Wednesday, August 3, 2011

Bersama Nizar Menyantuni Penduduk- Jom Derma

DS Nizar sedang berucap sebelum menyampaikan sumbangan baru-baru ini di Dun Changkat Jering.
Menghulur sumbangan hamper kepada seorang penduduk.
Beras juga turut disumbang.

Marilah kita rebut peluang menderma di bulan Ramadhan ini dengan menghulur derma kepada Tabung Prihatin Pas Kawasan Bukit Gantang .Semua sumbangan dan derma bolehlah dimasukkan ke dalam akaun May Bank 558051304442 atau telefon pusat khidmat:08-8483950

Dalam usaha menyantuni masyarakat dalam budan Ramadhan ini Pas Kawasan Bukit Gantang bersama Pusat Khidmat memerlukan RM100,00 untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat seperti OKU,ibu tunggal,fakir miskin,anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya," Barang siapa memberi makan/membantu anak yatim/fakir miskin,Bersamaku di syurga Firdaus"

Maksud hadith "sedekah hapuskan dosa seperti air memadamkan api".**ads:jom bantu"**

Kerajaan Selangor selalu mendahului zaman.

Pertama sekali diucapkan tahniah dan syabas kepada Ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor ,pada 2 Ogos lalu bersetuju untuk menubuhkan satu geran tidak lebih RM1 juta bagi membiayai usaha menfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru yang mencurigakan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan geran itu ditubuhkan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.


"Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera."kata Tan sri Khalid.


"Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.


Tan Sri Khalid menyatakan geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.


"Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor saja," kata TS Khalid lagi.


Khalid berkata, pilihan raya bersih dan adil merupakan tiang utama kepada demokrasi sebenar dan apa jua usaha perlu diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya terus terpelihara serta pilihan rakyat dihormati.


"Pilihan raya bukan saja perlu bersih dan adil tetapi harus kelihatan bersih dan adil di mata masyarakat," tegas TS Khalid.


Begitulah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.Mereka tidak takut kehilangan kuasa kepada rakyat yang berhak memilih kerajaan.Jelas sekali pilihanraya yang adil lagi bebas tetap matlamat Pakatan Rakyat.


Daftar pemilih induk yang bersih ,telus dan berakauntabiliti penting untuk membentuk kerajaan yang bertanggungjawab.Kerajaan yang senantiasa membela rakya ,tahu apa yang perlu dibuat. .Tahniah Selangor yang sering mendahului kerajaan BN.******minum sambil lawan UMNO****



Menanti bonus raya dari Najib .Paling tidak RM1000.00

Bilakah DS Najib mengumumkan bonus raya untuk kakitangan kerajaan.?Kakitangan kerajaan menanti penuh sabar.Dengan kos hidup yang semakin tinggi,meringan hidup rakyat perlu sebagai satu keutamaan rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat kena umum cepat sebanyak RM1000.00 untuk belanja raya untuk kakitangan kerajaan negeri.Biar kerajaan pusat malu alah. Mana tau dengan itu kerajaan pusat bagi lebih untuk meringankan sedikit belanja untuk kakitangannya.

Kerajaan Pakatan Rakyat setakat ini sering mendahului membantu rakyat.Dengan bantuan yang sedikit itu kerajaan Pakatan Rakyat telah mendahului rakyat.Selangor boleh mula mendahului,selepas itu Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan.****jom kongsi****

Tuesday, August 2, 2011

Mak Cik Tua dan sebentuk cincin emas

Mak Cik tua sedang mengaminkan doa.Doa seorang mak cik tua yang hanya mempunyai sebentuk cincin emas.Beliau bukan macam Rosmah Mansor yang boleh melancong bersama suami.

Beliau bukan juga macam Rosmah boleh minta peruntukan tambahan untuk Projek Permata.Beliau penduduk miskin dalam parlimen Bukit Gantang.

Apa yang jelas mak Cik Tua ini pun bukan untuk menjadi seperti Rosmah Mansor.Beliau mahu menjadi rakyat yang merdeka jiwanya.

