Saturday, November 3, 2012

Dengar Dato Lajim Ukin dedah senarai ADUN.

Pada malam ini saksikan penjelasan Dato Haji Lajim Ukin  ,mengapa umno perlu ditolak? Sabah ubah ,UMNO rebah.

Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemuanya.

Friday, November 2, 2012

Kita balun Mazlan ramai-ramai-Jerit samseng UMNO


Sekitar jam 10pagi ini, 20 buah kenderaan ANAK yang cuba memasuki Felda Lasah Sg Siput, Perak di halang di pintu masuk felda berkenaan. Lebih seratus orang bertindak samseng dan sangat agresif. Tidak dapat dipastikan adakah mereka penduduk tempatan atau gangster upahan.

Saya yang menaiki Hilux Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak
, direntap keluar dari kenderaan dan ditolak dengan kasar. Keadaan semakin tegang apabila jumlah mereka kian ramai. Mereka terjerit sambil memaki hamun. Menaikkan banner yg ditujukan kepada saya secara peribadi.


10 orang polis dari Balai Polis Lasah yg cuba mengawal suasana gagal meredakan ketegangan dan hampir sahaja tercetus perkara2 yg tidak diingini. Alhamdulillah, kehadiran 15 anggota Unit Amal diketuai Pengarah Amal Negeri Perak, Arif Muhammad serta Unit Keselamatan Pimpinan(UKP) seramai 8 orang berjaya menangani suasana provokatif yg dilakukan penduduk dipercayai Umno.


Bendera Umno dan BN dikibarkan. Samseng2 ini mengepung kami, menendang kenderaan ANAK yg cuba masuk serta mengugut utk memukul saya dengan menjerit ' kita balun Mazlan ramai2!'


KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA adalah aktiviti jelajah ke seluruh negara. Bertemu penduduk tempatan dan mengedarkan risalah. Kami masuk secara baik termasuk untuk menziarahi pimpinan tempatan dan memberi sumbangan kepada gen 2 Felda yg susah, ibu tunggal dan pesakit kronik.


Akhirnya, bila suasana semakin tidak terkawal, polis menasihati rombongan ANAK mengalah dan berundur. Walaupun dukacita dengan sikap tidak demokratik penduduk khususnya Umno, kami akur kerana tidak mahu berlaku perkara2 yg tidak diingini.


Sedihnya, tatkala Hj Razman membaca doa, mereka terus terjerit2 macam orang meroyan.


Peronda polis mengiringi konvoi kami keluar dengan selamat.Sumber berita dan foto facebook mazlan aliman

Umno guna Polis,Pengurus Felda halang Mazlan Aliman masuk FELDA LASAH.

Penulis mendapat maklumat pihak polis,pengurus felda dan umno bahagian didakwa cuba mengagalkan kehadiran peserta kembara Selamatkan Felda .Pihak pengurus felda didakwa turut membuat program pemuda bersama polis.

Di tanah rancangan FELDA LASAH pihak polis telah didakwa bertemu peneroka  memberi amaran supaya tidak menerima kehadiran Mazlan Aliman.Peneroka seolah-olah diugut supaya jangan  bertemu dan menyertai peserta kembara esok,3 November.

Sementara itu Hj Razman Zakaria,TPJ Pas Perak,menyatakan semuanya untuk menghalang peneroka atau anak peneroka menerima maklumat dengan jelas dan tepat daripada peserta kembara Selamatkan Felda.UMNO mempunyai talian hayat di 54 parlimen  yang mempunyai tanah rancangan. Jadi Umno mahu FELDA terus menjadi kawasan putih.

Sebagai tanda sokongan ,penduduk atau peneroka bolehlah menunggu peserta kembara di simpang masuk  Jalan Felda Lasah .dekat Hospital Sungai Siput(u) pada 8.00 pagi ,Sabtu,3 November  .

Ketua Polis Negara ,insyaAllah dapat haji mabrur!!!


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) antara 447 jemaah haji yang selamat pulang ke tanah air dengan menaiki penerbangan pertama Malaysia Airlines (MAS) menerusi pesawat MH8201 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat. Penerbangan pulang jemaah haji yang menggunakan pesawat MAS bermula hari ini dan dijangka berakhir 29 November. -- foto BERNAMA

Thursday, November 1, 2012

Selamatkan FELDA

KEMBARA Selamatkan FELDA pada 3 November ini. Jom le!!.

Betulkah Media Perak UMNO nak beli?

Ada orang bagitau Umno  nak beli Media Perak.Mereka tanya aku,aku tak tau,sebab aku dari Media Perak pun kena tendang.Jadi ..tunggu...betul atau bohong?

SABAH ubah UMNO rebah bersama Lajim Ukin dan Nizar

DS Nizar sedang melakukaan ibadah qurban beliau  di Kg Salak Baru,Dun Trong pada 11 Zulhijjah lalu.Foto sekadar hiasan.

Ceramah Sabah ubah UMNO rebah akan berlangsung di Pejabat MTD Kuala sapetang, di Taman Berkat,Jln Air Putih- Kg Dew,dekat Simpang,Taiping.Ceramah berlangsung pada 4 November ini ,9.00 malam.

Penceramah pada malam itu dijangka Dato Hj Lajim Ukin ,bekas Timbalan Menteri dan DS Nizar,MB rakyat Perak.Turut sama Ustaz Nordin Jaafar.