Monday, January 2, 2012

UMNO guna fitnah dan penipuan untuk bodohkan rakyat-Ustaz Abu Bakar

IPOH 3 Januari, Umno/BN terpaksa menggunakan pelbagai fitnah dan penipuan serta memperbodoh rakyat di saat Pilihanraya Umum ke-13 kian hampir, tegas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian.

Kerajaan UMNO BN semakin terdesak dan jelas tidak boleh diselindung lagi bahawa pemimpin UMNO BN kini cuba untuk menyelamatkan diri masing-masing sebelum rakyat menghukum mereka pada PRU 13 ini.


Menurut beliau lagi kebiasaannya dalam saat genting seperti ini pemimpin UMNO BN akan mencetuskan beberapa provokasi untuk mengaburkan rakyat akan kezaliman dan rasuah yang dilakukan mereka.


Tambah beliau, rakyat kini sudah celik untuk mendapat sumber maklumat yang benar dan disebabkan itu kebangkitan rakyat memaksa kepimpinan Najib mengakui segala penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan kerajaan UMNO BN.


Memetik ucapan beliau, "UMNO BN kini umpama “ Kapal usang yang hanya menunggu saat untuk karam “, dan kini Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa kerajaan UMNO BN telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.


"Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya.


"Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO BN terus dipertingkat dan digalakkan.


"Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan.


"Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.


"Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis.


"Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan." tegas beliau


Sehubungan itu beliau menyeru supaya seluruh rakyat berbilang kaum serta para pengundi menolak UMNO BN dalam PRU 13 akan datang yang disifatkan semakin terdesak dan hilang identitinya. sumber

Pengarahnya otak sudah tamat tempoh-Ustaz Idris Ahmad

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Rakyat Selangor mesti bangkit menolak Umno BN untuk kesejahteraan rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau mengulas pembangkang Selangor, Umno BN selesai mengadakan Karnival Sayangi Selangor pada 28 hingga 31 Disember lalu dengan harapan untuk memberi motivasi kepada mereka untuk merampas itu.


Katanya, pemimpin Umno BN menyedari betapa peritnya menjadi pembangkang dan banyak lubuk emas sudah terkambus, maka mereka berusaha sedaya mungkin untuk merampas kembali Selangor


menurutnya, walaupun beberapa isu yang diputar di Selangor untuk menarik perhatian rakyat supaya menyebelahi Umno BN, namun masih lagi gagal.


“Dilemanya pembangkang di Selangor masih memainkan skrip lama dan pengarahnya otak sudah tamat tempoh,” ujarnya kepada Harakahdaily.


Beliau berkata, isu perkauman dan agama diputar dengan melalui televisyen dan media perdana masih tidak mampu merubah pemetaan politik di Selangor.


Ini, katanya kerana rakyat yang celik maklumat anggap itu berita yang layak dibakul sampah sahaja.



“Nekad BN, Selangor mesti dirampas kembali dengan apa cara sekali pun. Banyak program Kementerian dicurahkan ke Selangor, seolah-olah negeri Selangor satu-satu negeri di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, pemimpin BN menganggap tidak ada makna Kerajaan Pusat diperintah oleh BN, kalau mereka masih menjadi pembangkang di negeri Selangor di dalam pilihan raya akan datang.


Maklumlah, katanya hampir 40% penyumbang ekonomi Malaysia datang daripada negeri Selangor.

“Insya Allah, oleh kerana BN menumpukan di Selangor, maka Putrajaya pula akan ditawan oleh PR, ibarat untung segantang rugi seguni,” ujarnya lagi.


Justeru, katanya rakyat Selangor pula memang sayang kepada negeri mereka dan mesti bangkit menolak BN.


Beliau mengambil contoh hasil pasir Selangor meningkat sejak PR memerintah Selangor, tahun 2005 (BN) RM 3.54 Juta, tahun 2006 (BN) RM 4.37 Juta, tahun 2007 (BN) RM 4.39 Juta, tahun 2008 ( PR) RM 8.17 Juta, tahun 2009 ( PR) RM 13.76 Juta tahun 2010-sehingga JUN ( PR ) RM 15.3 Juta.


Katanya, ketika pemimpin Umno, Datuk Seri Khir Toyo disabitkan rasuah dan dijatuh hukuman satu tahun penjara oleh mahkamah, maka kerajaan PR Selangor menunjukkan kesungguhan dengan memperuntukkan RM12 juta dalam bajet 2012 untuk memerangi rasuah.


“Asas inilah rakyat sayangi Selangor mereka tidak akan biarkan pemimpin rasuah dan parti rasuah berkuasa kembali di Selangor,” ujarnya lagi. sumber

Seni itu tidak salah -Bob Lokman

Bidang seni masih diminati Bob Lokman. Bagi Bob Lokman selama 20 tahun lebih terlibat dengan seni,beliau beranggapan lebih banyak masiat yang dilakukan."Seni itu tidak salah"kata Bob Lokman. Menurut Bob Lokman ,yang salah mereka yang terlibat.Yang salah itu kerajaan,kerana membiarkan masyarakat lalai .
Bob Lokman sedang menyampaikan ceramah di Kg Larut Tin,Taiping.Pada Prk Bukit Gantang 2009,Bob Lokman berkempen untuk UMNO.
Bob Lokman menyampaikan sumbangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen kepada Sdr Johan Itam,bekas Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung dekat Matang,yang ditimpa musibah.Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar.
Bob Lokman menyampaikan tazkirah di Surau Kg Jelapang,Simpang.Beliau diberi kebenaran Pengerusi Surau ,Ustaz Azhar untuk menyampaikan tazkirah.Rupanya beliau telah bergelumang dengan bidang seni lebih 20 tahun.Bob Lokman telah menyertai PAS sejak 9 bulan lalu,kerana PAS satu-satunya gerakan Islam yang mengajak orang kearah Islam dan meninggalkan kemungkaran.

