Wednesday, February 16, 2011

Cikgu saya hendak ambil Bahasa Mandarin untuk dapat RM20,000.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPLdNrKJKwz1WFMczETpVs4dIVZ1OFD-DdX2qAiqlslj70g_39H0vqT8SFpi84SwIw-9glOOCQzH4jGkZNiDyK8U5soNCv7uEf5lI0qF3RwOkdm4lfAK9o8MWaCcyL0iFvSNLB0NFyLpae/s1600/wee+soo+yen+maal+hijrah.jpg

Apabila Wee Soo Yen pelajar Tingkatan Empat mendapat RM20,000 kerana penjadi penerima anugerah Maulidurrasul baru-baru ini,kebanyakan pelajar Melayu mahu mengambil Bahasa Mandarin. Cukup sekadar ambil peperiksaan tanpa melihat sumbangan kepada agama,negara dan bangsa sudah mampu meraih RM20,000.

Mereka memberi alasan Wee Soo Yen yang dapat A Bahasa Arab Komunikasi dalam PMR 2010,mampu meraih RM20,000.

Jadi mereka menyatakan kenapa Jakim tidak mahu memilih mereka jika nanti mendapat A Bahasa Mandarin.Jika tidak cukup mereka ingin ambil Bahasa Jepun,Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi.Mereka mengharapkan Jakim dan Jamil Khir Baharum tidak pilih kasih.

Hadiah galakan RM20,000 . cukup untuk menampung pelajaran mereka tanpa perlu meminjam PTPTN kelak.


Azmin Ali guna saluran bukan media untuk hentam PAS.

PAS melalui Setiausaha Agung ,Datuk Mustafa Ali mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu.

Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.


Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.


“Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini,” kata Mustafa Ali lagi.


Menurut Mustafa Ali , sepatutnya perkara berkaitan disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Allahu Akhbar ,Firaun sudah mati.

Rakyat Beirut, Lubnan, turut menyambut gembira atas tumbangnya Presiden Mesir Hosni Mubarak dari kekuasaannya selama 30 tahun, Jumaat 11 Februari lalu.

Kegembiraan itu ditunjukkan dengan menyalakan bunga api di pusat bandar Beirut, setelah terdengar khabar tersungkurnya Hosni Mubarak.

Cahaya bunga api itu telah menerangi langit Beirut, di samping langit di daerah-daerah yang didiami warga penganut Syiah, terutama di bahagian Beirut selatan berkerlipan cahaya bunga api yang berwana-warni tanda kegembiraan.

Sementara itu, dalam tayangan televisyen al-Manar milik Hisbullah puak Syiah, terlihat pengacara Amr Nassef secara spontan menjerit emosional sambil berteriak, "Allahu Akbar, Firaun sudah mati! "Adakah saya mimpi? Saya bimbang ini mimpi."kata Amr Nasssef lagi.(sumber)

Tahniah 3 daripada 20 orang terkaya orang Melayu.

Hampir 54 tahun Malaysia merdeka. Zaman UMNO jadi ketua kerajaan ,UMNO berjaya menkayakan tiga orang. Dalam kiraan matematik , 3 orang Melayu terkaya di Malaysia.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.


Kedudukan kedua di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion .Sementara itu anak Dr Mahathir berjaya mencipta nama tempat ketiga terkaya orang Melayu, Datuk Mokhzani Mahathir dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.


Mungkin selepas ini Nazim Razak boleh mencipta rekod lelaki keempat terkaya di Malaysia.Bertambah pula syarikat Nazim Razak baru dapat projek pembangunan Masjid Kg Baru.

Pak Lah ,anaknya semakin ketinggalan.Tetapi tetap kaya. Khairy Jamaludin menantu Pak Lah merangkap Ketua Pemuda dikatakan berjiwa rakyat,jadi dia tidak minat untuk jadi kaya.Khairy cukup jadi Ketua Pemuda yang tiada jawatan kabinet.

Tuesday, February 15, 2011

Apa kaitan Nazim Razak dengan Masjid Kampung Baru.

Masjid Jamek is one of the historic landmarks in Kampung Baru.
Masjid Jamek is one of the historic landmarks in Kampung Baru.


Baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur. Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kg Bharu, Mohamed Nazim Abd Razak, yang juga adik Najib.


