Friday, March 22, 2013
Papa Gomo tak mengaku Papa Gomo.
SHAH ALAM - Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.
Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.
"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.
"Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini.
"Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.
"Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya.. PAPA GOMO PENGUNDI HANTU
Zambry Kadir lawan Nizar di Changkat Jering.
Changkat Jering- Apabila dikhabar DS Anwar Ibrahim akan bertanding di Lumut dan Laksamana (B) Hj Imran di DUN Pangkor, Zambry Kadir sudah tak boleh tidor malam .Nama beliau hanya dicadangkan di DUN Pangkor.DUN lain atau Parlimen lain namanya tidak ada.
Bagi DS Nizar nama beliau dicalonkan banyak tempat.Dun Changkat Jering salah satunya untuk DS Nizar bertanding.
DS Nizar bukan gentar untuk bertanding di mana-mana.DUN Changkat Jering merupakan tempat Pusat Khidmat Ahli Parlimen berpusat.
Apakata calon Dun Changkat Jering dari UMNO pun tak diumumkan lagi,Zambry Kadir jadi calon UMNO lawan DS Nizar di Changkat Jering.?
Thursday, March 21, 2013
Wanita PAS lawan wanita UMNO di DUN Pasir Panjang.
Zaman Zambry Kadir,Ketua Pemuda UMNO Perak jadi jutawan segera?
Salah satu blog bertajuk http://
Wednesday, March 20, 2013
RTM didapati memfitnah YB Nasir Mustafa,
![]() |
| Peguam Aminudin sedang memberitahu sesuatu kepada YB Nasir Mustafa |
Mahkamah Tinggi Alor Setar sebentar tadi telah memutuskan bahawa RTM dibuktikan memfitnah Yb Nasir Mustafa.
Mahkamah arahkan RTM dan 2 ahli UMNO bayar sejumlah RM 120 ribu dan kos sebanyak RM30k.
Kita imbau kembali kisah yang membawa RTM diheret ke Mahkamah kerana buat kerja jijik memfitnah!!!!
ALOR SETAR, 20 Disember 2011 - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.
ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.
“Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).
“Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan MADA dan bukannya jalan kerajaan negeri.
Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.
“Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN,” katanya.
Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.
“Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),
Subscribe to:
Posts (Atom)





