Monday, November 14, 2011

YB Raja Ahmad Zainuddin ,tak berpeluang jadi Menteri Besar Perak

Raja bola pada masa dulu YB Raja Ahmad Zainuddin ,kini tiada berpeluang untuk menjadi MB Perak. Dahulu namanya bersaing dengan Hamidah Osman untuk jadi MB Perak. YB Raja Ahmad diperintah membayar gantirugi oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, kepada PKINK sebuah perbadanan Kerajaan Kelantan.

Reputasinya telah tercemar. Silap haribulan,menjadi calonpun sudah tipis.Dia menang pun majoriti kecil dengan calon PAS Ustaz Nazri Din,di Kubu Gajah,dalam parlimen Larut.

KUALA LUMPUR, 14 Nov:
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).


Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin.


Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk “ Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” .


Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan .


Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut.


Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut.


Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut.


Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut.


Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan .


PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul .sumber harakahdaily,net

Sedih,Cikgu ditumbuk penjaga murid.

Minggu ini penulis berkursus. Tapi penulis mendengar berita terdapat di sebuah sekolah dalam LMS ,seorang guru ditumbuk penjaga murid.

Yang menumbuk dan yang menjadi mangsa,,dari kaum yang sama.Tidak timbul soal perkauman.

Penulis diminta untuk menggunakan budi bicara Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk membantu mendamaikan kedua pihak.

Penjaga yang menumbuk dari Parlimen Bukit Gantang dan guru itupun duduk dalam parlimen Bukit Gantang.

Dalam keadaan berkursus ini,penulis tidak dapat membantu dengan kadar segera.Penulis berpengalaman mendamaikan penjaga murid dengan pihak pentadbiran sekolah sebelum ini.


Sunday, November 13, 2011

Ujian untuk Ketua Srikandi PKR -dulu diugut,sekarang kereta dicuri.

SHAH ALAM, 13 Nov: Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.


Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.


"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.


"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.


Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.


"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.


"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut," katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa.


Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, kenapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan ia hampir dengan balai polis.


Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.


Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.


"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.

Hudud tuntutan agama atau politik PAS



Hudud antara tuntutan agama atau politik. Pada malam ini kita saksikan kupasan menarik oleh ahli panel .

Saturday, November 12, 2011

Artis Baru Terbaik ,Najwa terlupa nama bapanya Muhyiddin Yassin

Najwa Muhyiddin Yassin menang anugerah Lagu Inggeris Terbaik dan Artis Baru Terbaik dalam AIM 2011 yang disiar secara langsung melalui Astro Ria.

Amat malang nama Muhyiddin Yassin tidak disebut.Sewaktu pengumuman sebentar tadi pengacara hanya menyebut nama Najwa.

Najwa pun tidak memberi penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri itu.Najwa hanya memberi penghargaan kepada ibu dia dan kaum keluarga.

Kasihan Najwa dan kasihan Muhyiddin Yassin ,masing-masing tidak mahu mengaku bapa dan anak?

UMNO selalu jadikan cikgu bahan eksperimen.

Cikgu dan para pelajar selalui dijadikan bahan ujikaji. Setiap kali tukar menteri,setiap kali terdapat dasar baru.Bertambah pula Menteri Pelajaran satu jawatan untuk naik pangkat jadi Perdana Menteri.


Nasihat Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini ,supaya para guru agar tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.


Siapa yang panik para guru ,pelajar dan Muhyiddin Yassin atau NUTP ?

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri — Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak — berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.


Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.

Friday, November 11, 2011

Guru kerja 9 jam sehari,idea bodoh Muhyiddin Yassin.

ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).


Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.


Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.


Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.


"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.


"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.


Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.


"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.


"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.


Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.