Wednesday, February 16, 2011

Allahu Akhbar ,Firaun sudah mati.

Rakyat Beirut, Lubnan, turut menyambut gembira atas tumbangnya Presiden Mesir Hosni Mubarak dari kekuasaannya selama 30 tahun, Jumaat 11 Februari lalu.

Kegembiraan itu ditunjukkan dengan menyalakan bunga api di pusat bandar Beirut, setelah terdengar khabar tersungkurnya Hosni Mubarak.

Cahaya bunga api itu telah menerangi langit Beirut, di samping langit di daerah-daerah yang didiami warga penganut Syiah, terutama di bahagian Beirut selatan berkerlipan cahaya bunga api yang berwana-warni tanda kegembiraan.

Sementara itu, dalam tayangan televisyen al-Manar milik Hisbullah puak Syiah, terlihat pengacara Amr Nassef secara spontan menjerit emosional sambil berteriak, "Allahu Akbar, Firaun sudah mati! "Adakah saya mimpi? Saya bimbang ini mimpi."kata Amr Nasssef lagi.(sumber)

1 comment:

  1. KAN AIR PAIP KELATAN SAMA AIR SG.NIL EGYPT MAKNANYA ADA FIRAUN MENJAJAH KELATAN ke ? APA 21 TAHONG? AISEYMAN KENA TUNGGU LAGI 10 TAHONG KOT BARU JATOH FIRAUN NI IKUT STAIL MUBARAK GAMAKNYA...

    ReplyDelete