Tuesday, August 23, 2011

Sambutan Hangat DS Nizar bertanding di Dun Changkat Jering.



Penduduk khususnya menyambut baik DS Nizar bertanding Dun Changkat Jering.Pengundi Cina,India dan orang Melayu berasa lapang dada kerana DS Nizar mahu bersama rakyat di DUN Changkat Jering.



Ucapan tahniah dan takbir bermain di bibir pengundi. Mereka kini menanti dengan penuh sabar.

***seronok****





UMNO tetap musang,sekalipun berbulu ayam.



Negara kita didedahkan dengan pelbagai budaya.Namun selama 54 tahun merdeka ini.Banyak budaya buruk yang ditaburkan.Dunia hedonisme telah didedahkan sejak penduduk Malaysia kecil lagi.



Jelas sekali hiburan tanpa batas dibiarkan oleh kerajaan.Setiap rumah dimomokkan dengan program hiburan yang melalaikan.



Kelab-kelab malam,pusat judi, dan penganjuran konsert barat.Semuanya dibuat oleh kerajaan BN.



UMNO mana ada niat untuk mendidik rakyat.Contohnya agensi seperti Kemas,mempunyai pra sekolah tetapi yang lebih dititikberatkan menari dan menyanyi.Apabila besar budak-budak boleh menjadi artis.



Mutakhir ini UMNO sibuk,anti judi di Pulau Pinang.Anti murtad di Selangor.Anti hiburan di Kedah.Anti Cina di Perak.



Tapi rakyat semakin matang"wayang pacak" Umno sudah tidak laku.



Bukankah UMNO menyumbangkan ke arah keruntuhan aqidah?Buat kata wartawan harakah Zulkifli Yahya UMNO tetap musang,sekalipun berbulu ayam.







Nasib anggota polis Koperal Jenain diketahui 15 September ini.



SHAH ALAM, 23 Ogos — Mahkamah Sesyen menetapkan 15 September ini untuk membuat keputusan membabitkan Koperal Jenain Subi yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, April tahun lalu.



Sekilas pandang:Payah jika masyarakat melihat pekerjaan sebagai anggota polis ,satu perjawatan yang penuh rasuah.Buruk sangka dan prejudis kepada jabatan polis sudah lumrah.



Polis dipandang buruk kerana Kerajaan BN tidak menjaga polis. Mereka menggunakan polis untuk urus tadbir negara. Masih ingatkah kita Rahim Noor memukul DS Anwar Ibrahim.***makan & dimakan*****

Majlis Presiden Pakatan Rakyat mesti letak DS Nizar di DUN Changkat Jering

Terdapat beberapa kerusi DUN atau Parlimen yang perlu diselesaikan oleh Majlis Presiden PR.Salah satunya DUN Changkat Jering.



Dengan DS Nizar sebagai calon PAS di Dun Changkat Jering,Majlis Pimpinan perlu bersikap telus dan akauntabiliti .Jadi DS Nizar perlu diletakkan sebagai calon PR di Changkat Jering.



Tumbangnya kerajaan PR Perak kerana terdapatnya Adun Pengkhianat dari PKR.Untuk mengubati hati dan perasaan pengundi Changkat Jering,DS Nizar perlu diletakkan sebagai calon dalam PRU 13.Jelas melalui Pusat Khidmatnya DS Nizar berperanan besar dalam menentukan kemenangan PR di Perak.



Menolak DS Nizar bertanding di Changkat Jering ,satu malapetaka bagi PR.UMNO akan memainkan isu Nizar kini tidak lagi menjadi Ketua yang berpengaruh.



Di sini juga kita akan melihat siapa yang sebenarnya tidak mahu Nizar menjadi pemimpin PR Perak bertaraf nasional. ****makan dan dimakan****

Monday, August 22, 2011

Mungkinkah Menteri Besar Perak dari DUN Changkat Jering selepas PRU 13



Posting penulis berkaitan DS Nizar akan bertanding di DUN Changkat Jering menarik minat bukan sahaja Ahli Pas tetapi penduduk Changkat Jering.



