Monday, December 6, 2010

Betulkah emak Zambry Kadir miskin tegar?

Terdapat 2 perkara menarik ucapan Zambry Kadir dalam sidang DUN Perak baru-baru ini.Pertama membela diri isu ancak tiang seri,kedua membela ibu beliau yang miskin tegar.

Kita ingin mengulas hanya isu menggunakan wang kerajaan untuk membela masyarakat miskin tegar di Pulau Pangkor.

Kerajaan pimpinan Zambry yang juga Adun Pangkor membela diri apabila dibidas pimpinan Pakatan Rakyat dalam sidang Dun Perak baru-baru ini.

Zambry dengan bangga menyatakan beliau membantu tebus tanah setinggan di Pulau Pangkor untuk membantu mereka mendapat tanah hak milik.Beliau membidas Nizar yang kononnya tidak mahu membantu setinggan miskin tegar itu. Apa yang menarik Zambry menebus tanah setinggan itu kerana salah seorang rakyat yang miskin tegar seperti yang dinyatakan ibu Zambry sendiri.

Kenapa tidak membantu penduduk sewaktu sejak beliau menjadi ADUN Pangkor sejak penggal pertama menjadi ADUN Pangkor.Kenapa kini setelah menjadi MB Perak kudeta,beliau menggunakan wang rakyat untuk menebus tanah setinggan di Pangkor itu.

Sanggupkah kita mebiarkan ibu kita berada dalam kelompok miskin tegar seperti apa yang disebut Zambry dalam sidang Dun Perak baru-baru ini.Zambry Kadir membantu penduduk setinggan miskin tegar.Tanah setinggan yang menjadi kampung tersusun itu antara lain emak si Zambry Ancak Tiang Seri.

2 comments: