Sunday, July 3, 2011

Ceramah orang muda geng kita tetap berjalan,

Ceramah Umum gelombang kedua "Orang muda geng kita "tetap berjalan seperti biasa.

Menurut Ustaz Akmal Kamaruddin Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,semua pimpinan bersetuju untuk hadir memberi penerangan. Di samping itu kita dikhabarkan kawasan itu kawasan persendirian dan hak milik cawangan.

Setakat ini menurut satu sumber jadual berjalan seperti biasa.Penyokong dan ahli diminta membawa sejadah dan tikar untuk solat hajat dan munajat.

Ceramah Mat Sabu tetap berlangsung.

Menurut YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar Ceramah Hj Mat Sabu dan pimpinan lain tetap berjalan seperti dijadual.

Bagi Ustaz Nordin Jaafar tempat dan masa tetap sama. "Kita mengadakan program di tanah kita"tegas Ustaz NOrdin Jaafar.

Sehubungan dengan itu penduduk Bukit Gantang dan kawasan sekitar dijemput hadir."Program ini program Dewan Pemuda PAS Perak,jadi tiada pindaan jadual"kata Ustaz Nordin Jaafar mengulas program ceramah Hj Mat Sabu dikatakan batal.

Saturday, July 2, 2011

Jaga-jaga SB pun berkopiah putih dan berjanggut.


Ustaz Zulfikar Zainon,ahli PAS Bukit Gantang masih sempat tersenyum.Kini ditahan reman bermula Sabtu (2 Julai)hingga Isnin ini.Baju berbelang-belang,berkopiah putih itu SB.

Moga-moga Zulfikar Zainon tahan diuji.Beliau bukan melakukan jenayah,sekadar didakwa memiliki dan menjual baju kuning bersih.

Pihak polis dari IPD Kuala Kangsar datang menyiasat dan mengelidah rumah bapa beliau di Changkat Jering.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak terima perintah mahkamah.

Simpang,Taiping,2 Julai-ASP Ridhuan menyerah notis perintah Mahkamah Majistret Taiping kepada Ustaz Akmal Kamaruddin supaya tidak mengadakan munajat dan ceramah 4 Julai ini,di Bukit Gantang.

Sebagai responden pertama Ustaz Akmal Kamaruddin menerima perintah mahkamah bagi pihak penceramah lain.

Dalam pada itu Ustaz Akmal Kamaruddin menyatakan ceramah dan munajat tetap diteruskan.

Perintah mahkamah menghalang Ceramah Mat Sabu


Sebentar tadi DS Nizar menerima notis dari Mahkamah Majistret,Taiping menghalang beliau daripada berucap atau menyertai sebarang aktiviti pada 4 Julai bermula 7 malam hingga selesai.

Permohonan jenayah No 89-07- Tahun 2011 dikemukakan Ketua Polis Daerah Taiping kepada responden, Mohd Akmal Kamarudin,Nordin Jaafar,Haji Mohamad Sabu,YAB Lim Guan Eng,DS NIzar,Ustaz Abu Bakar Husein,YB Nga Kor Meng,Dr Muhamad Nor,Dr Najihah,Ustaz Zawawi Hassan ,Raja Ahmad Al-Hiss dan mereka yang berkenaan.

Friday, July 1, 2011

Zulfikar ditahan reman sehingga Isnin ini.

Menurut Setiausaha PAS Bukit Gantang,Sdr Fadhil Idris ,pemuda bernama Zulfikar Zainon yang didakwa memiliki baju BERSIH akan ditahan reman sehingga Isnin ini,4 Julai .

Menurut seorang peguam,memiliki baju bersih tidak menjadi satu kesalahan,tetapi mungkin pihak polis ingin mengetahui lebih lanjut,jadi Zulfakar perlu ditahan reman sehingga Isnin ini.

Milik Baju Bersih : Zulfikar ditahan polis

Sdr Zulfikar Zainon , kini berada di IPD Kuala Kangsar.Beliau ditahan sejak 12.30 tengahari tadi.

Beliau ditahan kerana disyaki memiliki Baju Bersih.

Beliau mungkin akan ditahan hingga esok sebelum dibawa ke Mahkamah,esok sepuluh pagi sama ada di Ipoh atau Taiping.

Setiausaha PAS Bukit Gantang ,Fadhil Idris bersama pasukan peguam telah mendapat maklumat daripada I.O di Balai Polis Kuala Kangsar untuk berusaha membebaskan Ustaz Zulfikar Zainon.