Mereka mengharapkan DS Nizar bertanding.Penduduk khususnya pengundi hauskan layanan dan santunan wakil rakyat.Wakil rakyat pengkhianat tidak boleh diberi ruang lagi.



Dengan DS Nizar bertanding di DUN Changkat Jering , mereka bagai orang mengantuk disorong bantal .Kewibawaan DS Nizar sudah terbukti.Beliau pula Pengerusi Pakatan Rakyat Perak,pemimpin yang dikenali bukan sahaja di Malaysia ,malahan dunia.



Semuanya mendoakan DS Nizar akan menang di DUN Changkat Jering.Semuanya berjanji akan bekerja keras dan bertungkus lumus untuk DS Nizar menang majoriti yang besar.

Jaga-jaga UMNO Selangor ,Mustafa Ali bercakap dari Mekah.

Cikgu Pa ,Setiausaha Agung PAS kini berada di Tanah Suci Mekah AlMukaramah sedang mengerjakan UMRAH.



Beliau tetap mempertahankan dakwaan terdapat konspirasi UMNO dalam pemeriksaan Jais ke atas gereja di Petaling Jaya.



Jaga-jaga UMNO Selangor,Mustafa Ali bercakap dari Mekah. Bulan pula bulan Ramadhan.Cikgu Pa mungkin sudah mengadu kepada Allah s.w.t .



Dato' Mustafa Ali mungkin sudah memanjat doa ke hadrat Allah s.w.t supaya tembelang UMNO itu akhirnya pecah dan rakyat tahu siapa UMNO sebenarnya dalam isu murtad ini.



Marilah kita baca ulasan Cikgu Pa melalui portal The Malaysian Insider.





KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Kekal dengan pendirian mempunyai bukti mengaitkan Umno dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu parti Melayu terbesar itu di mahkamah.



Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mustafa yang kini berada di luar negara berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini.



Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu.



“Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (Umno Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah,” jawabnya.



Mustafa (gambar) juga secara tegas berkata akan mengemukakan bukti itu ke mahkamah.



“Saya akan kemukakan bukti ke mahkamah jika dibawa ke mahkamah,” katanya ringkas.



Hari ini, Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.



Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.



Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.



Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.



Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin pada satu pertemuan yang dijadual untuk diadakan minggu lalu.



Tetapi ia ditangguhkan buat sementara waktu sehingga siasatan Jais selesai.



Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.



Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Khalwat dan pendedahan,tunggukan aksi Raja Azmi ,Rabu ini.

PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman akan mengadakan sidang media khas untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku berhubung tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim.



Ia akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu ini, pukul 4.30 petang.



“Saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan tentang tuduhan khalwat melibatkan saya dan Roslin. Segala-galanya akan didedahkan pada hari itu. Buat masa ini saya tidak mahu memberi komen lanjut,” katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.



Raja Azmi enggan mendedahkan butiran kesnya itu sehinggalah pada majlis berkenaan.



Difahamkan sidang media itu dibuat selepas tiada pendakwaan terhadapnya oleh pihak Jabatan Agama islam Wilayah (Jawi) yang sudah beberapa kali tertangguh.



Selain itu, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek ini juga akan mengadakan majlis doa selamat dan berbuka puasa sebagai tanda syukur terhadap kesnya itu.



Kata Raja Azmi dia akan mendedahkan segala tuduhan yang dilakukan oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman yang membuat laporan kononnya mereka berkhalwat.



“Saya akan tunjukkan segala bukti dalam sidang media itu nanti untuk membersihkan nama saya yang sudah tercemar,” katanya.



Sebelum ini Raja Azmi, Roslin dan Jailani dipanggil memberi keterangan di hadapan pegawai penyiasat Jawi berhubung laporan kesalahan berkhalwat tanpa tangkapan mengikut Seksyen 58 sub seksyen 1 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560).



Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira jam 8.30 malam.



Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.



Dakwaan khalwat itu juga dinyatakan oleh Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada 18 Ogos 2010.mstar.

nota:Lepas ini bolehlah buat filem bertajuk:Khalwat,dedah dan anu......