Menurut maklumat yang diperolehi, cadangan pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru itu telah diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd, yang mana pemiliknya adalah Nazim sendiri.


Memandangkan Nazim ialah Timbalan Pengerusi Masjid, SPRM diminta menjelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai sebagai pemilik firma arkitek NRY Architect Sdn Bhd, beliau tentu sedar bahawa perlantikannya mungkin atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri."sumber Ahmad Lutfi Othman"

YB Khalil Idham Lim jumpa JK Hak Dun Perak 25 Februari ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIEHr0Lu-yN5uGef-xFmdjH2WN7FbmONii1_9A1ulxS0GtJ8gwLC8Mtia73cysvAHe9QD0zaQVTz40rlZX__245VHiD2h-q5ej3Sols2uXFlpC_9LrcYqK61O-XbLwP5abXtIGajZfBQ8/s1600/c3.jpg

Dalam twitternya YB Drs Khalil Idham Lim menulis beliau diminta hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan dewan pada 25 Februari pada jam 10 .oo pagi di Bangunan SUK Ipoh.

Khalil Idham telah menerima surat dari Setiausaha Dewan Negeri Perak memaklumkan supaya hadir dalam sesi soal siasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan .

YB Khalil Idham Lim dipanggil oleh Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana sewaktu berbahas di DUN Perak telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang telah membawa masuk bomoh sewaktu persidangan DUN Perak.

Sementara itu menurut twitter YB Khalil Idham Lim beliau akan mengadakan sidang media sebelum beliau memberi reaksi surat dari Setiausaha Dewan DUN Perak .


Apakah itu saman ekor?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp5mm6YR_kDDObjOtNfQvQdLC8km8fmkw27hX9yDWnmJJ63G9yri826w8DwXG-1X9djq8PPaVM95m0HdLoLcWWAQg5FT728I7gnHgDf20v-LqJknL-KZNYkyw_Aha4H4ncUHFuG8AuIeUC/s1600/SAMAN-EKOR.jpg

1. Apakah Itu Saman Ekor?

Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihan-tar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

2. Perbezaan Saman Ekor dengan saman-saman lain dan siapa yang mengeluarkan Saman Ekor ini serta untuk kesalahan apa?

Saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepa-da pemilik kenderaan. Manakala saman lain adalah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan (kendiri). Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja.

3. Apakah pindaan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang MENINDAS rakyat dan MENGUNTUNGKAN syarikat swasta?

a) Memasukkan takrif imej yg dirakam ke dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang bermaksud semua gambar yang diambil oleh PDRM/JPJ semasa operasi hadlaju sebelum pindaan ini tidak boleh digunakan di Mahkamah sebagai bukti.

b) Memperkenalkan AES iaitu penguatkuasaan au-tomatik yang akan menguntungkan dua (2) syarikat swasta.

c) Selepas 28/2/2011 senarai hitam akan kembali dikuatkuasakan sedangkan saman ekor yang lama tidak boleh dikuatkuasakan kerana tiada bukti kesala-han dan tiada saman ke Mahkamah.

d) Memberi kuasa kepada JPJ/PDRM memasuki mana-mana jalan termasuk jalan persendirian untuk men-guatkuasakan Akta ini


ANDA PERLU TAHU HAK ANDA

Saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada kita sejurus selepas kesalahan dilakukan.

Mengapa?

Ada kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan yang menggunakan no pendaftaran palsu yang menyamai nombor pendaftaran kereta kita.

Kita sepatutnya tidak perlu membayar kompaun jika tidak mengaku melakukan kesalahan.

Mengapa?

Ini adalah kerana Saman Ekor hanyalah notis meminta maklumat.
Anda tidak perlu membuat carian online di PDRM atau JPJ jika tidak menerima Saman Ekor.

Mengapa?

Pihak berkuasa perlu menyerahkan sendiri apa-apa notis kepada anda.
JPJ tidak berhak menghalang anda memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu hanya kerana anda tidak membayar kompaun Saman Ekor .

Mengapa?

Polis/JPJ perlu mengeluarkan saman supaya anda hadir ke mahkamah untuk menjawab tuduhan melakukan kesalahan tersebut. Selagi belum disabitkan kesalahan JPJ tidak berhak melakukan hal di atas. sumber risalah KASE(Kempen anti-saman ekor)