

T.Murugiah marah dituduh jual ubat bau tahi ayam.

Sebentar tadi pergi bersama penduduk Batu 14 Trong ke Biro Pengaduan Awam.Pengerusi Aduan BPA T.Murugiah Timbalan Menteri yang jaga aduan rakyat.

Yang menarik T.Murugiah marah kerana dituduh penduduk buat bisnes jual ubat hilang bau tahi ayam.


Penduduk yang terlibat berkias,kenapa mahu cadang ubat hilang bau busuk,jika kilang tidak mengikut peraturan alam sekitar dan didirikan di tanah pertanian.


Ubat pula dari India,nnegara kita tidak ada ubatkah.?Soal penduduk.


Seorang penduduk menyampuk,,"itu MPT sama Tanah punya olang rasuah ma?"

Tuesday, December 7, 2010

Menteri jual ubat pada saudagar tahi ayam.


DS Nizar melawat kilang memproses baja tahi ayam yang beroperasi secara haram di Batu 14,Trong, parlimen Bukit Gantang.Kilang ini pernah dilawati T.Murugiah,Timbalan Menteri yang jaga Aduan Rakyat.Semasa T.Murugiah melawat kilang proses baja tahi ayam ini,kilang diwangikan supaya tidak sesak nafas.DS Nizar melawat kilang ini tanpa diwangikan kilang proses tahi ayam ini. Kita malamnya termuntah-muntah .Di hadapan DS Nizar berbaju putih Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang,Fadhil Idris.


Kwan Loong mengadu pada DS Nizar ini ubat hilang bau busuk tahi ayam."Tapi itu Menteri T.Murugiah jual ubat baik punya dari India pada taukeh kilang"kata Kwan Loong

Ketua Polis Baru memenuhi kehendak Najib.

Apa yang kita dengar melalui DS Nizar perlantikan ketua-ketua polis baru di beberapa negeri adalah untuk memenuhi kehendak DS Najib. Contohnya Komander Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) SAC Datuk Chuah Ghee Lye dilantik sebagai Ketua Polis Melaka yang baru menggantikan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkuat kuasa serta merta.

Menurut KPN Ismail , Mohd Rodwan pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman.

Sementara itu, pertukaran dan pelantikan tiga lagi Ketua Polis negeri yang berkuat kuasa serta merta termasuk Timbalan Pengarah 11 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, SAC Datuk Tajudin Md Isa yang dilantik sebagai Ketua Polis Perlis bagi menggantikan DCP Ghazali Md Amin yang dilantik sebagai Setiausaha PDRM Bukit Aman sejak 29 Oktober lalu.

KPN (Ketua Polis Negara) Ismail berkata Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Bahagian Latihan, SAC Datuk Jamshah Mustapa dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu menggantikan Datuk Mohd Shukri Dahalan yang dipindahkan ke Perak sebagai Ketua Polis baru negeri itu.


Dalam pada itu Mohd Shukri menggantikan Datuk Zulkifli Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur pada 29 Oktober lalui.


Siapa tidak kenal dengan Datuk Zulkifli Abdullah di Perak.Kini beliau mengurus keselamatan kawasan denyut nadi rakyat Malaysia Lembah Klang.


DS Nizar menyatakan susunan pergerakan jawatan ini diatur untuk memenuhi kehendak DS Najib dan sepupunya Hishamuddin yang jaga Kementerian Dalam Negeri sudah tentu menjaga kepentingan Najib.


Walaupun KPN Ismail menyatakan pertukaran berkenaan lanjutan daripada penstrukturan semula kenaikan pangkat dan pertukaran ketua dan timbalan ketua polis negeri yang dilakukan baru-baru ini dan ia dibuat berdasarkan pengalaman masing-masing bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.


Namun semuanya untuk menjaga kepentingan UMNO seperti mana ucapan Najib semasa perasmian mesyuarat agung UMNO lalu ,yang sanggup mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun.

Monday, December 6, 2010

Jahatnya BN naik harga barang semasa parlimen berehat.


Dalam sesi pertemuan dengan penduduk Bt 14 Trong,Nizar menjelaskan BN semakin rakus membolot kekayaan negara tanpa mengambil kira ekonomi rakyat apabila menaikkan harga petrol RON95, diesel, harga gas asli cecair (LPG) dan harga gula.

Jelas Nizar syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP milik antara orang terkaya di Malaysia, umpamanya, terus menikmati subsidi gas.

Nizar memberitahu penduduk jahatnya BN , UMNO,MCA dan MIC yang menaikan harga barang-barang pada hari Jumaat sehingga Ahli Parlimen tidak boleh berbahas dalam Parlimen.


Najib sudah bertaubat?Rosmah bila lagi?

Datuk Seri Najib Razak (tengah) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyertai doa awal tahun sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Masjid Negara malam tadi. — Foto Bernama
Datuk Seri Najib Razak (tengah) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyertai doa awal tahun sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Masjid Negara malam tadi. — Foto Bernama

Betulkah emak Zambry Kadir miskin tegar?

Terdapat 2 perkara menarik ucapan Zambry Kadir dalam sidang DUN Perak baru-baru ini.Pertama membela diri isu ancak tiang seri,kedua membela ibu beliau yang miskin tegar.

Kita ingin mengulas hanya isu menggunakan wang kerajaan untuk membela masyarakat miskin tegar di Pulau Pangkor.

Kerajaan pimpinan Zambry yang juga Adun Pangkor membela diri apabila dibidas pimpinan Pakatan Rakyat dalam sidang Dun Perak baru-baru ini.

Zambry dengan bangga menyatakan beliau membantu tebus tanah setinggan di Pulau Pangkor untuk membantu mereka mendapat tanah hak milik.Beliau membidas Nizar yang kononnya tidak mahu membantu setinggan miskin tegar itu. Apa yang menarik Zambry menebus tanah setinggan itu kerana salah seorang rakyat yang miskin tegar seperti yang dinyatakan ibu Zambry sendiri.

Kenapa tidak membantu penduduk sewaktu sejak beliau menjadi ADUN Pangkor sejak penggal pertama menjadi ADUN Pangkor.Kenapa kini setelah menjadi MB Perak kudeta,beliau menggunakan wang rakyat untuk menebus tanah setinggan di Pangkor itu.

Sanggupkah kita mebiarkan ibu kita berada dalam kelompok miskin tegar seperti apa yang disebut Zambry dalam sidang Dun Perak baru-baru ini.Zambry Kadir membantu penduduk setinggan miskin tegar.Tanah setinggan yang menjadi kampung tersusun itu antara lain emak si Zambry Ancak Tiang Seri.

Selamat Tahun Baru.

Selamat Tahun Baru.Azam kita untuk memastikan Pakatan Rakyat berkuasa pada PRU 13. Pakatan Rakyat yang mengurus dan mentadbir negara. Tidak ada Rosmah Mansor dan tidak ada Najib.Rakyat sejahtera di bawah Pakatan Rakyat.

Selamat Tahun Baru 1432 Hijriah.Malaysia tanpa UMNO.