Dr Mahathir akan menjadi saksi kawan baik beliau,Dr Ling Liong Sik.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik membabitkan penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Perkara itu berbangkit selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah yang mengetuai pasukan pendakwaan, menyoal saksi kedua Datuk Shaari Mahadi berkenaan sepucuk surat bertarikh 29 Jun 2002, yang ditulis Dr Ling kepada Dr Mahathir, iaitu Perdana Menteri ketika itu.


Selepas mengemukakan soalan kepada Shaari yang juga bekas Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Shah Alam, Abd Majid memberitahu Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang mendengar perbicaraan, bahawa pihak pendakwaan akan memanggil bekas perdana menteri itu sebagai saksi membabitkan surat tersebut.


Surat yang ditulis Dr Ling kepada Dr Mahathir itu adalah untuk memaklumkan rundingan antara Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB)telah diadakan berkenaan pembelian tanah berasaskan syarat yang dipersetujui JPPH Shah Alam.


Dr Ling, 68, didakwa dengan tuduhan pindaan (pertuduhan utama) menipu Kerajaan Malaysia dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian sekeping tanah yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu bahawa JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp telahpun mengambil kira kadar kupon/faedah.


Beliau juga didakwa dengan dua tuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri berkenaan kadar faedah tambahan itu walaupun mengetahui JPPH Shah Alam telah mengambil kira kadar kupon/faedah. -BERNAMA

Antara Najib dan Muhyiddin siapa ketua kerajaan.?

Apabila para duta dan pesuruhjaya tinggi bertemu Timbalan Perdana Menteri sebelum menjalankan tugas di seberang laut,sudah tentu ada yang tidak kena.Jikalau mereka bertemu Anifah Aman mungkin boleh diterima,kerana beliau Menteri Luar Negeri.

Apa rasional bertemu Timbalan Perdana Menteri,sedangkan ketua kerajaan DS Najib Razak.?Mungkin betul telahan DS Nizar baru-baru ini menyatakan terdapat perbalahan antara Muhyiddin dengan Najib.

Petikan berita daripada Bernama di bawah menjadi pertanyaan ramai?

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat enam lagi duta besar yang baru dilantik di pejabatnya di sini.


Mereka ialah Timbalan Ketua Setiausaha III Kementerian Luar Datuk Zainuddin Yahya, yang dilantik Duta Besar Malaysia ke Belgium, dan Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia Ahmad Shahizan Abdul Samad, yang bakal bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Bahrain.


Turut melakukan kunjungan ialah Duta Besar Malaysia ke Peru yang baru Ayauf Bachi, yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Protokol di Jabatan Protokol dan Konsular.


Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi/Ketua Canseri Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura Dr Ahmad Faisal Muhamad, yang baru dilantik Duta Besar Malaysia ke Myanmar.


Setiausaha Bahagian Direktorat Kerjasama Ekonomi Pelbagai Hala, Kementerian Luar Datuk Azmi Mohd Zabidi pula bakal menjadi Duta Besar Malaysia ke Vietnam manakala Setiausaha Bahagian (Politik Pelbagai Hala) Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala di kementerian sama iaitu S.Ganesaon sebagai Duta Besar Malaysia ke China.


Sebelum ini, tujuh duta besar dan pesuruhjaya tinggi yang baru dilantik turut mengunjungi Muhyiddin pada 21 Julai lepas.-BERNAMA

Maaf DS Nizar hari ini kerana kurang sihat!

DS Nizar meminta maaf kepada penduduk parlimen Bukit Gantang khususnya dalam Dun Trong kerana tidak dapat memenuhi jadual untuk bersama penduduk hari ini.

DS Nizar pada hari ini berasa kurang sihat ,justeru itu tidak dapat untuk bersama penduduk.

Dengan ini ,program yang dijadual hari ini akan digantikan pada tarikh lain.Penulis mengharapkan kita mendoakan kesihatan yang pulih dan kesejateraan DS Nizar.####lawat penduduk dgn perodua########