Sunday, April 3, 2011

Hebatnya kesan Facebook:Facebook disaman lebih RM3 bilion

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dan laman web berkenaan disaman lebih AS$1 billion (RM 3.3 bilion) kerana menyiarkan artikel anti-Yahudi, lapor sebuah akhbar semalam.

Saman terbabit difailkan oleh peguam yang juga seorang aktivis, Larry Klayman di sebuah mahkamah tinggi di sini pada Khamis lalu.

Dalam samannya, Klayman menuduh Facebook lewat menarik semula satu muka suratnya yang bertajuk 'Intifada Palestin Ketiga' bagi menentang Israel.

Menurutnya, Facebook sengaja membiarkan halaman tersebut kerana faktor komersial.

Halaman Facebook itu yang mengajak orang ramai bangkit menentang Israel, menyaksikan lebih 300,000 pengguna mengklik tanda 'suka' terhadap cadangan tersebut.

Intifada atau kebangkitan menentang Yahudi tersebut dirancang diadakan pada 15 Mei depan.

Muka surat itu cuma dipadam oleh Facebook pada 29 Mac lalu, beberapa hari selepas beberapa orang membuat aduan termasuk Menteri Diplomatik Awam Israel, Yuli Edelstein dan sebuah pertubuhan pro-Israel, Liga Anti-Defamasi.

Mengulas mengenai kes tersebut, seorang jurucakap Facebook berkata, dakwaan Klayman sama sekali tidak berasas.

"Kami akan menentang habis-habisan untuk membuktikan kami tidak bersalah," katanya.

Menurutnya, muka surat itu dikekalkan kerana ia bermula sebagai gesaan ke arah bantahan aman sebelum komen-komen di muka surat itu bertukar menjadi lebih ganas.

- Agensi

Minyak Ron 95 naik jika BN menang Sarawak.

UMNO itu pengkhianat Melayu

Changkat Jering-Ustaz Idris Ahmad,Ketua Penerangan Pas Malaysia memberitahu penduduk pelbagai kaum di Bukit Gantang bahawa harga minyak Ron 95 naik jika BN menang Sarawak.

Menurut Idris Ahmad ,BN memang hendak naik minyak RON 95,tetapi pilihanraya Sarawak menghalang niat jahat mereka.

Idris Ahmad membidas Ismail Sabri Menteri yang jaga hak penggunakan supaya lebih peka dengan rakyat.

UMNO itu pengkhianat Melayu.-Mat Sabu.

3 April- Changkat Jering:-Mohd Sabu petang tadi memberitahu penduduk Bukit Gantang,UMNO lah yang menjadi pengkhianat Melayu bukannya DAP.Hj Mohd Sabu juga meminta penduduk Bukit Gantang ke perhimpunan bersih 1/2 juta penduduk di Kuala Lumpur.Mohd Sabu juga memberitahu jika 5 tuntutan untuk bersihkan Cara Pengundian tidak dilaksanakan SPR .Perhimpunan setengah juta penduduk untuk BERSIHKAN SPR akan dilancarkan pada bulan JUN ini.

Antara lain tuntutan Bersih- dakwat jari
- hapus undi pos

Bukti kebangkitan rakyat-gelombang 2008 berterusan .

Abang Mat Sabu disambut penduduk Bukit Gantang.
Berkongsi rasa untuk menghumban BN dan UMNO ke muzeum.
Ustaz Idris Ahmad bersalaman dengan penduduk pelbagai kaum di KENDURI DURIAN BUKIT GANTANG.
Penduduk Bukit Gantang tetap bersabar dalam cuaca panas mendengar ucapan pemimpin.
Kenduri Durian kali Pertama.
Ustaz Idris Ahmad.

Friday, April 1, 2011

Kenduri Durian Bukit Gantang Bersama Mat Sabu

Pas Kawasan Bukit Gantang bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang akan menganjurkan kenduri durian pada 3 April ini,AHAD

Jamuan durian bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5 petang.Jamuan berlangsungdi Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang di Taman Damai,Simpang TAIPING.

Tetamu utama Ustaz Idris Ahmad dan Tuan Haji Mohd Sabu.Sehubungan dengan itu Pas Kawasan Bukit Gantang menjemput semua pembaca blog ini untuk hadir ke Jamuan Duria Bukit Gantang.

April Fool-seluar cikgu koyak,nampak burung!

Bermula sesi persekolahan hingga balik kita pada hari ini kena April Fool dengan murid-murid.Sejak kita berada di sekolah ini 17 tahun ,April Fool kita tetap kena!

Masuk gate ,tayar motor pancet.Masuk bilik guru,seluar koyak.Masuk kelas dakwat meleleh dekat baju.Sepanjang hari kena April Fool.Budak-budak suka memanjang dan kita tidak marah.Sekolah kita sekolah pelajar Cina majoriti.

Satu April Fool buat kita "terkejut beruk" budak-budak ajak tengok komik lucah.Kita punya marah tetapi mereka beritahu" sekalang polis tak dak kacau ma!"

Filem lucah dan video lucah,budak-budak sudah tahu tidak salah.Malah polis sudah kasi imuniti.Mereka budak-budak "book face" dan 'twitter',bukan budak-budak dekat pedalaman Sarawak,yang Taib Mahmud dan Muhyiddin Yassin boleh kelentong!