Sunday, January 1, 2012

Safwan Anang menjadi sebutan di bibir anak muda.

Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia Ustaz Nasruddin Tantawi datang menziarahi Safwan Anang.Mutakhir ini Safwan menjadi bualan anak muda.Lambang keberanian rakyat menentang kezaliman.Nampaknya semakin ketara kemunculan anak muda untuk bersama mencari kerajaan yang lebih baik untuk memerintah dan mengurus tadbir Malaysia.Bagi anak muda ,bukan soal pembangunan lagi,bagi anak muda soal kemanusian dan kerohanian yang perlu dibangunkan oleh kerajaan.

PAS Perak kena buat post mortem kenapa ahli DHPP hadir tak sampai 500 orang.

YB Salahuddin Ayub mengangkat tangan bersama pimpinan DHPP Perak sempena pelancaran DHPP pada 31 Disember 2011.
Sebahagian hampir 300 orang kehadiran ahli dan penyokong DHPP yang tidak menepati kehendak penganjur sebanyak 500 orang.DHPP dari pusat bandaraya Ipoh seperti dari Tambun,Gopeng,Ipoh Timur dan Ipoh Barat tidak memberi kerjasama menghantar seberapa ahli dan penyokong DHPP.Jika mereka menghantar paling kurang 50 orang satu kawasan pun sudah cukup untuk membantu memenuhi dewan .Kemudian penulis melihat masih terdapat kawasan tidak mempunyai DHPP.


oleh Johari Jaafar:-

IPOH, 1 Jan: Pilihanraya umum ke 13 yang dijangka pada pertengahan bulan Mac ini begitu penting kepada rakyat negara ini bagi membuat perubahan besar menamatkan keangkuhan dan kezaliman Umno BN sepanjang 54 tahun memerintah negara ini.

Oleh itu, seluruh rakyat perlu bersatu bersama Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN pada pilihanraya umum ini bagi menyelamatkan negara dan rakyat negara ini daripada kehancuran dan kezaliman.

"Kita perlu bersatu dalam menuju ke Putrajaya, PAS bersendirian tidak mampu untuk ke Putrajaya, begitu juga PKR dan DAP tidak memampu ke Putrajaya jika bersendirian, kita perlu bersatu bersama Pakatan rakyat dalam memastikan langkah ke Putrajaya berjalan dengan baik, kerana itu orang Melayu, Cina dan India mesti besatu untuk kita meranapkna Umno BN melalui undi dalam pilihanraya ini," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub ketika berucap merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penykong PAS Negeri Perak di Dewan Budaya Jaan Tun Perak di sini semalam.

Rakyat negara ini telah memberikan masa yang panjang untuk Umno/BN memerintah negara ini, ternyata BN gagal mentadbir dengan baik dan banyak melakukan ketidakadilan dan kezaliman kepada rakyat serta menjuruskan negara ini ke arah kehancuran.

Menurut beliau, rakyat pelbagai kaum di negara ini mesti berani membuat perubahan besar dalam menyelamatkan negara demi masa depan genarasi yang akan datang.

"Angin perubahan telah pun berlaku di negara Amarika Syarikat dan juga negara negara Arab, sudah sampai masanya angin perubahan itu melanda negara ini, rakyat perlu bersatu untuk kit buat perubahan besar melalui undi dalam piihanraya umum ke 13 ini, jika rakyat berani membuat perubanan ini Umno/BN adalah terlalu kecil untuk kita tewaskan," tegasnya disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hampir 300 orang ahli Dewan Himpunan Pemyokong PAS negeri Perak yang memenuhi dewan tersebut.

Sehubungan itu beliau yakin Dewan Himpunan Penyokong PAS di seluruh negara mampu menggerakkan masyarakat bukan Islam untuk bangkit membuat perubahan besar kepada politik negara.

Turut berucap memyuntik semangat ahli ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak pada pelancaran itu Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Penerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Pengerusi Lajnah Perpadan Nasional PAS Perak, Mohd Zainudin Mohd Yusof, Penerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Beh Heng Kin, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar dan Setiausaha DHPP Perak, Naliraja a/l Sengadam.sumber berita

Kasihan polis:Anak muda sokong Safwan Anang.

YB Mahfuz Omar ,Naib Presiden PAS datang melawat Safwan Anang mahasiswa Universiti Malaya yang dibelasah polis.Turut sama Raja Iskandar,Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia.
Kuis ,Naib Ketua DPP Malaysia,sedang berucap ,tanda sokongan anak muda kepada perjuangan golongan mahasiswa. Kelihatan YB Mahfuz, di hadapan Balai Polis Slim River.

We Are All Safwan Anang

Mahasiswa terus mengugat.. Laungan keramat Hidup Mahasiswa, Student Power, We unite for justice membangkitkan semangat Mahasiswa..


Himpunan pagi tadi diketuai oleh Presiden GAMIS, Pro-Mahasiswa Nasional dan front Mahasiswa Nasional bemula hampir jam 11 bagi menuntut pembebasan 17 orang aktivis mahasiswa.

Sehingga petang tadi Mahasiswa terus berdiri memberikan sokongan moral kepada rakan-rakan yang ditahan sehingga mereka dibebaskan kira-kira jam 4 petang.

sumber facebook-KITA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA-