Monday, December 3, 2012

Badi AES,lagi maut!!!!!


Propel - Kemalangan
Gambar fail, keadaan lori yang hampir hancur selepas dirempuh treler dalam kemalangan membabitkan pekerja Propel di Gopeng 28 November lalu.

GOPENG - Seorang maut manakala 10 cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori treler di Kilometer 304.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, bas ekspres dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh melanggar sebuah treler yang berada di kiri jalan.
Mangsa yang maut, pemandu bas ekspres itu, dikenali sebagai Abdul Rahim Bin Musa, 57, dari Ipoh.



Seekor Menteri ini,tak mampu tolong orang kampung!!!!


YB Tai Sing Ng .,menunjukkan jalan rosak teruk.Seekor menteri tak mampu menyelesaikan masalah rakyat!!!!! 
Menteri Kemajuan Luar Bandar tidak berdaya membaiki jalan rosak Kampung Jelapang

Taiping – Setelah ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ng merujukkan kes ketidakpedulian Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama terhadap kerosakan jalan tidak terturap di Kampung Jelapang, Simpang, kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar, Dato’ Seri Haji Mohd Shafie, pada awal bulan November, masih tiada tindakan daripada mana-mana pihak yang berkuasa.

Sejak 8 bulan dahulu penghuni Kampung Jelapang membuat aduan pertama kepada Tai, sudah banyak berita disiarkan dan surat dihantar kepada pihak berkuasa. Sinar Harian sudah membuat laporan pada 16hb Mac, 17hb Julai dan 8hb November 2012.

Menurut surat balasan Emy Sazri Bin  Mohd Isa, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah, bertarikh 19hb November, Emy memberitahu Tai bahawa pejabatnya amat prihatin mengenai aduan ini dan telah mengambil tindakan lebih awal pada penghujung tahun 2011 dengan memohon sejumlah peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Surat balasan Emy menyatakan pejabat daerah sudah membuat beberapa susulan dengan pihak kementerian pada awal tahun 2012.

Emy menegaskan bahawa semakan pejabatnya mendapati peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan jalan rosak serta membina jalan baru di Kampung Jelapang telah diluluskan di bawah Program Jalan Perhubungan Desa pada bulan Jun 2012 kepada Jabatan Kerja Raya dan ianya dalam proses pelaksanaan.

Tai tidak faham sebab apa sampai hari ini proses pelaksanaan Pejabat Daerah dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar masih tidak dapat dikotakan untuk sebuah jalan pendek 300 meter yang hanya perlu diturap sahaja.

“Sinar Harian pada 8hb November melaporkan bahawa Penyelaras DUN Kuala Sepetang See Tean Seng berjanji, sekiranya tiada sebarang maklum balas daripada pihak bertanggungjawab, sehingga tarikh terakhir 15hb November, See sendiri akan memanjangkan kes ini kepada pengetahuan Menteri Besar,” kata Tai.

Nampaknya, pengetahuan Penyelaras Dun dan Menteri Besar Perak pun tidak berdaya menurap sebuah jalan rosak sepanjang 300 meter di Kampung Jelapang. Tai pun sedang fikir haruskah kes ini dirujuk kepada  Perdana Menteri?

Jom pi makan durian Bukit Gantang.

Ada dua program yang akan berlangsung esok dan lusa.

Pertama  sekali pada  5 Disember 2012(Rabu) ,jam 5 petang-7 petang,jamuan durian rakyat.Bertempat di Jln Besar,Kuala Sapetang(tepi masjid) .Pimpinan yang dijangka turut hadir,Ustaz Idris Ahmad,K.Y.Tiang dan YB Tai Sing Ng.   

Kedua pada 6 Disember 2012(Khamis) jam 6 petang -10 malam,jamuan durian rakyat.bertempat di Kedai Kopi Cina,taman Simpang Setia(Belakang Hundyai,Bt 2 1/2)jln Simpang-Taiping. Pimpinan dijangka turut hadir   .YB DS Nizar,YB Sivakumar,K. Y.Tiang dan Ustaz Idris Ahmad.

Sunday, December 2, 2012

UMNo macam durian mangko- DS Nizar.

DS Nizar dalam  pertemuan dengan penduduk  kawasan beliau  , mengibaratkan  UMNooo ini macam durian "mangko" atau" mangkak" .Nak makan tak boleh,nak buat tempoyak tak boleh ,nak buat kuah pun tak boleh.Paling koman pun duduk pangkal pokok.Orang kampung pun dak tak suka durian mangko. DS Nizar juga mengibaratkan UMNO ajalnya sudah sampai. Buat zalim pada semua kaum.  DS Nizar menyatakan ajal sesebuah kerajaan itu tak lama kerana kezaliman ke atas rakyatnya.Zalim pulak kepada semua kaum.foto qoorata

Saturday, December 1, 2012

Najib hina tiga ekor Naib Presiden.


hehehehe ...... dasyatnya penghinaan Najib kepada pemimpin tertinggi partinya ... di dalam ucapan penutup petang tadi ...dihadapan ribuan perwakilan ... disaksikan plak oleh pakcik2 dan makcik yang berlonggok kat ruang legar PWTC ... sementelah disiarkan plak secara haram oleh stesen milik rakyat yang umno dok perasan kata hak depa .... bilamana dia menggelarkan 3 ekor naib presiden ..... hehehehehe

yang seronoknya gelaran tersebut disambut dengan hilai tertawa oleh para perwakilan ..... heheheheheh- foto dan cerita angel dustbin